Sang_Pencinta Publish time 3-1-2019 03:08 PM

Uniknya Luang Prabang, Kota Kecil Padat Dengan Aktiviti Menarik

Luang Prabang adalah sebuah kota lama yang terletak di utara Laos. Seperti Melaka, kota ini menerima penghormatan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1995. Banyak para traveler dan penggemar budaya mengiktiraf kota ini sebagai pusat budaya Laos.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095227gy83lzqg7ag1qqy9.jpg
Kredit foto: Journey Era





Kota kecil ini dikelilingi oleh pergunungan dan terletak kira-kira 700 m di atas paras laut, di persimpangan Sungai Nam Khan dan Sungai Mekong. Sejak kebelakangan ini, ekonomi Luang Prabang semakin membangun jadi para pelancong semakin mudah untuk mendapat tempat menginap yang berpatutan dan juga ajen pelancongan yang sedia membantu ke mana anda ingin melawat.

Jika anda hanya ada beberapa hari di Luang Prabang, penulis ingin mencadangkan beberapa aktiviti yang wajib dilakukan atau tempat yang wajib dikunjungi.

1. Pemandangan Matahari Terbenam di Mount Phousi



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095354ieunmz2mneu6g73t.jpg
Kredit foto: Buffalo Trip



Mount Phousi terletak kira-kira 100 m dari tengah kota (boleh berjalan kaki). Menyajikan pemandangan 360 darjah seluruh kota. Anda dapat melihat pemandangan kota, pagoda dan pergunungan yang sayup mata memandang. Dengan ketinggian 300 anak tangga, aktiviti mendaki memang agak memenatkan tetapi pasti berbaloi apabila melihat pemandangan yang indah ketika matahari terbenam.


2. Mandi Di Air Terjun Kuang-Si



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095429s5pb3ia8a5p7aeaw.jpg
Kredit foto: Carian Google



Tahukah anda bahawanegara Laos tidak mempunyai lautan? Tetapi jangan terkejut jika terdapat banyak sungai dan air terjun yang ada di negara ini. Paling terkenal adalah Air Terjun Kuang Si yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari pusat kota. Dengan air terjun bertingkat setinggi 50 m dan air sungai yang cantik kebiruan, anda tidak boleh melepaskan peluang berendam dalam air pergunungan yang bersih dan dingin. Tips tambahan yang penulis dapat dari penduduk tempatan, terdapat denai rahsia yang membawa anda ke puncak air terjun di mana mata air dan kolam mandi yang lebih tertutup.


3. Melawat Royal Palace dan Binaan Lama




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095456mkxki73hl7w3a9nf.jpg
Kredit foto: Carian Google



Sesuai dengan statusnya sebagai kota tua UNESCO, terdapat banyak binaan lama seperti istana, kuil dan monumen yang terletak di sekitar kota ini. Walau bagaimanapun penulis mendapati ruangan pameran di bahagian dalam Muzium tidak ada keistemewaan dan hanya dipenuhi arca dan lukisan lama yang biasa-biasa pada pandangan penulis. Syukur, yuran masuk tidak terlalu mahal.


4. Melihat Alms Giving Ceremony




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095517vssfp80pxroosk50.jpg
Kredit foto: Carian Google



Seawal pagi setiap jam 4, barisan Sami akan berkeliling seluruh kota dan memungut persembahan berupa makanan berupa nasi pulut dan wang ringgit daripada orang tempatan. Aspek ini adalah yang paling suci dalam budaya dan agama orang-orang Laos. Sila lihat dan ambil gambar dari jauh. Pada masa kini, banyak keluhan daripada orang tempatan tentang gangguan daripada pelancong yang mendekati upacara Alms Giving Ceremony ini sehingga notis-notis amaran untuk mereka telah diedarkan dan dipacakkan sepanjang jalan.


