Squall-Leonhart Publish time 23-6-2004 03:16 PM

Sistem Lebuhraya Utama Di Dunia

Di sini aku nak memetik sikit pasal beberapa sistem lebuhraya di dunia:-


Amerika Syarikat

Sistem lebuhraya kat sana dikenali sebagai sistem lebuhraya antara negeri (Interstate Freeway System) yang diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Persekutuan (FHWA - Federal Highway Administration). Sistem lebuhraya nie mula diperkenalkan pada tahun 1920-an untuk kurangkan accident. Generally highway kat Amerika nie selebar 6 lorong. Yang bestnyer highway kat Amerika nie ialah lebih 90% highway kat sana kecuali beberapa highway kat bandaraya utama kat Amerika nie adalah free of charge, takyah bayar tol walau sesen pun...!!!

Dari mana datangnya kos membina highway nie? Haa... kalau korang nak tau, harga minyak kat sana pun kena la naik untuk cover kos pembinaan dan maintenance highway nie... Anyway, had laju kat sana tak seragam sebab time krisis minyak tahun 70-an, kerajaan persekutuan menetapkan had laju 90 km/h jer untuk sumer negeri untuk jimatkan penggunaan minyak tapi sejak 1996 lak sumer negeri dibenarkan untuk setting had laju sendiri dan ada negeri yang naikkan had laju sampai 120 km/h.


Jerman

Macam gak Amerika, sistem highway yang dikenali sebagai autobahn kat sana adalah selebar 6 lorong dan diasaskan pada tahun 1920-an. Tapi yang bestnyer ialah takder had laju kat autobahn Jerman (kecuali kawasan bandaraya), bermakna korang leh pecut sepuas hati. Tapi jangan salah sangka... sungguhpun cam tu pun orang kat sana berdisiplin, tak macam certain orang kita yang macam pelesit...!!! Sekarang nie sistem autobahn diperluaskan secara pesat kat area timur sebab time zaman komunis dulu tak banyak autobahn yang dibina kat area Jerman Timur.


Eropah

Generally, sistem highway kat Eropah adalah hampir seragam kecuali kat Britain ngan Jerman, iaitu dari segi had laju iaitu 130 km/h (Britain = 110 km/h). Tapi sekarang nie kerajaan Itali dahpun menaikkan had laju autostrada (highway) kat sana kepada 150 km/h atas alasan nak kurangkan accident pasal mengantuk.


Jepun

Jepun ialah sebuah negara yang kecik ngan kepadatan penduduk purata 200+ orang / sq km. Dalam keadaan camnie dah tentu la tanah pun terhad. Kalau korang nak tau, purata lebar highway 4 lorong kat Jepun ialah sama cam lebar highway Pasir Gudang jer. Disebabkan tu, had laju highway kat sana cuma 100 km/h jer dan jalan raya biasa lak cuma 60 km/h jer.


Malaysia

Highway utama kat Malaysia cuma ada beberapa batang jer - PLUS (termasuk NKVE), Elite, LPT (opening soon), highway Karak, Linkedua ngan highway PD jer. Highway lain yang leh dianggap highway ialah Jambatan Pulau Pinang, Kesas, MRR2, Prolintas, Grand Saga, Silk (opening soon), highway Senai (termasuk Jalan Skudai) ngan highway Pasir Gudang jer.

LDP ngan Besraya aku tak anggap cam highway sebab 2 'highway' tu cuma dibina dengan melebarkan jalan lama sampai 6 lorong, buat highway exit, bina divider, bina plaza tol. Siap...!!! Yang lebih memalukan lagi, ada beberapa simpang traffic light yang menghalang traffic kat Besraya tapi tu still dianggap highway. So annoying...!!! Highway Pantai Baru lak leh dikatakan memalukan pasal had laju dier rendah jer - 60 km/h. Kalau had laju cam kura-kura, lebih baik jangan panggil lebuhraya, ye tak?

Anyway, secara purata highway utama kat Malaysia ada 4 lorong (6 kat Klang Valley), had laju biasa 110 km/h (80 ~ 90 km/h kat certain areas) dan yang memang sure ialah dikenakan tol...!!! Yang paling sure, kat sini la banyak terdapat spesies-spesies pelesit bertopengkan manusia...!!!

[ Last edited by Squall-Leonhart on 23-6-2004 at 03:28 PM ]

archilless Publish time 24-6-2004 06:56 PM

route 66 kat us tu masuk kategori hiway ke tak?

Squall-Leonhart Publish time 24-6-2004 09:29 PM

US Route 66 kat Amerika tu kira cam jalan persekutuan la...

