Blackpanther Publish time 6-12-2018 01:47 PM

Sindrom MRKH

Assalamualaikum dan hi kepada semua.

Hari ni saya ada topik yang lain untuk dikongsi kepada semua ahli forum iaitu sindrom MRKH.

Terlebih dahulu saya nak suarakan sindrom MRKH adalah satu keajaiban Allah dalam menunjukkan kuasaNya, bahawasanya apabila sesuatu yang berkaitan dengan Tuhan, tiada yang mustahil.

Apa tu MRKH?

Para wanita yang dilahirkan tanpa rahim atau faraj.

Pelik? Mustahil? Tak logik? Jawapannya, tidak. Sedangkan Maryam wanita yang suci pun dipilih Allah untuk mengandung dan melahirkan seorang Nabi tanpa suami.

Realiti Sindrom MRKH: Wanita Tanpa Rahim

MRKH atau nama saintifiknya Mayer Rokitansky Kuster Hauser Syndrome adalah sejenis gangguan kongental yang memberi kesan pada saluran pembiakan wanita. Nama sindrom ini diperoleh daripada nama doktor pakar yang berjaya mengesan sindrom tersebut.

Hampir 1 daripada 5,000 bayi perempuan yang lahir menghidap sindrom MRKH. Kesan daripada sindrom ini adalah wanita terbabit tidak akan mempunyai faraj, rahim atau kedua-duanya sekali.

Biasanya, organ pembiakan wanita seperti rahim, cervik, faraj, tiub fallopian dan ovari akan berkembang ketika bayi perempuan masih dalam kandungan ibunya. Namun, pembentukan organ reproduktif ini tidak berlaku atau tidak berkembang dengan sepenuhnya bagi penghidap sindrom MRKH.

Sindrom ini tak dapat dikenalpasti puncanya. Malah, doktor pakar juga tidak berjaya mengesan sindrom ini, sehingga kanak-kanak perempuan terbabit mencecah usia akil baligh.

Mereka tidak akan mengalami pendarahan haid kerana ketiadaan organ rahim. Peratusan untuk hamil juga rendah. Akan tetapi, wanita dengan sindrom MRKH masih memiliki payudara, ovari dan tiub fallapion seperti sedia ada.

Mereka juga memiliki vaginal canal, namun biasanya ia lebih pendek dan lebih sempit daripada yang sepatutnya. Penghidap sindrom ini juga masih memiliki “alat kelamin luaran” yang normal. Maksudnya, bahagian luar faraj tidak terkesan.

Jadi untuk mengenal pasti sindrom ini, hanyalah dengan hint kedatangan haid. Majoriti penghidap MRKH akan berasa ada yang tidak kena dengan mereka apabila haid tidak datang sehingga usia sudah lanjut ke 18 tahun. Umur kelewatan haid di kalangan remaja perempuan adalah 15 tahun.

Itu sahaja daripada saya tentang sindrom MRKH dan ihsan daripada Asianparents untuk maklumat.

Jujur saya katakan, saya cukup kesal dengan segelintir masyarakat kita terutamanya orang Melayu kerana sifat mereka lebih suka menolak sesuatu ilmu yang bagi mereka tidak masuk akal. Malahan ada yang suka mengecam tanpa memikirkan perasaan orang.

Siapa kamu yang suka menghina selagi tidak diuji?

Saya boleh katakan, pelbagai ujian yang kita lihat di sekeliling kita adalah tidak terbatas iaitu ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Dalam Malaysia, kita ada kumpulan untuk penghidap sindrom ini. Yang di asas oleh penghidap sindrom tersebut iaitu Wany Ardy.

Pernah satu ketika, golongan wanita yang tidak mampu melahirkan zuriat dilabel dilaknat Allah oleh seorang wanita yang berstatus ustazah.

Saya berasa kesal kerana masakan seorang wanita boleh menggalas tugas hakim kepada kejadian yang dilakukan Tuhan sebagai hujahnya tentang isu ini.

Bagi saya, golongan sindrom MRKH adalah para wanita yang istimewa disisi Allah yang abadi.




Pages: [1]
View full version: Sindrom MRKH


ADVERTISEMENT