AzwaRabuni Publish time 13-12-2018 05:35 PM

Cuti-cuti Di Taiping, Bandar Warisan. 5 Lokasi Tak Harus Dilepaskan

Kadang-kadang kita terfikir, ke mana kita nak pergi bercuti hujung minggu dengan anak-anakkan? Apa kata kita pergi ke Taiping dan melawat tempat-tempat menarik yang ada di Bandar Warisan ni. 2 hari 1 malam pun dah cukup tau.


Lebih memuaskan hati ialah tempat-tempat menarik yang ada di Taiping ni semuanya berdekatan. Memang dah dapat jimat banyak masa.


Antara tempat menarik yang sempat penulis dan keluarga lawati ialah:


1. Muzium Perak: rangka haiwan dan haiwan yang diawet memang menarik perhatian anak-anak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/193543wu6uff3iamj77xif.jpg






https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/194856cf2ovirzxxhfivoz.jpg





2. Zoo Taiping & Night Safari: kami pilih Night Safari sebab boleh tengok haiwan dengan menaiki tren.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195702ur5rkr5z65h5bqhx.jpg




3. Taiping War Cemetery: cuma bergambar di luar sahaja sebagai kenangan.


4. Muzium Matang/Kota Ngah Ibrahim: seronok dapat menjejakkan kaki ke rumah bersejarah yang dibina oleh pembesar Perak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195159cdojwqde10l1mcqo.jpg





5. Antong Coffee Mill: buat pencinta kopi mesti singgah ke sini untuk mencuba pelbagai perasa kopi yang disediakan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/195544ifxn2vucnyd16ca2.jpg






Bagi yang mencari tempat makan sedap dan berbaloi, bolehlah singgah ke:


1. Salleh Stall Mee Udang Kuala Sepetang


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/200533ybcnmnu8n4nzobe8.jpg





2. Restoran Haji Midin Murtabak


3. Restoran Ansari Famous Cendol


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/200722aqsqcs0p6ranqppp.jpg







Ada banyak lagi tempat menarik di Taiping yang boleh dilawati seperti Spritzer EcoPark, 5d Art Paradise Taiping, Old House Museum serta Bukit Larut (Maxwell Hill). Terpulang kepada anda untuk merancang tempat yang hendak dilawat. Yang pasti, Bandar Warisan, Taiping memang sebuah bandar yang menarik untuk dilawati dan kekal dengan keindahan bangunan lama dan bersejarahnya. - CARI

tombolpintu Publish time 13-12-2018 05:41 PM

Ya Tuhannn...rindunya kat Taiping {:mlcry:}

lilacomot Publish time 13-12-2018 05:50 PM

Yeayy.. Esok balik tepen

atsu Publish time 14-12-2018 07:30 AM

Taiping memang best.

Nonones Publish time 14-12-2018 08:27 AM

Kuatkan imanku, ku dah lama tak baik taiping :'(

dekmieDandy Publish time 14-12-2018 09:19 AM

aku suka gi muzium bagai ni, tapi masalahnye aku sorang je yang suka :shakehead3:

kalau ngan member n famili harap jelar nak ajak diorang

crozencoklat Publish time 14-12-2018 11:41 AM

my lovely hometown! rindunyerrrr

epis Publish time 14-12-2018 12:56 PM

Saya suka taiping, last visit 3 thn lepas...

Artemesiaa Publish time 14-12-2018 03:21 PM

Bolehlah singgah kalau ke sana

korokure Publish time 16-12-2018 07:33 AM

Antong Coffee mill tu menarikperhatian saya.

https://www.malaysiatravelforum.com.my/forum/cities-of-malaysia/perak/2969-taiping-lake-garden-memang-awesome

kakyungpilah85 Publish time 17-12-2018 09:02 AM

rindu nak gi taiping lagi..huhuhuh

princesslulu Publish time 17-12-2018 10:15 AM

rindunye raintown!!
rindu yong tau foo blakang bomba..
rindu laksa taman tasik..
rindu bihun sup wakaf..
rindu cendol bismillah..
rindu la semua kat tepeng

cekgihani Publish time 17-12-2018 03:14 PM

Bukit larut pun best

nuralisa Publish time 20-12-2018 04:56 PM

muzium kat tepeng tu mmg mcam tu jerrrrr dari dulu ... hahahah
binatang2 awet tu dah berpluh2 tahun..
mmg tak berubah.. tpi dalam masa sama x de pulak nampak buruk ke atau x dijaga...

MarissaOberlin Publish time 25-12-2018 10:23 PM

Lake Tambi jangan lupa chuols

harmerz01 Publish time 26-12-2018 09:38 PM

Murtabak Midin

Mary_jane Publish time 20-1-2019 09:01 PM

I nak sangat try roti bakar arang, tapi tu kat ipoh lah. :2lol:

Cattleya Publish time 22-5-2019 03:45 PM

Mary_jane replied at 20-1-2019 09:01 PM
I nak sangat try roti bakar arang, tapi tu kat ipoh lah.

eh ada lah kat Taiping.... Roti Bakar Arang Fadzil House kat Pokok Assam, Taiping... tapi kena gi pagi2 lah..... kul 11 dh abis rasanya..


farlis Publish time 17-6-2019 10:10 PM

Perkampungan lejen di belakang sek sains tepeng... Semua set2 sajat duduk kt situ... Ya ampun, mmg bersih weii kg diorang..

farlis Publish time 17-6-2019 10:12 PM

Jangan lepaskan peluang naik ke Bukit Larut.. Kena beratur awal pagi untuk dptkan slot naik ke atas by jeep.. Kalau dtg lmbt, jgn harap.. dah xde tiket... Lps subuh org dah beratur panjamg nak beli tiket naik atas
Pages: [1] 2
View full version: Cuti-cuti Di Taiping, Bandar Warisan. 5 Lokasi Tak Harus Dilepaskan


ADVERTISEMENT