eddlisa_uyuk Publish time 13-12-2018 07:28 AM

LESTARY : AKU CINTA DIA [AIMAN HAKIM RIDZA, HANNA DELISHA] RABU-JUMAAT 9 MLM




Coming soon this DECEMBER “Aku Cinta Dia”.Bermula 26 Dec 2018 setiap hari Rabu-Jumaat Slot Lestary hanya di @tv3malaysia
@hannahdelisha @nadia.brian @idzham_ismail @fauzinawawi_new @catrionabrianross @ikmalamry @bahriuma
#akucintadia #lestary #tv3malaysia #lailaffan

Drama Aku Cinta Dia akan bersiaran di tv3 Disember ini.Gandingan Hero Slot Lestary Aiman Hakim ridza bersama Hannah Delisha.

eddlisa_uyuk Publish time 13-12-2018 07:30 AM


Buritan Publish time 13-12-2018 08:17 AM

Cmn derang leh peluk peluk ye.. lepas satu satuu.. adoiiii..

prettyuglybabe Publish time 13-12-2018 10:42 AM

sekarang ni cerita apa?

eddlisa_uyuk Publish time 13-12-2018 01:06 PM

prettyuglybabe replied at 13-12-2018 10:42 AM
sekarang ni cerita apa?

sekarang tgh tayang raisya 2

prettyuglybabe Publish time 13-12-2018 01:30 PM

eddlisa_uyuk replied at 13-12-2018 01:06 PM
sekarang tgh tayang raisya 2

rasa macam rasya baru start kan?
kejapnya sambungan..

bedahmenjuyah Publish time 13-12-2018 01:33 PM

prettyuglybabe replied at 13-12-2018 01:30 PM
rasa macam rasya baru start kan?
kejapnya sambungan..

baru je start minggu lepas kan. takde la tgk sgt tp nampak iklan. berapa episod je kalau gitu

nasbab86 Publish time 15-12-2018 08:53 PM

raisha 12episod je

haiku Publish time 17-12-2018 12:52 PM

Motif berlakon produk mcm ini sedangkan dok merempan pasal script sana sini
Lps ni amik job adaptasi novel lagi lah kena bahan

cikara Publish time 26-12-2018 09:28 PM

One word: Awkward

hijau88 Publish time 26-12-2018 09:31 PM

cikara replied at 26-12-2018 09:28 PM
One word: Awkward

Apa yg awkward tu? Hihi. :lol:

cikara Publish time 26-12-2018 09:44 PM

hijau88 replied at 26-12-2018 09:31 PM
Apa yg awkward tu? Hihi.

Kau jangan tengok nanti menambah dosa dok mengutuk :lol::lol::lol:

bulan_gerhana Publish time 27-12-2018 04:51 PM

perlu ke delisha tu pakai kasut cam tu.. eii rasa x selesa lah.. tgk dia jln pun cam awkward je.. bole pulak terjumpe idola dia kat amsterdam tuh...

tapi kawan dia yg 2 org lagi tu kelakar lah... sorang terlebih vitamin.. sorang tu asyik menung je.. bole la nak dilayan... cuma time hero kuar tetiba ckp pasal project dia.. kene fly sana sini utk jumpe team team dia tu kelakar weh... sekang boleh je skype kee ape ape je lah.. nampak sgt gigih nak tunjuk dia org yang buat software yg sgt berjaya tapi scnene sambil jalan tepi bangunan jah keh keh keh

melnanzz Publish time 30-12-2018 05:55 PM

Official poster

https://1.bp.blogspot.com/-R6nEaQjIdvY/XCNv2Nr7CQI/AAAAAAAAHTs/HuJt_PP9pTQoqJj3CHtl38KBFyz4ie2vACLcBGAs/s1600/Aku%2BCinta%2BDia.jpg

melnanzz Publish time 30-12-2018 05:56 PM

SINOPSIS AKU CINTA DIA
Kisah hidup seorang gadis yang bernama Laila dalam meneruskan kehidupannya walaupun cinta yang dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.

Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri untuk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh daripada ibunya.

Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yang terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.

Laila berkenalan dengan Sarina, seorang yang peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yang telah berlaku.

Pertemuan Laila bersama Affan yang baru tiba dari Malaysia untuk melawat Sarina telah menemukan Laila dengan instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.

Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yang dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri untuk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.

Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yang telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dengan semuanya sehinggalah dikejutkan dengan berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.

Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan untuk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dengan lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pada masa yang sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dari Affan.

Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dengan ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

melnanzz Publish time 30-12-2018 05:57 PM

"Hingga Akhir Nanti"
Neon
OST Aku Cinta Dia

3NLWlm0Ryzc

mnaa Publish time 9-1-2019 11:43 PM

bulan_gerhana replied at 27-12-2018 04:51 PM
perlu ke delisha tu pakai kasut cam tu.. eii rasa x selesa lah.. tgk dia jln pun cam awkward je.. bo ...

Ade je. Kawan aku programmer dkt dubai. Klo dia kena fly europe, dia fly la.. org malaysia. Setahu aku yg suka mengacau IT programmer dkt office aku, klo baru nk start they need physically to be there monitor the server at the client office.

FY08 Publish time 11-1-2019 09:13 PM

Affan msh pki lptp compaq lg... aku punya compaq dh tsengguk2 dh kt kg

missbigrockstar Publish time 25-1-2019 08:13 PM

Drama ni aku tgk 3 episodes ja. Lepas tu malas dah. Walau minat Aiman sebagai salah sorang hero lelaki malaysia tapi drama ni bad choice lah. Tak mencabar talent dia. Tambah dgn kesenduan hannah delisha berlakon, suara kanak-kanak dia tu. Takda bakat langsung berlakon, harap mixed dapatlah terus jadi heroine. Dia tak lawa, tapi cute tu ada. Kejap2 tayang produk sponsor Nivea ;P

monitor4 Publish time 26-1-2019 01:45 AM

missbigrockstar replied at 25-1-2019 08:13 PM
Drama ni aku tgk 3 episodes ja. Lepas tu malas dah. Walau minat Aiman sebagai salah sorang hero lela ...

Aku selalu gak tgk sbb pukul 9 tu biasanya waktu aku dinner. Sbg org yg xde astro aku hadap je la drama ni smbil jd modal sembang/kecam smbil makan tu.

Setuju ngan ko psl Hannah ni agak kayu. Muka comel ok la tp suara dia cam budak2 sgt. Dah la watak Laila tu cam bendul. Ikut je ckp org. Aku tgk pun penat.

Yg belakon watak akhbar tu pun sama kayu. Bila dua2 org ni dlm 1 scene yg sama aku is kesian dgn industry lakonan negara kita lol
Pages: [1] 2
View full version: LESTARY : AKU CINTA DIA [AIMAN HAKIM RIDZA, HANNA DELISHA] RABU-JUMAAT 9 MLM


ADVERTISEMENT