Nonones Publish time 18-12-2018 09:05 AM

SIHIR

Assalamualaikum, aku dah tak tau nak luah dekat mana. lepas satu-satu dugaan keluarga aku. sebelum ni aku pernah bukathread masalah parents aku, yang tu belum selesai skg ni ada benda lain datang pulak.
Mak aku dah kena sihir bomoh siam. dah 3-4 ustaz kami ikhtiar tp tak jalan. masa berubat hari ahad lepas, kami bawak mak jumpa satu ustaz ni. ustaz ni dapat communicate dgn benda tu. benda tu mengaku, ada org laki yang suka mak aku dah buat mak aku guna bomoh siam (maybe mak aku tak layan, dia marah). laki ni bayar 5ribu dkt bomoh siam tu utk buat mak aku. skg mak aku antara sedar dgn tak sedar perbuatan dia. dah seminggu berlarutan. masa mula2 dulu tak kuat sgt, tapi dah dkt seminggu ni makin lama makin kuat. mak aku solat mcm biasa tp bila sampai part nak berdoa tiba2 dia berdoa mcm tok sami, tak sedar. bila panggil pun tak sedar. semalam pukul 1 pagi, tiba2 adik aku cakap tgn dia bergerak2 mcm tgh jampi sesuatu, kepala berlenggok2. adik aku tarik tgn, mak aku tepis tgn adik aku. lepas tu automatik tgn dia naik mcm tok sami tu jugak dgn mata tertutup. pakcik aku dtg, lepas tu cakap "jom baca yassin" terus mak aku stop, sedar & mengamok.

besarkecik Publish time 18-12-2018 10:45 AM

Cerita pasal sihir ni, arwah lecturer aku meninggal sebab ni la. 3 kali kena sihir. Kali ketiga kena, terus meninggal. Ayah aku pun pernah kena buatan orang, sampai tak boleh jalan.. Sebabnya, kedai runcit ayah aku boleh dikatakan laku antara kedai lain. Ikan dekat kedai jadi busuk, kedai macam tutup walaupun bukak, ayah aku tak boleh jalan.
Aku sendiri pernah kena ugut dengan sihir.
Sedangkan Nabi kita pun kena sihir..
YANG PASTI, SEMUA KAUM PUN GUNA SIHIR SEBAB TAK PUAS HATI, BUKAN MELAYU SEMATA.
Bersabar & tawakal di samping usaha. Berdoa (setiap kali nak doa, sentiasa mulakan dengan bismillah dengan selawat, lepas tu setiap kali nak mintak sesuatu, puji Allah dengan asma al husna,
lepas tu mintak la yg kau nak, tapi perbanyakkan pujian tu)..
Kalau jadi macam tu, cuba tanya benda tu "apa kau nak jawab dekat Allah dekat akhirat nanti kenapa kau aniaya umat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW?". Macam video tu..
Apapun, sekuat mana makhluk, langsung tak mampu lawak kudrat Tuhan yg Maha Perkasa.

cmf_blingblings Publish time 18-12-2018 01:22 PM

Anak sedara aku umur 20 tahun dah setahun kena sihir tapi sampai sekarang tak 100 peratus sembuh. Sesekali kepala dia sakit tapi tak seteruk dulu sampai boleh menari makyong. Sambil menaip ni badan aku rasa terketar-ketar dah. Masa aku bawa dia berubat dgn seorang ustazah, dia punya jeritan aku rasa boleh didengar sebuah taman perumahan. Mata menyala-nyala dan setan iblis tu bukan seekor, berekor-ekor melekat di tengkok, belakang telinga...

TT, awak org mana? Jgn putus asa dia takakan pergi terus mcm tu, dia akan datang dan pergi.Mak awak akan nampak siapa yg buat aniaya dekat dia tu. Ustaz tu bila dia buka hijab satu-satu mak akan nampak apa yg dia org tengah puja. Guna bomoh Siam ni paling siksa nak sembuh tapi tak mustahil.Usahalah, inshaAllah boleh sembuh.

Nonones Publish time 18-12-2018 03:05 PM

cmf_blingblings replied at 18-12-2018 01:22 PM
Anak sedara aku umur 20 tahun dah setahun kena sihir tapi sampai sekarang tak 100 peratus sembuh. Se ...

Buat masa skg, saya di KL. mak pulak di perak. dah la saya tengah sarat mengandung 8 bulan, mmg tekanan jugak rasa. setakat ni ahli keluarga lain mmg tgh bantu mak cuma saya tak dpt nak bantu mak sbb tgh sarat. rasa terkilan, sedih, tekanan semua ada bila fikir keadaan mak mcm tu.kenapa ada lagi org nak buat mcm ni.

cmf_blingblings Publish time 18-12-2018 03:23 PM

Nonones replied at 18-12-2018 03:05 PM
Buat masa skg, saya di KL. mak pulak di perak. dah la saya tengah sarat mengandung 8 bulan, mmg te ...

Kadang-kadang lagi satu ikhtiar kena bawa pindah ke tempat lain selain berubatlah sbb benda ni boleh jadi dihantar dengan angin dan ada juga ditanam sekitar rumah. Ikhtiar tetap kena ikhtiar, kena buangkan benda-benda tu sikit-sikit dari badan. Lagi satu yg bagus cari daun bidara, ramas-ramas buat mandi pagi dan sebelum magrib. Mustajab daun bidara tu, jangan beli yg terlajak laris pulak, cari yg asli dari pokok dia.

xtahumenahu Publish time 19-12-2018 06:08 PM

Beratnya dugaan tt...dah laa tengah sarat
harap mak tt cepat sembuh
Pages: [1]
View full version: SIHIR


ADVERTISEMENT