melnanzz Publish time 20-12-2018 10:33 PM

KERANA DIA MANUSIA BIASA [Samarinda TV3: Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mus

Edited by melnanzz at 25-7-2019 07:24 PM

Kerana Dia Manusia Biasa
slot Samarindasetiap Isnin hingga Khamis, 10 malamsaluran TV3, tonton dan YouTube channel TV3OFFICIAL Malaysia






Saksikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang sedang disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON
Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Afifah Nasir sebagai Tengku Shakira
Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
Zera Hariz sebagai Najwa
Sasqia Dahuri sebagai Nora / Yasmin
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
Aleza Shadan sebagai Datin Nur Kalsom
Mimi Ernida sebagai Suraya
Ku Zara Eryna sebagai Alia
Dhia Ly sebagai Dania
Abbas Mahmood sebagai Nazim
Ali Reza sebagai Zarul
Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
Afzan A.Rahman sebagai Dr Haikal
Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah

LAGU TEMA / OST
Black - Leraikan
MUGCAIFYVtk

SINOPSIS KERANA DIA MANUSIA BIASA
Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula?

eizarz Publish time 20-12-2018 10:58 PM

cerita bosan ni..ini je la modal cerita melayu,klise sangat dia punya plot..phuii

mongoose_kidz Publish time 21-12-2018 03:18 AM

turn off tgk shukri yahya
n plot sgtla cliche,fitnah dendam,kawin tanpa rela pastu jatuh cinta
citer melayu ni suka sgt hero ke heroin percaya cakap org luar padahal pasangan kita tu duduk sebelah kita je hari2..
xde mulut ke nk tanya hal sbnr???

eddlisa_uyuk Publish time 24-7-2019 01:14 AM

dah nmpk dah iklan citer nih

zasssssss Publish time 25-7-2019 09:21 AM

dh start malam td.

bulan_gerhana Publish time 25-7-2019 05:23 PM

awat tetiber ganti mimpi seberina jadik citer nih??

aku terpinga2 sat..

pearl.silver Publish time 25-7-2019 10:56 PM

bulan_gerhana replied at 25-7-2019 05:23 PM
awat tetiber ganti mimpi seberina jadik citer nih??

aku terpinga2 sat..

Mimpi sabrina tak capai standard slot samarinda kot
Mcm kisah cinta remaja je

LiliSam Publish time 26-7-2019 10:34 AM

pearl.silver replied at 25-7-2019 10:56 PM
Mimpi sabrina tak capai standard slot samarinda kot
Mcm kisah cinta remaja je

dah tukar siaran ke

pearl.silver Publish time 26-7-2019 01:14 PM

LiliSam replied at 26-7-2019 10:34 AM
dah tukar siaran ke

Mimpi sabrina tukar slot pukul 2 ptg

pearl.silver Publish time 26-7-2019 01:31 PM

LiliSam replied at 26-7-2019 10:34 AM
dah tukar siaran ke

Mimpi sabrina tukar slot pukul 2 ptg
Tak byk view agknya pukul 10 mlm

dineo Publish time 29-7-2019 11:25 PM

masuk sini sbb nak tau sapa pegang watak aisyah

nama nya husna mustafa
first time tgk dia berlakon

nasbab86 Publish time 31-7-2019 07:28 AM

pearl.silver replied at 26-7-2019 01:31 PM
Mimpi sabrina tukar slot pukul 2 ptg
Tak byk view agknya pukul 10 mlm

pernah ke jd camni erk kt t 3?

qqmikael Publish time 2-8-2019 07:05 AM

Patutlah mimpi sabrina tetiba hilang...citer ni bosan sungguh...tapi aku tengok gaklah moda utk melelapkan mata

lis_miranda Publish time 2-8-2019 12:40 PM

Ok lah..layan juga ceta ni..

babycc Publish time 5-8-2019 11:12 PM

Minat SY tp sengaja x tgk cerita ni sbb ada EM..

tifa_leo Publish time 8-8-2019 12:04 PM

layankn jgk drama ni sbb minat SY...

nur.nilam.sr Publish time 8-8-2019 01:16 PM

Lambat sikit tgk cite ni.. Dah half way, baru dpt tgk.. Not bad juga cite ni.. Dan best SY bawa watak kompleks mcm ni, compared to citer dia ngan ayda dan hannah sblm ni..

beatgirlX Publish time 12-8-2019 08:56 AM

Sabar sungguh lanwatak Aina tu

ladydolph Publish time 13-8-2019 08:37 AM

demi SY ... ku layan juga .....
:loveliness:

Chad Publish time 14-8-2019 06:03 AM

Ya.... Layan sebab SY...
Pages: [1] 2 3
View full version: KERANA DIA MANUSIA BIASA [Samarinda TV3: Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mus


ADVERTISEMENT