eimila Publish time 13-12-2018 10:49 AM

Hanya Main Dengan Kertas, Tapi Si Kecil Seronok Tidak Terkata!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/12/102709v2kc2vjx7l8hszzc.jpgKredit gambar: Carian Google




Musim cuti sekolah biasanya diisi dengan percutian di dalam dan luar negara bersama keluarga. Tapi, bagaimana dengan mereka yang hanya mampu terperuk di rumah sepanjang musim cuti?


Jom lihat aktiviti yang ibu bapa dapat lakukan bersama anak-anak di rumah. Sesiapa sahaja mampu membuatnya walaupun anda tidak berseni!


Lebih menarik, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli peralatan atau bahan untuk membuat aktiviti ini. Pasti ada kertas surat khabar, risalah jualan atau katalog promosi yang terbiar lama di rumah anda, kan?


Dengan aktiviti ini, anda pasti dapat menjimatkan kos dan masa untuk beraktiviti kerana mudah saja cara untuk menghasilkan pelbagai hasil seni ini.



1. Origami (seni melipat kertas dari Jepun)

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/12/102906bs0ee4ax5je2z7z4.jpgKredit gambar: The Conversation




Antara bentuk yang mudah dihasilkan dengan origami adalah bentuk kapal, kipas, ikan dan burung. Tidak percaya? Cuba google 'easy origami' untuk melihat cara melipat kertas menjadi pelbagai bentuk.


Selain dapat menghilangkan kebosanan, anda juga sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Cubalah gunakan kertas berwarna-warni seperti kertas katalog. Pasti tampak menarik!


2. Kraf kertas kaleidocycle

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/12/103434e3vvtq8il6jqqrdq.jpgKredit foto: origamizoo




Apa bezanya kaleidocycle ini dengan origami? Ia juga sejenis seni melipat kertas yang melibatkan cantuman dan pergerakan kertas untuk menghasilkan pelbagai gambar menarik. Tidak pernah dengar tentang kaleidocycle ini? Anda boleh tonton video ini.




WOGJS0ln-bc


Percayalah, anak-anak akan leka menggerak-gerakkan kertas yang sudah dilipat ini. Apa tidaknya, setiap cantuman lipatan menghasilkan gambar berbeza. Anda boleh lukis sendiri atau cetak sahaja pelbagai templat corak dari internet.





3. Kirigami (seni menggunting kertas)


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/12/104003diqli0prifp6p0rb.jpgKredit foto: pinkstripeysocks




Bagi kanak-kanak yang sudah pandai menggunting, aktiviti kirigami dapat mengasah kemahiran untuk menggunting dengan lebih kemas berpandukan corak yang dilukis atau dicetak.


Siapa kata kita perlu berbelanja mahal untuk melakukan aktiviti bersama kanak-kanak? Hanya bermodalkan kertas, si kecil sudah teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil seni mereka apabila siap nanti.


Dengan tutorial bergambar dan video yang mudah diperoleh di Google, sesiapapun mampu membuatnya dengan mudah dan pantas! - CARI
Pages: [1]
View full version: Hanya Main Dengan Kertas, Tapi Si Kecil Seronok Tidak Terkata!


ADVERTISEMENT