NmeeraR Publish time 27-12-2018 04:33 PM

Uniknya, Bermain Dengan Air Pasang Di Taman Negara Johor Tanjung Piai

Bagi penduduk di sekitar Johor, fenomena air pasang di Taman Negara Johor Tanjung Piai sudah menjadi kebiasaan untuk mereka. Fenomena ini boleh dikatakan berlaku setiap hujung tahun sejak beberapa tahunyang lalu lagi. Bahkan kini, kawasan inisesuai untuk bermandi-manda apabila terjadinya air pasang di sini.
zWFdWfrDoPY
Dari Berita TV9

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/26/145259s7172wkd02d1mw0j.jpgSumber dari internet


Air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh air dari Laut Selat Melaka yang melimpah masuk ke dalam kawan taman negara kerana kawasan ini berada di pesisiran pantai. Air pasang sekitar kedalaman bawah paras sederhana ini akan berlaku hanya 2 jam sehari sekitar pukul 11.00 pagi dan 1.00 tengah hari.Walaupun hanya seketika, ia cukup memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dan merasai sendiripengalaman air pasang besar di pintu masuk taman negara hutan paya bakau itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/26/152131psjpi7cbpzsi7pe0.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/26/145410z5yleel5i5ul32lz.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/26/145411ne0zdrb0ur63e2nm.jpg
Sumber dari internet


Menurut pengurus TNJTP, fenomena air pasang inimemang dinanti-nantikan orang ramai untuk bermain ibarat di taman tema air, seperti mana tahun-tahun sebelumnya yang mana kawasan ini akan berlaku air pasang besar.


Pihak TNJTPakan membuka laluan masuk berasingan kepada para pengunjung yang ingin beriadah ke sini. Mereka juga akan memaklumkan kejadian ini tiga bulan lebih awal melalui akaun Facebook Taman Negara Johor. Untuk itu, dimaklumkanair pasang besar tahun ini sedang berlaku sejak 24 Disember dan dijangka akan berakhir pada Khamis ini.


Menurut TNJTP lagi, disebabkan kejadian ini, mereka menerima pengunjung kira-kira 5,000 orang setiap hari.



Namun begitu, pihak TNJTP juga harus menitikberatkan 2 faktor dalam satu masa iaitufaktor keselamatan pengunjung, yang mana pihaknya memastikan pengunjung bermain air di bawah pengawasan kakitangan yang terlatih.


Seterusnya, mengenai air pasang yang terjadi telah memberi kesan kepada TNJTP kerana setiap tahunkeluasan tanah akan makin berkurang akibat daripada hakisan pantai yang kritikal. Untukitu, pihak TNJTP sentiasa menjalankan usaha untuk mengatasi masalah ini melalui program penanaman pokok bakau di sekitar kawasan taman negara.


Sungguh menarik bukan? Ada yang pernah sampai ke sini untuk merasai fenomena unik ini? - CARI




Sumber : www.astroawani.com, www.utusan.com.my

RatuDunia94 Publish time 27-12-2018 05:52 PM

Kalau dh bersesak2 mcm tu nk beriadah apanya??

buapakperut Publish time 27-12-2018 08:23 PM

mak oi penuh orang. air cethek saja pun, ..mesti banyak indun datang selpie

chicozinn Publish time 27-12-2018 10:23 PM

Sebenarnya nak pergi sne xbest sebab lalu kebun sawit n jalan kampung..laki aku yg memang asal orang serkat pun jarang g sana ngan parking n masuk tg piai kne bayr asing2..

jee72 Publish time 27-12-2018 11:05 PM

Tanjong piai ni pegi sekali cukup, so dh smpi ke penghujung benua asia, sbb lain xde

syue86 Publish time 28-12-2018 10:04 AM

sonok fenomena air pasang ni
dulu penah merasa kt area gelang patah..jakunnnn

msdummy.2018 Publish time 7-1-2019 05:59 PM

Giler sesak.. Idoklah temannn{:run

korokure Publish time 7-1-2019 11:22 PM

masa pi dulu takda pulak air pasang ni.
Pages: [1]
View full version: Uniknya, Bermain Dengan Air Pasang Di Taman Negara Johor Tanjung Piai


ADVERTISEMENT