dauswq Publish time 14-1-2019 05:31 PM

[MBC] Spring Night - Han Ji Min , Jung Hae In

Edited by dauswq at 23-5-2019 04:38 PM

>>> kmania.info

https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/04/57015748_617841742064932_2762998373505816425_n.jpg?resize=750%2C938&ssl=1
MBC ‘Spring Night’ yang bertemakan romantis ini menceritakan mengenai kisah pasangan kekasih yang telah lama bercinta di mana telah sampai kepada topik perkahwinan dalam perhubungan mereka. Perkara ini mendorong mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam pasangan mereka, saling menghargai dan memahami erti cinta yang sebenarnya. Tanpa disedari, ini membuatkan mereka menemui cinta yang baru.https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/04/VBaBhjDVvm1z636904008992637391.png?resize=750%2C563&ssl=1
Han Ji Min akan membawa watak pustakawan bernama Lee Jung In , yang beberapa kali dikecewakan cinta sehingga menongkah usia 30-an. Pada suatu hari, Lee Jung In menemui jejaka kacak, Yoo Ji Hoo yang bakal mengubah hidupnya ke arah lebih baik.
https://i2.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/04/d80a3c98835b3d2c446645eb333ddc35.jpg?resize=683%2C512&ssl=1
Yoo Ji Hoo, lakonan Jung Hae In adalah seorang ahli farmasi yang memiliki hati yang murni dan apabila beliau inginkan sesuatu, akan diusahakan sebahabis baik untuk mendapatkannya,MBC Spring Night diarahkan oleh PD Ahn Pan Suk yang popular dengan naskah seperti jtbc Pretty Noona Who Buy Me Foods , jtbc Secret Love Affair dan SBS Heard It Through Grapevine.
Drama ini boleh ditonton menerusi capaian Netflix. Netflix dijadualkan untuk menayangkan drama MBC ‘Spring Night’ gandingan Jung Hae In dan Han Ji Min 22 Mei 2019. Penonton di Asia boleh menontonnya selepas satu jam tayangan di Korea.
>>> kmania.info

dauswq Publish time 14-1-2019 06:22 PM

Edited by dauswq at 23-5-2019 04:36 PM

Difahamkan, Jung Hae In turut ditawarkan sebagai pasangan Son Ye Jin di dalam drama ini yang akan menghimpunkan penulis skrip yang sama daripada jtbc Something In The Rain.

>>> kmania.info


Son Ye Jin memilih PD jtbc Pretty Noona Who Buys Me Food lagi untuk drama terbarunya, MBC Spring Night?   


                     https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/01/sonyejin2.jpg?resize=700%2C400&ssl=1

Son Ye Jin disamping Jung Hae In di dalam jtbc ‘Something In The Rain’.

Nampaknya, pengarah Ahn Pan Seok sudah pun mempunyai projek terbaru untuk merekruit Son Ye Jin semula sebagai pelakon utamanya. Ini bakal menjadikan gandingan mereka untuk kali ke-2 sejak drama jtbc ‘Pretty Noona Who Buys Me Food’ atau dikenali sebagai ‘Something In The Rain’.
Drama yang diberi judul 'Spring Night' (secara literal) khabarnya untuk tayangan bulan Mei 2019 untuk terbitan cenel MBC. Dalam satu kenyataan, Ahn Pan Seok yang pernah dinobatkan Best Director CARI Kdrama Awards sebelum ini juga mengesahkannya. "Saya akan cuba sedaya upaya menghasilkan drama ini secepat mungkin ," kata beliau secara ringkas. Ini bukan perkara baru buat Ahn Pan Seok kerana beliau pernah memanggil Kim Hee Ae sekali lagi untuk berlakon di dalam drama arahannya, yakni jtbc A Wife's Credentials dengan disusuli oleh jtbc Secret Love Affair.
Mengikut sumber tertentu, drama ini yang bergenrekan kesedihan, berkisarkan seorang pustakawan bernama Lee Jung In yang sepatutnya periang tetapi selalu gagal dalam percintaan. Lee Jung In cuba meneliti balik hubungannya dengan kekasih-kekasih lama untuk menemui cinta yang benar-benar hakiki.
Lakonan Son Ye Jin menerusi jtbc ‘Something In The Rain’ tahun lepas telah memperolehinya pencalonan Best Actress di dalam 7th CARI Kdrama Awards(Undi di sini, bagi yang belum berbuat demikian) selain Popular Actress dan Couple of The Year bersama Jung Hae In . Dengan kembalinya Son Ye Jin ke pentas layar emas, sudah semestinya projek drama terbarunya ini sangat-sangat ditunggu-tunggu oleh peminat drama korea.

