Remyda Publish time 11-12-2018 09:34 AM

Solat tetapi tidak Menutup Aurat

Edited by mbhcsf at 11-12-2018 04:32 PM

sumber asal:


https://iluvislam.my/aku-tak-tutup-aurat-tapi-aku-jaga-solat-boleh-ke/
Penulis artikel :
Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM.



Antara mengerjakan solat dan juga menutup aurat yang mana lagi penting?

Adakah tidak menutup aurat tetapi menjaga solat lebih baik berbanding menutup aurat tetapi tidak solat?

Ada sebahagian antara mereka yang mendakwa bahawa:

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya amat menjaga solat.”

Tahniah untuk mereka yang dapat menjaga solat dalam apa jua keadaan. Namun yang menjadi persoalan adalah kenapa orang yang menjaga solat tetapi dalam masa yang sama tidak menutup aurat dengan sempurna?



“Solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Di dalam Al-Quran, Allah menegaskan bahawa sesiapa yang mengerjakan solat, maka solat itu yang akan menjaganya daripada melakukan perbuatan yang Allah larang.

Jika dia tidak menutup aurat tetapi menjaga solat, InshaAllah lama-kelamaan solat itu akan menjadi penyebab untuknya menutup aurat dengan sempurna.

Solat yang ikhlas akan menghasilkan seseorang yang gerun untuk melakukan dosa kepada Allah.

Solat yang ikhlas juga akan menjadi benteng kepada kita daripada melakukan maksiat kepada Allah.

Solat yang hakiki akan menjadi penyebab untuk kita terbuka hati untuk menutup aurat dengan sempurna.


Tetapi jika dia berterusan tetap mendedahkan aurat dan dalam masa yang sama menunaikan solat?

Ini bermakna solat dia bermasalah!

Dan solusinya adalah dia harus memperbaiki solatnya dan membuktikan bahawa solat itu benar-benar sebuah ketaatan dan bukan sekadar kosong tanpa isi dan tidak memberi apa-apa kesan kepada dia yang mengerjakan solat.

Pada pandangan agama, orang yang menutup aurat tetapi tidak solat sama sahaja dengan orang yang solat tetapi tidak menutup aurat!

Kedua-duanya melakukan dosa kepada Allah dan setiap perbuatan dosa akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di akhirat kelak.

Oleh itu, kita sebagai hamba Allah dan juga seorang Muslim seharusnya sentiasa memperbaiki solat kita dan juga pada masa yang sama kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah yang lain termasuklah menutup aurat dengan sempurna.

“Sesiapa yang memperbaiki solatnya bererti dia memperbaiki kehidupannya.”

Sama-sama kita menginsafi diri bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba. Tiada sesiapa yang dapat menjamin bahawa dia akan hidup pada keesokan harinya.

Oleh itu, janganlah memberi beribu alasan dan bertangguh untuk berhijrah ke arah kebaikan.

Semoga Allah membantu kita untuk segera berubah dan berusaha untuk ikhlas dalam setiap amalan kita.

Wallahu a’lam.

mbhcsf Publish time 11-12-2018 03:08 PM

TT, mohon diletakkan rujukan?

sebab kepentingan rujukan ini adalah kalau kita berasa ingin meneliti sesuatu perkara sama ada dengan lebih lanjut atau yyg timbul dari pembacaan , kita boleh rujuk.

dan lagi satu sekiranya artikel ini ditulis oleh penulis lain, maka secara etika elok disertakan sebab ini bukan karya asalkita.

Remyda Publish time 11-12-2018 04:14 PM

Ok sorry
Aku ambil dari
https://iluvislam.my/aku-tak-tutup-aurat-tapi-aku-jaga-solat-boleh-ke/

Penulis artikel :
Nurul Asyirah binti Mohd Sauti. Berasal dari Bachok, Kelantan. Merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda farmasi di UKM.

mbhcsf Publish time 11-12-2018 05:11 PM

Remyda replied at 11-12-2018 04:14 PM
Ok sorry
Aku ambil dari
https://iluvislam.my/aku-tak-tutup-aurat-tapi-aku-jaga-solat-boleh-ke/


thanks

done it.


kucim Publish time 17-6-2020 09:54 PM

80% org bertudung x solat

ussopp Publish time 28-6-2020 02:20 AM

Edited by ussopp at 28-6-2020 02:21 AM

Bismillah,

Rumusnya begini,

yang baik ialah solat menutup aurat.

kalau dipilih salah satu utk dibandingkan,

maka solat lebih besar dosanya bila ditinggalkan dari tudung....sehingga ada ulamak muktabar kata kafir jika tinggal solat dgn sengaja.


Coolie Publish time 28-6-2020 02:41 AM

MashaAllah..

Agama ISLAM BuKAN mengikuti nafsu. Ada perkara yang disukai maka diamalkan Dan perkara yang tidak disukai, ditinggalkan. Suka suka diamalkan, suka suka tidak amalkan.. Berilah kepada mereka yang sebegini tentang kelebihan (fadhilat beramal) amalan Baginda SAW, insyaAllah Allah SWT akan buka jalanNya melalui solat mereka. InsyaAllah

kucim Publish time 21-7-2020 01:20 AM

Apa beza dgn yg membalut aurat tapi btg idung tak pnh nmpk p surau....mekap tebal mcm opera china....mulut duk mengutuk org 24jm....

kucim Publish time 21-7-2020 01:22 AM

ussopp replied at 28-6-2020 02:20 AM
Bismillah,

Rumusnya begini,


Ramai je yg tudong je pakai tp solat lnsg tak peduli....pkai tdg sebab apa...dh terbiasa ajaran drp zmn sekolah...siap menganjing lg konon org solat pon blm tntu baik....ni spesis mabuk ketum

ussopp Publish time 28-7-2020 11:36 AM

yer tak bagus....diorg terlepas prinsip fundemental iaitu taqwa, tapi diorg masih ada buat sikit kebaikan iaitu bertudung.

kita iktiraf tudung yg depa pakai tapi....apa yg diorg miss iaitu taqwa, itu kita ambil iktibar

abcdotcom Publish time 6-11-2020 04:40 AM

Jadi solat dulu atau tutup aurat dulu ???
Pages: [1]
View full version: Solat tetapi tidak Menutup Aurat


ADVERTISEMENT