KakaJah Publish time 19-12-2018 11:34 PM

Kongsi Resipi - Korean Style Fried Chicken

Sekarang ni kedai ayam goreng korea bukak merata rata. Akak rasa di IOI City Mall Putrajaya aje dah ada lebih dari 5 kedai makanan korea yang jual ayam goreng. Akak nak kongsi resipi pada yang nak try buat sendiri. Simple je resipi ni. Akak buat cara mudah sebab malas.

Bahan bahan :
-ayam (akak suka bahagian drumet dan wing tips)
-tepung beras
-cili boh
-sos tomato , sos cili
-gula /garam/ blackpepper /madu
-bawang putih
-bijan (optional)

Cara cara
1. Basuh ayam cuci bersih. Lepas tu toskan sampai kering
2. Gaul ayam dengan lada hitam dan garam. Biarkan 10 minit.
3. Salut ayam dengan tepung beras . Ni kena salut betul betul sampai keseluruhan bahagian ayam tu. Baru rangup.
4. Goreng ayam sampai masak dengan api sederhana besar. Make sure masak dalam
5. Goreng lagi sekali dalam 2 3 minit dgn api besar . Nak pastikan ayam kekal rangup lepas salut nt.
6. Panaskan sikit minyak jangan banyak. Sebab ayam pun dh ada minyak . Tumis bawang putih yg dicincang halus. Siapa suka garlic boleh la letak banyak sikit
7. Masukkan 1 sudu besar cili boh. 1 sudu ni anggaran utk 10 ketul ayam. Sesedap rasa la agak2 cili tu.
8. Perasakan dengan sos cili sikit, sos tomato, gula dan garam . Boleh kurangkan gula kalau nak tambah madu.Boleh renjis sikit kicap kalau nak warna dia gelap sikit.
9. Tutup api. Masukkan ayam dan kacau rata . Masukkan bijan yg akak dh lightly toasted.
Siapppp. Silakan makan sambil layan tv hujung minggu.

Genkidesuka Publish time 20-12-2018 12:04 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Terima kasih kongsi resepi.:loveliness:

aarwen Publish time 6-1-2019 11:29 PM

Wow thanks akan cuba buat!

wallame Publish time 7-1-2019 01:52 PM


boleh cuba ni.. thanks

hotmak Publish time 22-2-2019 10:38 AM

sedapnyaaaaa, senang je rupanya nak buat ;P, tak sanggup nak pergi que semata nak mkn ayam je, nanti boleh lah try

KakaJah Publish time 22-2-2019 10:38 PM

hotmak replied at 22-2-2019 10:38 AM
sedapnyaaaaa, senang je rupanya nak buat , tak sanggup nak pergi que semata nak mkn ayam je, nanti ...

Haahahaha kalau nk lg crispy double fry mak. Tp....kdg2 nak shortcut malasssss

zoomin Publish time 4-4-2019 11:00 AM

Thanks share resepi. So far yang sedap pernah makan yang Marry Brown punya, ada rasa madu sikit2,kena dengan selera Malaysia. Tapi now dah tak ada. Seasonal je kot.

VineLover Publish time 23-7-2019 01:56 AM

I recently stumbled upon a wonderful recipe. Loved this chicken breast.
Sous Vide Recipes Chicken
I think you will be happy too.

Steps
Step 1
Fill a large stock pot with water, attach your sous vide to the pot and set your sous vide to 145oF. You want to make sure you can fully submerge your chicken breast in the water.

Step 2
Then, season chicken breast with salt and pepper and place into a vacuum seal bag. A Ziplock will work fine too!
....

nanaiss Publish time 26-7-2019 10:43 AM

Tenkiu.. esok leh la cuba bagi lakiku makan

Lengkong Publish time 28-7-2019 12:37 PM

Sedapnya ratah

Thealisyayusuf Publish time 3-2-2023 11:55 PM

Omg my favvvv
Pages: [1]
View full version: Kongsi Resipi - Korean Style Fried Chicken


ADVERTISEMENT