https://kmania.info/2019/01/14/son-ye-jin-memilih-pd-jtbc-pretty-noona-who-buys-me-food-lagi-untuk-drama-terbarunya-jtbc-spring-night/

>>> kmania.info


dauswq Publish time 23-5-2019 04:39 PM

Son Ye Jin tolak, digantikan dengan Han Ji Min.

sesiapa dah layan ? @idakamaruddin @xyla73

xyla73 Publish time 23-5-2019 04:55 PM

dauswq replied at 23-5-2019 04:39 PM
Son Ye Jin tolak, digantikan dengan Han Ji Min.

sesiapa dah layan ? @idakamaruddin @xyla73

ada pun org bukak rumah..
iols dgn @wima dah layan..
so far like it..ada vibe something in the rain tapi storyline lain..
hero-heroin ada chemistry..nak compare dgn son ye jin it's too early rasanya..baru 1 epi..
lagipun masing2 ada keistimewaan..han ji min pun is a good actress..

dauswq Publish time 23-5-2019 05:20 PM

xyla73 replied at 23-5-2019 04:55 PM
ada pun org bukak rumah..
iols dgn @wima dah layan..
so far like it..ada vibe something in the r ...

penulis skrip pun nmpk cam org lain.
tp one thing psl pengarah ni, sbb dia pndi main artistic directing..
kdg2 ade elemen dark humour yg hanya sebilangan jek faham sbb mengejek social structure tertentu.


xyla73 Publish time 23-5-2019 05:29 PM

dauswq replied at 23-5-2019 05:20 PM
penulis skrip pun nmpk cam org lain.
tp one thing psl pengarah ni, sbb dia pndi main artistic dir ...

iols pun suka directing style pengarah ni..dia buat drama dia nmpk classic..
feel dia mcm tgk filem2 romantik julia roberts & meg ryan dulu2..

wima Publish time 24-5-2019 12:42 AM

yup...mmg ada vibe something in the rain..
setakat epi 1 ni iols rs bleh layan...
harapnya maintain mcm tula...
jgn slow tgh2 tu nnti..

membe heroin tu yg jd foreigner seken wife dlm drama mistress tu kn..rs mcm familiar je muka dia...

xyla73 Publish time 24-5-2019 09:16 AM

wima replied at 24-5-2019 12:42 AM
yup...mmg ada vibe something in the rain..
setakat epi 1 ni iols rs bleh layan...
harapnya maintai ...

yg dlm Mistress asal dari PRC tu kan?memang ramai muka2 familiar dlm ni..


iols dah tgk epi 2..
heroin dah break up dgn bf dia..
tapi bf dia tu memang sgt membosankan..

wima Publish time 24-5-2019 01:17 PM

xyla73 replied at 24-5-2019 09:16 AM
yg dlm Mistress asal dari PRC tu kan?memang ramai muka2 familiar dlm ni..




aah..iols pun dh tgk...
best la tgk scene dorg stat mcm suka antara satu sama lain tu...
real je tgk..bleh rasa perasaan tu..chewah..haha

boyfriend dia tu xde aura..
dia la seken hero kiranya kn..
tp mcm x cukup umph..
patutnya bg la yg charming lg..setanding dgn hero...

xyla73 Publish time 24-5-2019 02:02 PM

wima replied at 24-5-2019 01:17 PM
aah..iols pun dh tgk...
best la tgk scene dorg stat mcm suka antara satu sama lain tu...
real je ...

dahlah boring..
dengar suara dia pun dah boring..
camnalah jung in tu blh stay lama dgn dia..

iols rasa iols dah nmpk mana hala tuju drama ni..
pasal apa perlunya marriage & stigma masyarakat terhadap single father..
iols prefer watak heroin dlm ni compared to something in the rain..
nmpk mcm dia ada pendirian n tau apa yg dia nak..

wima Publish time 24-5-2019 02:08 PM

xyla73 replied at 24-5-2019 02:02 PM
dahlah boring..
dengar suara dia pun dah boring..
camnalah jung in tu blh stay lama dgn dia..


yup..nmpk mcm dia nk highlight kan isu tu..
yup..heroin ni jujur dgn perasaan sendiri kan..wpun mcm teragak2..tp kiranya curang ke cane tu kan..mcm kesian gak kt bf dia tu..hihi..