Dia nyer sejarahnyer cam nie... Route 66 pada asalnya dibina untuk menghubungkan antara Chicago ke Los Angeles time zaman gold rush kat California. Kemasyhuran dier sebagai satu jalan utama jugak dipamerkan melalui siri TV Route 66 pada tahun 60-an. Tapi bila sistem lebuhraya interstate diwujudkan, kerajaan bercadang untuk membina lebuhraya bagi menggantikan Route 66. Lebih dahsyat lagi, sebahagian besar daripada pembinaan lebuhraya tu memakan sebahagian besar Route 66 dan bila lebuhraya tu siap, cuma sebahagian kecik jer daripada part Route 66 yang tinggal, iaitu kat Arizona. Akibatnya, Route 66 pun dah turun taraf daripada jalan persekutuan (US Route 66) kepada setakat jalan negeri jer (AZ Route 66).

alphawolf Publish time 26-6-2004 09:13 AM

Ada satu lagi highway, walaupun tak sehebat autobahn, tapi ianya mencatat rekodhighway terpanjang di dunia iaitu Pan (ke Trans) American Highway dari Alaska, turun ke Yukon, british Columbia, Washington state, Oregon, California, Mexico, all those Banana Republic, tersangkut kat Panama/Colombia lepas tu all the way downPeru, Chile dan pusing ke Argentina.

Squall-Leonhart Publish time 27-6-2004 02:31 PM

Emm... yang lebih tepat sebenarnya ialah sistem jalan raya terpanjang di dunia... sebab kebanyakan part Pan American Highway tu ialah jalan raya 2 lorong jer... dan sistem Pan American Highway tu pun merangkumi Alaska Highway gak..

alphawolf Publish time 27-6-2004 02:57 PM

Still many people refer to it as highway...tak tau apesal?

Squall-Leonhart Publish time 28-6-2004 05:55 PM

Nak tau sebab apa jalan cam tu banyak orang panggil Pan American Highway? Sebab jalan tu ialah jalan raya paling utama kat kebanyakan negara kat benua Amerika terutamanya negara-negara Amerika Tengah ngan Amerika Latin...

archilless Publish time 29-6-2004 12:13 AM

soalan lagi... apa beza hiway dgn expressway?..

Squall-Leonhart Publish time 29-6-2004 03:20 PM

Highway secara umumnya ialah sistem jalan raya yang paling utama dalam sesebuah kawasan ataupun negara, manakala expressway lak semestinya lebuhraya yang ada sekurang-kurangnya 4 lorong (2 lorong setiap hala), dipisahkan oleh divider yang dipasang berterusan, had laju yang tinggi, tiada halangan yang boleh menghentikan traffic cam simpang traffic light (kecuali plaza tol) dan keluar masuk highway hanyalah melalui persimpangan bertingkat.

Sumer expressway adalah highway tapi tak sumer highway adalah expressway, bergantung kepada penggunaan istilah highway tu sendiri. By default, kita sebut highway sebagai membawa maksud expressway dan bukannya jalan raya 2 lorong.

archilless Publish time 30-6-2004 01:26 AM

agaknya mcm kes lrt.. mrt.. mcm2 org panggil.. padahal lrt not necessarily smaller than mrt.. ikut istilah sendiri..

tu belum lagi org kata star tu lrt.. tapi putra tu bukan lrt.. erkk.. off topic pulak.. hehe

Squall-Leonhart Publish time 30-6-2004 02:31 PM

Walaupun nie :off: sikit tapi aku explain gak kat kau yer...

Tak betul, yang tu obvious berbeza istilahnya... LRT nie maksudnya Light Rail Transit, so satu tren LRT tu biasanya cuma ada sekitar 2 ~ 3 gerabak jer tapi MRT (Mass Rapid Transit) lak sekitar 5 ~ 6 gerabak, seswai dengan istilah yang digunakan...

So basically MRT nie membawa jumlah penumpang yang ramai berbanding LRT, tapi LRT nie lagi versatile dan lagi rendah kos pembinaan dier berbanding MRT...

chumpon Publish time 2-7-2004 06:30 PM

DAN APA PULA BEZA EXPRESSWAY & PARKWAY.CONTOH :

1. EAST COAST EXPRESSWAY

2. EAST COAST PARKWAY

Squall-Leonhart Publish time 3-7-2004 03:56 PM

Parkway nie biasanya adalah lebuhraya yang merentasi taman ataupun scenic view ataupun lebuhraya yang pembahagi jalannya adalah pokok-pokok besar cam kat taman. ECP (East Coast Parkway) kat Singapore tu boleh dikatakan parkway, tapi JB Parkway tu sebenarnya adalah expressway dan bukannya parkway. Istilah 'parkway' yang guna kat JB Parkway tu sebenarnya salah.

chumpon Publish time 6-7-2004 06:17 PM

Originally posted by Squall-Leonhart at 2004-7-3 03:56 PM:
Parkway nie biasanya adalah lebuhraya yang merentasi taman ataupun scenic view ataupun lebuhraya yang pembahagi jalannya adalah pokok-pokok besar cam kat taman. ECP (East Coast Parkway) kat Singapo ...


