NmeeraR Publish time 13-12-2018 12:33 PM

Cantik Betul Gunung Warna-Warni Di Seluruh Dunia! Jom Layan Sekejap

Pernahkah anda dengar mengenai Gunung Pelangi atau Gunung Warna-Warni? Pernahkah anda lihat keajaiban alam semula jadi ini? Jika belum, jom layan gambar di bawah ini.


Untuk itu, ini senarai gunung warna-warni yang bakal mewarnai hari anda. Moga hari anda lebih indah setelah melihat keindahan dan keunikan pergunungan ini.


1. Zhangye Danxia, China
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/183931uuxung1gangnykan.jpg
Foto: Google



Kawasan pergunungan yang mempunyai keluasan 322 kilometer persegi ini, meliputi kawasan pergunungan warna-warni dengan campuran pasir merah dan mineral yang telah terbentuk sejak 24 juta tahun yang lalu lagi. Ia merupakan antara tempat tumpuan dan terkenal di dunia dan telah tersenarai sebagai warisan dunia oleh UNESCO.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/184055x6szd34ck4dnoogg.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/184137qgw787hh7z7vt5gb.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/184210wb59hmo69m65dtme.jpg
Foto: Google



2.Rainbow Mountain, Peru
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/185527gz6catzw6vm4604a.jpgFoto: Google



Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca /Yauricunca ini terletak di kawasan Pegunungan Andes.Untuk sampai ke sini,ianya agak mencabar. dan mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke sini. Bagi anda yang sukakan cabaran, mungkin anda boleh cuba memulakan ekspedisi anda ke sini.

Namun dikatakan tidak seperti yang digambarkan, sebaliknya hasil warna di sini lebih semula jadi dan tidak terlalu terang seperti di gambar ini. https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/205412r8dh8if779rnrurf.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/205511d09b53zuou3f539z.jpg
Foto: ccnaanswers.com


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/185713cxydaxacpt2drvtr.jpg
Foto: Google



3. Brennisteinsalda, Iceland
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/190317ae7omowftucs3tgb.jpg
Foto: Google



Brennisteinsalda adalah kawasan gunung berapi yangmasih kelihatanaktif dengan mata air sulfur panas dan wap di sisinya. Ia merupakan gunung paling cantik di Iceland kerana bentuk muka buminya yangberwarna hitam dan biru yang berpunca dariabu dan lava. Kemudian, warna merah datangnya dari kandungan besi dan warna hijau pula adalah lapisan lumut yang meliputi kawasan batu pergunungan ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/190701fw917fw0rr77zfrf.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/190737i4ygkxt3034urzfm.jpg
Foto: Google




4. Painted Hills di Oregon, Amerika Syarikat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/190954ccnlln2kkib25kqg.jpg
Foto: Google

Pergunungan ini terletak di Wheeler County, Oregon, Amerika Syarikat. Gunung ini dipanggil Painted Hills, kerana warnanya kelihatan seperti dicat. Dikatakan, Painted Hills dibentuk lebih daripada 35 juta tahun oleh lapisan abu gunung berapi, ketika kawasan ini masih menjadi sungai.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191102br7hsa3qcynwbdsc.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191130rixwb2wszmdywyws.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191154bq6kc6vwolzqqcq9.jpg
Foto: Google


5. Cerro de los Siete Colores, Argentina
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/200730sp6ug1og39t9fq99.jpg
Foto: Google


Mount Cerro de los Siete Colores jugadikenali sebagai The Hill of Seven Colors kerana mempunyai 7 lapisan warna berbeza. Pergunungan ini terletak di kawasan Quebrada de Purmamarca, Argentina. Pergunungan ini terbentuk dari kesan geologi kompleks termasuk seperti sedimen marin, pergerakan tasik dan sungai yang dinaikkan dengan pergerakan plat tektonik.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/200925ohm4qh4vhshdq68h.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/201037vxi7xix1y4hs3bhw.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/201103kvx3mdcmvw68cwd7.jpg
Foto: Google

6. Seven Coloured Earths, Mauritius
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191552ultaesuf9oozk9ow.jpg
Foto: Google

Seven Coloured Earths atau dikenali dengan Terres des Sept Couleurs, terletak di daerah Chamarel, Daerah Rivire Noire, di selatan Mauritius.Ia adalah kawasan bukit pasir kecil yang terdiri daripada pasir tujuh warna yang berbeza seperti merah, coklat, ungu, hijau, biru, ungu dan kuning. Apa yang menarik, pasir berwarna yang berbeza ini secara spontan akan menetap di lapisan yang berlainan mengikut warnanya.
Malah, jikaanda cuba mencampurkan semua pasir di sini,secara perlahan-lahan ia akan memisahkannya sendiri mengikut warna masing-masing. Wah, Lain macam betul!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191645y6mwm57l3o72g6eo.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/10/191733m2rrsgagnbymzn2y.jpg
Foto: Google


Cantik bukan? Kepada Kaki Travel, dah ada yang pernah sampai ke gunung warna warni ke? Atau ada niat untuk ke sini? -CARI

kuzaime Publish time 13-12-2018 12:40 PM

{:childlike subhanallah..cantik betul view

WiRa_MiSTiK Publish time 13-12-2018 12:49 PM

Tq beb. Terapi mata dan jiwa

nisako Publish time 13-12-2018 01:03 PM

cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeee

bedahmenjuyah Publish time 13-12-2018 01:32 PM

tp kalau pakai phone cap ayam nampak kelabu je lah. nasib badan

Artemesiaa Publish time 13-12-2018 02:56 PM

Amat cantik dan unik

moonbug Publish time 13-12-2018 04:26 PM

Cantik macam lukisan

Beribear Publish time 13-12-2018 04:59 PM

Subahanallah.. Salah satu sbb nak pegi peru sbb gunung tulah, selain dari nak tengok macu picu

kiambang Publish time 13-12-2018 10:47 PM

Out of 6 places, satu je dpt pergi .. Alhamdullilah .

davidjuniorm Publish time 16-12-2018 11:50 AM

betul betul cantik ya macam surga. ayo kumpulkan uang tuk kesane

biozipstar Publish time 24-2-2019 10:29 PM

belum pernahnampak kawan2 kaki travel datang ke sini.. cantiknyaaa subhanallah
Pages: [1]
View full version: Cantik Betul Gunung Warna-Warni Di Seluruh Dunia! Jom Layan Sekejap


ADVERTISEMENT