ip_lepat Publish time 9-1-2019 01:18 PM

Peraturan Bod Kaki Pancing

Edited by ip_lepat at 12-2-2019 02:19 AM

Selamat datang ke Kaki Pancing. Di sini ada sedikit peraturan yang perlu anda patuhi. Jika peraturan tersebut tidak dipatuhi mungkin kredit anda dipotong atau anda akan diberikan AMARAN.

1. Hanya topik/thread yang sesuai dan berkaitan dibincangkan disini. Jika tidak sesuai MODERATOR berhak menutup/memindahkan tanpa sebarang notis. Sebolehnya gunakan fungsi 'search' dahulu sebelum membuka sebarang topik/thread.

2. Sila gunakan perkataan atau ayat yang mudah difahami forumer lain. Jika boleh jangan gunakan bahasa SMSdi dalam posting anda. Jika anda mengambil cerita/gambar/info dari web atau blog lain, SILA BERIKAN KREDIT.

3 Jika anda meminta tolong dari forumer untuk mendapatkan pertolongan atau apa yang berkaitan, sebarang RISIKO/KERUGIAN adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Pihak Cari Forum tidak akan bertanggungjawab jika anda mendapat KESULITAN walaupun anda mengenali individu tersebut melalui forum ini.

4. Pihak Admin, SuperModerator, Moderator atau pihak Cari akan berusaha menjawab segala pertanyaan anda.Namun forumer diminta bersabar kerana kemungkinan jawapan anda akan lambat dilayan dan ini semuanya bergantung pada soalan anda.

5. Tidak dibenarkan berborak kosong di setiap topik/thread. Sila berborak di thread yang telah disediakan.

6. Elakkan dari melakukan kesalahan seperti :

- Advertisement/ Scam/ Spam
- Disrespect/ Insult/ Rude
- Hostile/ Vulgar Languages
- Multiple Posting/ Same Thread
- Name Calling/ Personal Attack
- Problematic Avatar/ Signature
- Provocation/ Sarcasm/ Racist
- Political Issue

6. Forumer DILARANG KERAS untuk membuka thread/membuat post yang mengandungi:
- Link ke website/blog milik peribadi. Sila gunakan board berkaitan untuk mempromosikan website/blog anda.
- Iklan tentang jual beli. Sila gunakan board Jual Beli/Classified untuk urusan/pengiklanan anda.
- Pemintaan/permohonan/pencarian sponsor untuk kegunaan peribadi/berkumpulan; sama ada wang ringgit, peralatan/aksesori pelantar (pc/console)   ataupun perisian komputer
- Unsur unsur perjudian, cara menambahkan wang (link atau website), skim cepat kaya dan sebagainya.
- Unsur-unsur spam, dengan niat untuk 'bump' atau 'up' thread.

SEBARANG PERMASALAHAN/PERTANYAAN/KEMUSYKILAN, sila berhubung secara Private Message dengan MOD atau SMOD bertugas.

SELAMAT BERFORUM
Pages: [1]
View full version: Peraturan Bod Kaki Pancing


ADVERTISEMENT