hafiz.ahmad Publish time 9-1-2019 12:09 PM

Barber 'Lurus'! Cukur Rambut Lelaki Bentuk Segi Tiga, Salah Faham Dengan Simbol

Benda paling yang ditakuti bagi setiap lelaki adalah memilih barber yang salah. Cuba bayangkan jika anda dapat barberyang tidak kemas potongannya, boleh murung sebulan dibuatnya.


Seorang lelaki di China boleh dikatakan agak bernasib malang apabila mendapat pemotong rambut yang agak lurus pemikirannya. Mana tidaknya, barber itu mencukur bentuk segi tiga di kepalanya. Ya anda tidak salah baca, bentuk segi tiga!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/08/180853sqgj022ju8wbsjx0.jpgKredit foto: Tianxiu Bot/Weibo


Lelaki ini telah membuat temu janji untuk memotong rambutnya dan persiapnnya juga rapi, dia telah bersedia dengan video berkenaan gaya rambut yang dimahukan.


Semuanya telah disiapkan dengan rapi iaitu temu janji, gaya contoh rambut dan apa yang diperlukan hanyalah untuk hadir ke kedai gunting rambut itu. Tetapi tidak semua yang kita mahu dalam dunia ini akan kita dapat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/08/181016m6nd227yqdd02q28.jpgKredit foto: Tianxiu Bot/Weibo


Untuk menunjukkan contoh rambut yang dia mahukan, lelaki itu tidak screenshot tetapi menghentikan (pause) video itu dan menunjukkan kepada barber tersebut gaya rambut tersebut. Simbol play terpampang di video itu, dan itulah perkara yang pasti akan diingati lelaki ini sampai bila-bila.

Tanpa bertanya panjang, barber itu menyangka bentuk segi tiga itu adalah sebahagian daripada style rambut itu dan terus mencukur rambutnya tanpa disedari lelaki itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/08/181051tw28bn2ewzictpn0.jpgKredit foto: Tianxiu Bot/Weibo


Insiden kelakar ini telah dimuat naik oleh influencer blogger, Tian Xiu Bot di laman Weibo miliknya. Post itu mendapat perhatian ramai dengan hampir 20 000 comments dan 78 000 likes.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/08/181148woaqy3ldz356q5b5.png



Menurut post itu lagi, sebenarnya barber itu ada bertanyakan kepada lelaki itu jika dia masih mahukan bentuk segi tiga itu dan tanpa berfikir panjang lelaki itu terus bersetuju. Mungkin sedang mengantuk barangkali.


Lelaki itu dikatakan gembira dengan kejadian ini kerana dia lebih yakin dengan gaya potongan itu, disamping mendapat perhatian ramai. Asalkan dia gembira, ya tak?

Pengajarannya lepas ini jangan pula salah gunting rambut. Pastikan contoh rambut yang anda nak tu betul dan bukannya paused video. Jadi bahan jenaka nanti! -CARI

buragazz Publish time 9-1-2019 12:14 PM

Tukang gunting pun.. bawah tempurung sangat....:lol::lol:

kikuri Publish time 9-1-2019 12:17 PM

silap silap boleh jadi trend pulok nanti

Catpaw Publish time 9-1-2019 12:46 PM

{:smile            

saviour_09 Publish time 9-1-2019 12:48 PM

oii gila lurus betul ko ni
:lol:

whadda Publish time 9-1-2019 12:50 PM

lohhh barber pon :lol:

shernazz Publish time 9-1-2019 01:02 PM

Tu bukan simbol pause
Tu simbol play
Kalau pause yang tegak 2 batang tu

aijinmisaki Publish time 9-1-2019 02:03 PM

Ke saje nak pedajal

Artemesiaa Publish time 9-1-2019 03:00 PM

Hahaha lawak ler pulak.Tak mengapa tunggu panjang sikit lagi boleh ler buat tanda pause yang diidamkan tu

besarkecik Publish time 9-1-2019 03:39 PM

simbol pause ada dua garisan tu..

mieymiey Publish time 9-1-2019 03:47 PM

HAHAHAHAHA. Pembaris betul :lol:

mziskandar Publish time 9-1-2019 04:07 PM

Seb baik time gunting x kuar iklan upin ipin

kucingitam Publish time 9-1-2019 04:37 PM

hahhahaah...sorry aku terpaksa gelak...

Qaseemah Publish time 9-1-2019 10:27 PM

Nbnn#i{:hypnotizeOimmb...mj$





Kbko n {:hoorayOkBnjjTu{:givel

Achubam Publish time 10-1-2019 02:02 AM

Hahahhaha hebat juga barber ni

CathleenRieadg Publish time 19-4-2022 11:30 PM

che-cikL Publish time 20-4-2022 06:29 AM

Edited by che-cikL at 20-4-2022 06:30 AM

Memang artikel tu tulis simbol PLAY, kenapa pulak 2,3 org forummers di atas pertikaikan membetulkan bentuk simbol pause dua garis tu?

"Simbol play terpampang di video itu, dan itulah perkara yang pasti akan diingati lelaki ini sampai bila-bila."

SarahLucy Publish time 23-4-2022 11:10 PM

Pages: [1]
View full version: Barber 'Lurus'! Cukur Rambut Lelaki Bentuk Segi Tiga, Salah Faham Dengan Simbol


ADVERTISEMENT