iols br teringat..drama something in the rain pun bf heroin tu pun bosan gak..dhla teruk perangainya..x ensem plak tu..pengarah mmg nk fokus hero n heroin je kot..watak lain x perlu menonjol sgt..haha

xyla73 Publish time 24-5-2019 02:21 PM

wima replied at 24-5-2019 02:08 PM
yup..nmpk mcm dia nk highlight kan isu tu..
yup..heroin ni jujur dgn perasaan sendiri kan..wpun m ...

hehe..kira berubah hati tu..tapi drpd pendam lama2 baik break up..

tapi bf dia tu kira decent jugak..
at least dia back up jung in masa apak dia nak kenenkan dia dgn anak assemblyman tu..



iols rasa benda ni akan jadi isu nanti..
kenapa jung in pilih single father against bf dia yg memang dah nmpk perfect dari segi luarannya..

wima Publish time 24-5-2019 02:25 PM

xyla73 replied at 24-5-2019 02:21 PM
hehe..kira berubah hati tu..tapi drpd pendam lama2 baik break up..

tapi bf dia tu kira decent j ...

kann...
bf dia nmpk baik..
dgn si ji ho pun dia baik je setakat ni..
xtaula kalau lps ni camne kan...

actually drama ni noona dongsaeng ke ek?..watak ji ho tu bknla jauh muda dr jungin tu kn?

xyla73 Publish time 24-5-2019 03:06 PM

bukan noona dongsaeng..diorg sama umur based on the character description..

silapnya bf jung in ni dia bkn bf material..
maksudnya dia x buat apa yg bf selalunya buat..
contohnya masa diorg mkn dgn team basketball tu..
jung in cari chopstick tapi bf dia x buat apa2..
tapi ji ho tau apa yg perlu dibuat..
benda2 camni walaupun kecik tapi boleh effect kat relationship..

iols rasa nanti mesti ex-gf ji ho muncul satu masa nanti..

wima Publish time 24-5-2019 03:51 PM

xyla73 replied at 24-5-2019 03:06 PM
bukan noona dongsaeng..diorg sama umur based on the character description..

silapnya bf jung in n ...

kannn...
wpun nmpk kecik je...tp leh menyentuh hati sanubari gegirl kan..hihi
jung hae in slalu bwk watak bf material...
ms drama sblm ni pun camtu..
mmg cair dgn watak dia..huhu

harusla lps ni memunculkan diri bg nk tmbh konflik...tp yg penting mesti konflik dgn parents kan...tu yg rs cam drama 90an..skrg dh jrg drama wat konflik dr parents dh...

wima Publish time 24-5-2019 03:53 PM

x ramai yg layan drama ni lg kan @xyla73
dh kita berdua je duk meroyan kt sini..haha

xyla73 Publish time 24-5-2019 04:02 PM

wima replied at 24-5-2019 03:53 PM
x ramai yg layan drama ni lg kan @xyla73
dh kita berdua je duk meroyan kt sini..haha

kata @C1k_J4h pun layan..
mana dia x masuk sini pun..

C1k_J4h Publish time 24-5-2019 04:14 PM

xyla73 replied at 24-5-2019 04:02 PM
kata @C1k_J4h pun layan..
mana dia x masuk sini pun..

aiols xperasan ade benang utk drama ni
hehehe..tq seru aiols!
aiols tgh layan epsd 3-4

epsd 1-2 pun da best!
nnt aiols bg review

neto Publish time 24-5-2019 08:21 PM

setakat i tgk ep 2 bagi i cite ni best. i tak reti nak review panjang yg pasti best. sekian.. :lol::lol:

dan second hero bf han ji min tu annoying la. maybe sbb sebelum ni dia berlakon cite time dia jadi jahat andi tak suka so dlm cite ni i nyampah tgk dia walau watak dia tak la teruk sgt..

harap i tak angau dgn jung hae in mcm i angau dgn hyun bin. i dah takmo melalui fasa itu sekali lg..:lol::lol:

wima Publish time 24-5-2019 08:26 PM

neto replied at 24-5-2019 08:21 PM
setakat i tgk ep 2 bagi i cite ni best. i tak reti nak review panjang yg pasti best. sekian.. : ...

iols rs bakal angau gak nnti...

sbb caring sgt watak jung hae in ni..dambaan wanita sgt..hihi
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: [MBC] Spring Night - Han Ji Min , Jung Hae In


ADVERTISEMENT