Ferr_Remy Publish time 7-1-2019 10:57 AM

Anda Peminat Filem Seram? Ini Dia Filem Seram Paling Dinantikan Pada 2019!

Rasanya, masih belum terlambat buat penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca Cari di seluruh Malaysia!


Untuk tahun 2019, pastinya pelbagai azam dan cita-cita yang telah diimpikan untuk dikecapi dan ditunaikan oleh pembaca sekalian sebaik-baiknya.


Untuk penggemar filem seram pula, pastinya anda semua tidak sabar untuk menonton filem-filem seram di bawah yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, bukan?




The Curse of La Llorona


http://www.thecurseoflallorona.com/assets/images/share.jpg


Filem yang diterbitkan oleh James Wan ini sememangnya ditunggu-tunggu peminat filem bergenre seram di seluruh dunia! Manakan tidak, filem ini merupakan kesinambungan keenam untuk siri filem The Conjuring Universe yang sememangnya mempunyai ramai pengikut dan pengaruhnya tersendiri.


Diarahkan oleh Michael Chaves, filem ini mengisahkan legenda hantu di Mexico yang dikenali sebagai La Llorona. Mengikut kepercayaan masyarakat di sana, makhluk ini sangat ditakuti kerana sering menculik dan menyembunyikan kanak-kanak untuk dijadikan hak milik dirinya yang pernah kehilangan anak kandung suatu masa dahulu.


Sekadar idea, mungkin selepas ini James Wan boleh menerbitkan siri sambungan The Conjuring Universe mengenai hantu pontianak mahupun pocong pula untuk dibawa ke peringkat antarabangsa?




IT: Chapter 2


https://static3.srcdn.com/wordpress/wp-content/uploads/2018/02/IT-movie-Chapter-2-fake-logo.jpg


Setelah kejayaan IT yang merupakan "remake" dari filem seram popular tahun 90-an, Pennywise bakal menjengah kembali menemui anda di pawagam pada September ini!


Diarahkan oleh Andy Muschietti, filem ini berkisarkan mengenai kehidupan ahli "The Losers Club" yang berganjak ke alam dewasa setelah 27 tahun tidak bertemu dengan si badut yang menakutkan itu!




Grudge


https://static2.srcdn.com/wordpress/wp-content/uploads/2018/10/Insidious-star-Lin-Shaye-and-The-Grudge.jpg


Sam Raimi yang bertindak sebagai penerbit buat kesekian kalinya untuk filem ini sudah cukup membuatkan peminat filem seram tidak senang duduk untuk menantikan filem ini menjengah ke panggung.


Filem kesinambungan keempat untuk siri popular dari Jepun, The Grudge (Ju-On) kali ini bakal menampilkan ikon filem seram Insidious, siapa lagi kalau bukan Lin Shaye (Elise Rainier) sebagai teraju utama! Beliau mengganggap filem ini merupakan filem paling seram pernah dibintanginya setakat ini! Wah, tak sabarnya nak tengok filem ini di pawagam!




Happy Death Day 2U


https://dx35vtwkllhj9.cloudfront.net/universalstudios/happy-death-day-2u/images/regions/us/200x200.png


Setelah mengejutkan ramai menerusi filem Happy Death Day yang mencatatkan kutipan tinggi serta mendapat pujian para pengkritik pada tahun 2017, filem sequel untuk siri ini akan menemui anda pada Hari Kekasih yang bakal menjengah tidak lama lagi!


Masih mengekalkan Jessica Rothe (Tree Gelbman) sebagai teraju utama, nampaknya penonton akan melihat beliau mati berkali-kali untuk keseribu kalinya sehinggalah tamat filem ini nanti. Melainkan, sekiranya pihak produksi bertindak bijak dengan membuat perubahan plot dan mungkin bakal membuat kejutan kepada para penonton.




The New Mutants


https://www.foxmovies.com/s3/dev-temp/en-US/__5abd65f2381aa.jpg


Konfius untuk memilih filem apa untuk ditonton di pawagam untuk mereka yang meminati filem Marvel dan dalam masa sama, merupakan peminat setia filem seram?


Mungkin filem ini bakal menjadi filem kegemaran anda untuk tahun ini. Penulis tidak pasti apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penerbit dan pengarahnya melalui filem bergenre ini, tetapi jom sama-sama kita tunggu dan tonton filem The New Mutant yang bakal ditayangkan pada awal bulan Ogos ini.


Oh ya, filem berjudul Brightburn juga bakal membawakan genre sama iaitu superhero horror (seram adiwira) untuk tahun ini. Mungkinkah jenis genre ini bakal meletup dan menjadi trending untuk tahun 2019?




Bukan itu sahaja, sekuel untuk filem Zombieland, Annabelle, Child's Play, dan juga remake untuk filem Pet Sematary bakal menemui anda untuk tahun ini!


Untuk penulis pula, penulis masih berharap untuk filem sekuel siri Final Destination ditayangkan pada tahun ini yang khabarnya dirakamkan berturut-turut untuk siri filem keenam dan ketujuh. Filem seram apa pula yang anda tidak sabar untuk tonton ya? - CARI

umbut Publish time 7-1-2019 11:40 AM

Happy death day tu best...

twinbeeboo Publish time 7-1-2019 02:24 PM

Brightburn pun A must watch kalau ada peminat smallville or superman :D. Instead jadi superhero untuk manusia, jadi benda lain :D

salmon-suki Publish time 7-1-2019 02:35 PM

Tak sabar lah nak tgk la llorona james wan tu ngn grudge..tp satu jelaa,kalau remake omputih,effect dia x sama dgn y original...mcm ring naomi berlakon..samara ke,lg prefer sadako drpd samara..{:smile

gerbera.memopad Publish time 7-1-2019 03:40 PM

Aku tak sabar nak tengok Annabelle 3. Dengarnya bulan Julai ni.

grouper Publish time 7-1-2019 09:19 PM

Nape tgk filem seram hollywood dah x seram dah..maybe dah tgk byk sgt cite seram smpai semua taktik seram dah x laku sbb dah pernah tgk :(

September14 Publish time 7-1-2019 10:18 PM

Edited by September14 at 7-1-2019 10:20 PM

James wan punya cter mmg aku dah pangkah sbb mbosankn n x seram pun... lpstu tgk pulak pelakon2 gred c sume esp makcik rmbut pendek putih tu naik mnyampah pulak

So IT 2 je kut yg rasa mcm nk tgk

mialunar Publish time 7-1-2019 10:40 PM

Iols tunggu it 2 je.. tahun 2018 mcm kecewa cikit .. punya tunggu cite the nun .. bila kuar non hado
   Cite penunggu syaitan pulak .. ade babak macam zombie .. :'(:'(.. ape cite flashbacks balik heroine conjuring tue .. lagi hazabedah .. :'(... nasib baik la ade drama korea the guest tue .. terubat la sikit hati

WhiteRoof Publish time 9-1-2019 12:15 PM

I'm crazy about horror movies. There is nothing better than to watch them alone in an empty house)) I usually use Youtube Video Downloader to watch whenever I want. It’s free and I won’t see any advertising.
Pages: [1]
View full version: Anda Peminat Filem Seram? Ini Dia Filem Seram Paling Dinantikan Pada 2019!


ADVERTISEMENT