THX

Squall-Leonhart Publish time 8-7-2004 08:58 PM

btw, negara-negara Asia telah menandatangani satu perjanjian kerjasama untuk membentuk satu jaringan lebuhraya yang dikenali sebagai Lebuhraya Pan Asia, bertujuan untuk menyaingi Jalan Sutera pada masa lalu. Laluan nie bertujuan untuk menghubungkan sehingga sejauh Istanbul dan St Petersburg di barat dan gak Tokyo di timur.

Kebanyakan negara Asia belum mempunyai jaringan lebuhraya yang sempurna, kalau ada pun setakat tertumpu kat area bandar sahaja. Asalnya, cuma Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Malaysia dan Singapore jer yang mempunyai jaringan lebuhraya yang sempurna semasa proposal Lebuhraya Pan Asia nie diutarakan. Kat Malaysia, Lebuhraya Utara-Selatan termasuk dalam jaringan Lebuhraya Pan Asia.

Oleh itu, setelah perjanjian kerjasama nie ditandatangani, maka negara-negara Asia yang lain yang belum ada lebuhraya pun mula membina sistem lebuhraya kat negara masing-masing. Antara negara yang paling pesat membina sistem lebuhraya sendiri ialah India dan Pakistan.

Nie peta laluan Lebuhraya Pan Asia:-

http://www.unescap.org/tctd/ah/maps/ahmap_lowres.gif

archilless Publish time 13-7-2004 10:42 PM

hehe.. squall.. ko ambik pic szehoong budak skyscrapercity ek?..

tgk tokyo punya road map nampak interesting.. tak mcm new york.. grid aje

Squall-Leonhart Publish time 14-7-2004 07:39 PM

Yup, ada beberapa gambar tu aku cilok daripada pic posting budak skyscapercity tu...

Psl jln raya kat Amerika tu, tu la yg dikatakan 'terancang' tapi memang boring giler laa... Tokyo sungguhpun tak macam grid tapi okey laa... cuma tak kira la naik subway ker naik keter ikut highway ker... sumernyer sesak... sebab penduduk megalopolis Tokyo kan ker sekitar 32 juta...

Tapi salah satu sistem jalan raya yang tak terancang ialah cam KL... sorry, aku bukan nak kutuk orang KL tapi nie la hakikatnya yang membuatkan orang KL sentiasa tensen...

archilless Publish time 15-7-2004 06:15 PM

kl dan kebanyakan bandaraya lain kat asia developed by chance.. bukan dgn proper town planning.. tokyo dikenali sbagai 'city of villages' sebab asalnya dari kg2 kecik yg bercantum..

byk jalan kat kl ni asalnya denai/laluan.. contohnya jln ampang asalnya laluan org bawak bijih ke sg gombak.. tu sebab laluan dia bengkang-bengkok.. impossible kalau kita nak ubah balik kl ni..

skrg pun town planner tak guna system grid dah utk bandar baru.. contohnya putrajaya..

eh.. off topic.. cerita pasal hiway le..

Squall-Leonhart Publish time 16-7-2004 10:05 AM

:off: sikit...

yup... kebanyakan bandaraya utama kat Asia bermula daripada kampung-kampung kecik dan kemudiannya membesar...

Tapi kebanyakan bandaraya yang dibangunkan bermula dari abad ke-18 kat Amerika sumer buat pattern grid...

Back to the business... kat expressway, istilah bottleneck digunakan untuk describe traffic jam kat epressway disebabkan pengecilan lorong cam dari 6 lorong e 4 lorong... kat Malaysia, fenomena cam nie paling ketara kat Seremban di mana bottleneck berlaku bila kalau lalu dari arah utara lorong berkurang dari 6 lorong ke 4 lorong dan nie punca utama Plus expressway selalu jam kat area Seremban. Akibat daripada bottleneck kat Seremban, kerajaan mengambil inisiatif meluluskan penambahan lorong dari 4 ke 6 lorong daripada Seremban sampailah ke Melaka.

Squall-Leonhart Publish time 21-7-2004 11:43 AM

Kat Amerika, tak semestinya jalan raya persekutuan ataupun negeri yang dinaiktaraf jadik lebuhraya boleh tukar status kepada lebuhraya Interstate... contoh paling ketara, sebahagian besar laluan US Route 101 dari San Francisco ke Los Angeles dah pun dinaiktaraf menjadi lebuhraya, tapi sumer proposal untuk menukar status jalan persekutuan tu kepada lebuhraya Interstate ditolak sama sekali oleh Kongres.

So dengan itu sepatutnya Besraya ngan LDP tak patut dapat status expressway dengan kod jalan bermula dengan huruf E, tapi kekal sebagai jalan negeri sebagaimana keadaan awalnya sebelum dijadikan lebuhraya. Besraya paling tak layak pasal ada dihalang oleh traffic light, yang dah tentunya menghapuskan sifatnya sebagai sebuah lebuhraya.
Pages: [1] 2 3
View full version: Sistem Lebuhraya Utama Di Dunia


ADVERTISEMENT