5. Melintasi Jambatan Bambu di Sungai Nam Khan




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095541btqwdagc4gc2t2d4.jpg
Kredit foto: Yoshitaka Ando



Jambatan bambu dibina oleh penduduk kampung merentasi Sungai Mekong dan Nam Khan. Setiap kali musim banjir, jambatan ini akan dihanyutkan oleh air deras tetapi akan dibina semula. Walaupun kelihatan tidak kukuh, jambatan ini menjadi tumpuan pelancong asing untuk mengadakan sesi fotografi sehinggakan orang tempatan kini mengenakan bayaran untuk sesiapa yang ingin melintasinya. Tips: Selepas jam 5pm, pemungut yuran akan balik dan anda bolehlah menggunakannya sepuas hati.


6. Berjalan Kaki / Berbasikal Mengelilingi Kota




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095613wb7zj282pp6rjkiz.jpg
Kredit foto: Carian Google



Traffic jam hampir tidak wujud di kota kecil ini. Dengan hanya berjalan kaki anda boleh berkeliling kota kurang dari 1 jam. Gunakan masa pagi berbasikal untuk melihat kedai-kedai kraftangan yang unik, sesuai dibuat cenderamata.


7. Menelusuri Sungai Mekong Dengan Bot




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095635ratxiwoohg82og4o.jpg
Kredit foto: Carian Google



Di tepian sungai Mekong, terdapat jeti yang menyediakan perkhidmatan bot perlahan menyelusuri sungai yang merentasi beberapa negara ini. Jangan ketinggalan menyewa bot selama beberapa jam dan melihat kehidupan masyarakat setempat di sepanjang sungai. Pemandangan di kala matahari terbenam ketika berada di atas bot juga sangat mempesonakan.


8. Menjelajah Gua Pak Ou




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095700nbctddbdt56tietd.jpg
Kredit foto: Tanoochai



Sekiranya anda tidak takut berada dalam bot yang agak laju dan sungai yang deras, apa kata anda menjelajah Gua Pak Ou, kira-kira beberapa jam dari kota Luang Prabang. Gua yang bersejarah ini menyimpan hampir 4000 ikon Buddha dan menyajikan pemandangan dramatik batu kapur. Terletak lebih 50 kaki di atas paras sungai, pengunjung terpaksa menaiki beberapa ratus anak tangga untuk sampai ke puncak Gua.


9. Melihat Pasar Pagi di Khem Khong Road.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095900rt4dckyfqk6utthy.jpg
Kredit foto: Carian Google


Apakah uniknya pasar pagi Luang Prabang? Bagi penulis, paling unik ialah melihat barangan keperluan yang dijual oleh peniaga tempatan. Daripada pelbagai jenis haiwan liar sehinggalah mencuba buah-buahan yang tidak pernah dilihat selama ini. Selain itu, gunakan kemahiran tawar-menawar anda untuk membeli tenunan tradisi Laos yang dikatakan sangat berharga.


10. Membeli Cenderamata di Pasar Malam Sisavangvong Road




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201901/03/095929y0ar7gop01661y76.jpg
Kredit foto: Kannika Yawichai



Malam terakhir sebelum penerbangan pulang, pastikan anda mengunjungi pasar malam yang terletak di Sisavangvong Road. Dibuka mulai jam 5 petang, inilah masanya warga ‘daratan’ Laos yang tinggal di pedalaman memasarkan hasil dan barangan tradisi mereka seperti ukiran kayu, kraftangan hutan, perhiasan dan tenunan. Selain itu, kemeriahan pasar malam sangat sesuai buat para jurugambar untuk mengabadikan kehidupan harian warga tempatan dengan lensa kamera. Awas, sentiasa dapatkan kebenaran sebelum mengambil gambar.


Jadi, kota sekecil Luang Prabang juga mempunyai banyak keunikan dan tarikannya yang tersendiri jika anda pandai membuat perancangan. Sangat disyorkan untuk percutian solo ataupun bersama teman-teman. - CARI

matkpop Publish time 3-1-2019 04:25 PM

@Foxey

Foxey Publish time 3-1-2019 04:52 PM

matkpop replied at 3-1-2019 04:25 PM
@Foxey

Menariknyaaaa... Jom p melancong :loveliness: Cuma takmo la naik jambatan bambu, takmo naik bot kat Sg Mekong and takmo masuk gua

matkpop Publish time 3-1-2019 05:00 PM

Foxey replied at 3-1-2019 04:52 PM
Menariknyaaaa... Jom p melancongCuma takmo la naik jambatan bambu, takmo naik bot ka ...

