cruze21 Publish time 7-12-2018 11:21 AM

Tak Payang Pening Kumpul Duit Untuk Down Payment, Ada Rumah Semurah $1 Di Detrio

Tak perlu lagi pening nak kumpul duit bayar downpayment mahal-mahal atau risau loan bank tak lepas, anda hanya perlukan $1 (RM4.13).

Ya, RM 4.13 untuk membeli tanah dan rumah-rumah terbiar di sekitar Kota Detroit, di negeri Michigan ,Amerika Syarikat. Berikut merupakan contoh-contoh rumah pilihan anda.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/06/090338nrr7vrzl7rrr8lg8.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/06/090220uvicza7dcafmffpz.jpg
Sumber : Realtor.com




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/06/090500aqwiupuapw7nliwf.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/06/090530oezeye9ei11eeus8.jpg.thumb.jpg
Sumber : Business Insider


Macam mana? Masih berminat nak membeli rumah-rumah ini?

Sejarah Hitam Kota Detroit

Di saat kegemilangannya, Kota Detroit merupakan pusat industri automotif utama di Amerika Syarikat dan rumah kepada lebih 1.6 Juta penduduk. Namun kini segalanya kian lenyap. Kota ini dipenuhi dengan bangunan, rumah terbiar dan mempunyai rekod aktiviti jenayah yang tinggi. Pada 2017, hanya kota Detroit hanya mempunyai sekitar 600,000 orang penduduk. Kekurangan dana kewangan juga memaksa Majlis Bandaraya Detriot menfailkan kemuflisan dengan hutang sebanyak $18-20 Billion.

Kemerosotan kota ini tak lain dan tak bukan berpunca dari rusuhan kaum. Pada 1967, rusuhan selama 5 hari diantara penduduk kulit hitam dan pihak berkuasadi Detroit memusnahkan aset dan harta berjumlah $80 Juta. Lebih 2,000 kedai dilaporkan dipecah masuk dan hampir 400 penduduk hilang tempat tinggal. Rusuhan ini memakan nyawa 43 orang. 33 orang dilaporkan berkulit hitam.

Hasil dari rusuhan ini, ramai penduduk terutama sekali berkulit putih beransur-ansur meninggalkan kota Detroit.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201812/06/095124h84q4o88okvdhvx8.jpgSumber : Business Insider



Muslihat Di Sebalik Harga $1


Harga rumah $1 sememangnya murah dan sepatutnya menarik perhatian ramai untuk berpindah ke sana tetapi tidak ramai pembeli ataupun pelabur berminat. Kos baik pulih yang tinggi adalah salah satu puncanya. Kadar jenayah tinggi juga perlu diambil kira sebelum membeli hartanah. Namun ,Isu Cukai adalah faktor utama.

Walaupun rumah dibeli dengan harga $1, anda perlu membayar cukai hartanah mengikut nilai semasa hartanah tersebut. Katakanlah nilai semasa hartanah tersebut $60, 000, cukai yang perlu dibayar adalah sekitar $2000-$3000. Harga $1 hanyalah muslihat Majlis Bandaraya Detroit untuk mengutip cukai. -CARI

BabyOnEarth Publish time 7-12-2018 05:10 PM

Beli rumah $1 dah mampu dah, skali tgk cukai tingginya almost 50%.
Tak berbaloi la nk invest property sini
Pages: [1]
View full version: Tak Payang Pening Kumpul Duit Untuk Down Payment, Ada Rumah Semurah $1 Di Detrio


ADVERTISEMENT