Siapa Kata Kuala Kangsar Tak Ada Tempat Makan Best? Salah Besar, Ini Antara Yang
Edited by ip_lepat at 9-1-2019 12:52 PMMemikirkan tempat makan menarik di Kuala Kangsar, sudah tentu Laksa Pak Ngah bermain di pemikiran anda bukan?
Namun begitu, tahukah anda masih ada beberapa tempat makan kegemaran dan menjadi tumpuan ramai? Salah satunya Milo Kepal Tok Abah yang baru-baru ini telah Viral.
Laksa Pak Ngah
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/145600h407bb1rle711bbw.jpg
Foto: Google
Laksa Pak Ngah sudah lama bertapak di Kuala Kangsar. Selain dari terkenal dengan laksa yang diproses sendiri, restoran Laksa Pak Ngah juga terkenal dengan pelbagai menu special dan unik. Antaranya ialah Laksa Goreng Kuah Banjir, Laksa Telur Sarang, dan Laksa Special iaitu laksa yang dibungkus dengan telur ala pataya dan di makan bersama kuah Laksa. Yang pasti kesemuanya pasti membuka selera anda.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/150944ue8eoqot3q78q99j.jpg
Foto: Google
Facebook : https://www.facebook.com/Laksa-Pak-Ngah-196902917039423/
Milo Kepal Tok Abah
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/155550ojlldnfwdmxvmnmv.jpg
Foto: Google
Mencari Milo Kepal Viral? Di sinilah tempatnya. Apa kata anda singgah sebentar ,dan rasakan sendiri keenakan Milo Kepal Tok Abah. Biasanya gerai Milo Kepal Tok Abah akan beroperasi dari jam 12.30 tengahari hinggalah ke 10 malam.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/155747npoama7pzkpp9ssz.jpg
Foto: Google
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Ais-Kepal-Milo-Viral-Kuala-Kangsar-Perak/353966261744017
Medan Selera Dataran Sungai Perak Kuala Kangsar
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/165007e66uu611ouojzzo7.jpg
Foto: Google
Terdapat pelbagai restoran dan gerai di sekitar kawasan ini. Dari siang hingga malam kawasan ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung untuk menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan sungai perak yang sangat cantik. Bahkan di sini juga menjadi tumpuan utama pengunjung jika ke kuala kangsar ataupun ingin membeli pelbagai cenderamata.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/172239amhly3f4mmlfyx7l.jpg
Foto: Google
Teratak Warisan Kampung
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/170921hdcwqrppzwfwdzp4.jpg
Foto: Google
Selainmedan selera di dataran Sungai Perak, restoran ini juga terkenal antara restoran pilihan untuk menikmati makan tengahari. Di sini terdapat pelbagai pilihan menu ala kampung yang pasti menepati citarasa anda. Waktu operasi dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/172609ihtlete6li5euy5h.jpg
Facebook : https://www.facebook.com/twk18/
Uncle Jimboy
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/223540ymdqnnntyqt8z5vt.jpg
Foto: Google
Walaupun servis di sini agak perlahan, namun begitu restoran Uncle Jimboy sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin menikmati masakan yang begitu enak. Pelbagai menu terdapat di sini dari western hinggalah ke masakan panas yang lain.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/223751ijxihjwwwqihiwqe.jpg
Foto: Google
Facebook : https://www.facebook.com/unclejimboy/
Baitu Qahwah Cafe
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/230704vbhz8yvg7dmbgd77.jpgFoto: Google
Ini adalah salah satu cafe hispter menjadi kegemaran penduduk Kuala Kangsar. Lokasinya yang berada di dataran sungai perak dan betul-betul menghampiri sungai perak membolehkan anda makan sambil menikmati panorama sungai perak yang bergitu mengindahkan. Antara menu yang popular adalah green nasi lemak, chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/231824s1c7641ztbj7t6av.jpg
Foto: Google
Facebook : https://www.facebook.com/Baitul-Qahwah-Coffee-Story-232771103438586/
Rambai ClassicCafe
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/233656n6xsv33l8u78x84u.jpg
Foto: Google
Jika bertanya orang Kuala Kangsar, Restoran Rambai Classic Cafe cukup dikenali ramai. Pelbagai jenis masakan yang terdapat di sini dan dikatakan restoranmakanan western paling sedap di Kuala Kangsar dan harganya pula sangat berpatutan. Menurut cerita, Chicken Chop di sini sangat menjadi kegemaran pelanggan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/31/234238gr72ad04v7744b4u.jpg
Foto: Google
Facebook : https://www.facebook.com/rambaiclassic.rambaiclassic
Wah! Menarik bukan?Semoga senarai ini dapat membantu anda. -CARI laksa pak ngah bg iolss idok ler sdp mne pon.. Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap terbaik, rasanya lebih mantap dari Ipoh.
harmerz01 replied at 2-1-2019 05:25 PM
Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap...
Yup,, Itu pun salah satumenarik di kuala kangsar,,,
aleesyasofia replied at 2-1-2019 05:23 PM
laksa pak ngah bg iolss idok ler sdp mne pon..
Selera tak sama.. Kalau sy pun sama jugak.... ada yg lain lagi sedap.hihi
Tapi menu kat restoran pak ngah mcm menarik jugak
All look sooooo gooood wah mcm menarik. bleh dipertimbangkan nk ke kuala kangsar pulak okay boleh tambah destinasi mencari makanan. Laksa pakngah dh hilang kicknya.. sejak diturun ke generasi baru.. Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii aglioolio replied at 3-4-2019 03:37 PM
Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii
Kat area mana Medan selera dataran sg perak yg konon2 famous tu cendol cair, kuah laksa pon cair. Tang mana sedap pon Xtau :shakehead3::shakehead3::shakehead3: klu ada yg baru pergi & rasa ada perubahan dh jd betul2 sedap, bgtau ye. aglioolio replied at 3-4-2019 03:37 PM
Chapati kat padang rengas sedap, lembut je. Makan dgn sambal sardin aduii
Apa nama kedainya?
harmerz01 replied at 2-1-2019 05:25 PM
Satu lagi ......Selera Kampung Bendang Panjang.
Merasai suasana makan dalam kebun getah. Mee kicap...
Ni makan waktu mana ni...diner ke lunch ke apa...
Nak ke kuala kangsor minggu dpn ni
Pages:
[1]