Kenapa takmau naik bot?

Foxey Publish time 3-1-2019 05:27 PM

matkpop replied at 3-1-2019 05:00 PM
Kenapa takmau naik bot?

ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gua tu. rupanya tak ;P

matkpop Publish time 3-1-2019 05:33 PM

Foxey replied at 3-1-2019 05:27 PM
ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gu ...

i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.

Foxey Publish time 3-1-2019 05:39 PM

matkpop replied at 3-1-2019 05:33 PM
i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.

no worries. i suffer from the same thing :loveliness:

epis Publish time 3-1-2019 09:00 PM

Antara destinasi wishlist... harap dpt la pergi nti...

Sang_Pencinta Publish time 3-1-2019 09:05 PM

Foxey replied at 3-1-2019 05:27 PM
ooh... i tersilap baca. i ingatkan naik bot kat Sg Mekong tu pun bot laju dan air deras macam p gu ...

Actually tour Sungai Mekong tu boleh ambil yang slow boat tak menakutkan sangat

Tapi most people pilih yang laju sebabnya boleh ke gua tu sekali so 2 in 1 lah.

Tour Sg Mekong + Pak Ou Cave, bayar sekali je.

Tapi nak slow boat punya tour pun boleh jer

faraway1 Publish time 4-1-2019 06:34 AM

pergi tahun 2003, masa tu lagi unik sebab tak tourist destination lagi....

Sang_Pencinta Publish time 4-1-2019 09:37 AM

faraway1 replied at 4-1-2019 06:34 AM
pergi tahun 2003, masa tu lagi unik sebab tak tourist destination lagi....

Saya pegi dua tahun lepas

Dah sesak dgn tourist dan backpacker

Yg Westerners tak apa lagi tapi yg busload turis China tu tak faham peraturan

Masa Alms Giving Ceremony bersesak ambil gambar sampai nak sua kamera ke mulut sami buddha tu punya nak rapat :huffy

ninja boy Publish time 4-1-2019 11:13 AM

matkpop replied at 3-1-2019 05:33 PM
i ada claustrophobia. tak mahu masuk cave.

kesiannya kau
belum jumpa lagi org berpenyakit ini


Foxey Publish time 4-1-2019 12:03 PM

Sang_Pencinta replied at 3-1-2019 09:05 PM
Actually tour Sungai Mekong tu boleh ambil yang slow boat tak menakutkan sangat

Tapi most peopl ...

takut pulak baca air deras. jadi mungkin akan ambik slow boat je la kot kalau p {:mlyes:}

meow_tompok Publish time 4-1-2019 12:42 PM

photographer amik gamba nampak semua lawa je
kalau pegi betul2.. biasa biasa je la kot

Artemesiaa Publish time 4-1-2019 12:51 PM

Sesuai buat yang berjiwa advanture bukan kaki soping

faraway1 Publish time 4-1-2019 01:20 PM

Sang_Pencinta replied at 3-1-2019 08:37 PM
Saya pegi dua tahun lepas

Dah sesak dgn tourist dan backpacker


really :shakehead3: tahun 2003 tu, masa upacara tu kat luang prabang...
boleh dikira dengan jari berapa orang tepi jalan masa tu...
sangat lengang.... tengok gambar lp tu sekarang,
jauh beza sangat dah... syukur pergi masa tempat tu belum glamer.

moonbug Publish time 5-1-2019 01:25 PM

Kalau pergi nak ke Kuang Si waterfall tu je. Tapi ramai gila orang sekarang

chentadearhati Publish time 5-1-2019 07:32 PM

Ternang sgt dkt luang prabang ni..suka2..skrg AA X de direct flight dh...
Kuang Si waterfall tu...seronok berendam kt kolam atas lg...tp kena hiking sikit..

sheila_cojjee Publish time 7-1-2019 02:14 PM

menarikni.. blh msuk wishlist hehee

nurulazzah05 Publish time 10-1-2019 01:58 PM

macam best..
Pages: [1] 2
View full version: Uniknya Luang Prabang, Kota Kecil Padat Dengan Aktiviti Menarik


ADVERTISEMENT