NmeeraR Publish time 3-12-2018 12:20 PM

Pernah Dipanggil Lubuk Santau, Tapi Gerik Antara Pekan Wajib Singgah. Sebab Apa?

Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:20 PM

Suatu ketika dulu, pekan ini pernah digemparkan dengan tempat berlakunya santau angin secara berleluasa. Namun berita itu sudah lama berlalu. Kesahihanya pun tidak dapat dipastikan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/205623s98ll968kw88k8e8.jpgFoto: Carian InternetKini tiada apa yang perlu dirisaukan. Gerik yang ditakuti adalah antara tempat yang perlu anda kunjungi andai ke sebelah utara. Apa yang terbaik di GERIK?


Tahukah anda pekan kecil ini adalah antara pekan yang mempunyai tempat makan menarik dan sedap?


Sisca Cafehttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/27/172939gtsi2n8fjjli3h2n.jpg
Foto: Carian InternetAntara Menu menjadi kesukaan ramai adalah Boat Noodle, Chicken Chop, Spaghetti, Porridge, Mochi dan banyak lagi. Jangan risau mengenai harga, ia sangatlah berpatutan dan murah.https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/27/172247qb2ggip9o2pphzqc.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/27/172711rezw7o6ydyyw14a4.jpg


Pasar Malamhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/102831y0t1ewydpc3ew4c4.jpgFoto: Carian InternetPasar malam gerik juga disenaraikan tempat makan terbaik. Antara makanan popular adalah Young Tau Foo Ayu, Cucuk-Cucuk Goreng bersama Sos Masam Manis , Apam Balik Minangkabau, Bihun Soto, dan banyak lagi.Pendapat penulis, ia adalah antara pasar malam yang mempunyai kepelbagaian makanan yang sangat sedap.
Waktu Operasi :Jumaat (Petang - 11.00pm)
Lokasi : Maybank Gerik | Belakang Maybank,

Restoran Famidahhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/145521ospd5pxuuesy5yqn.jpg
Foto: Carian InternetIni adalah salah satu restoran 24 jam di Gerik yang sentiasa dipenuhi orang kerana masakan mamak dan masakan melayu yang tidak kurang enaknya. Selain itu banyak lagi kedai mamak di sekitar kawasan Gerik.
Lokasi :Berhadapan Perhentian Bas Gerik | BelakangKFC.

Thirty CafeSumber dari thirtycafe.gerikJika anda inginkan makanan panas, gorengan dan western. Apa kata anda cubanya sendiri di sini. Pasti tidak mengecawakan. Tom Yam di sini adalah antara yang terbaik.

Dataran Gerik/Hentian Bas GerikSumber dari internetIngin hirup angin malam dan lebih santai?Apa kata anda lepak di sini dan melengkapi malam lepak anda dengan Char Kuey Tiaw di sini adalah suatu perkara wajib dilakukan. Terdapat dua gerai di sini, penulis mencadangkan anda cuba gerai Char Kuey Tiaw yang paling hampir dengan jalan rayautama.

Castella CafeSumber dari internet
Rasakan sendiri keunikan menikmati masakan kampung dihidangkan di dalam buluh yang pasti membuka selera anda. Tambah pula,tempat makan di sini dibina di atas rakit dan dalam air, menampakkan kawasan ini begitu traditional dan kreatif. Anda juga boleh berehat dan menikmati hidangan di dalam pondok buluhsepertimengimbau zaman dulu kala.
Sumber dari internet
Sebelum berkunjung ke sini, anda boleh menghubungi mereka untuk membuat tempahan terlebih dahulu kerana cafe ini hanya menyediakan hidangan yang fresh untuk anda.
Facebook : castellacafe | No Tel : 01120503454



Selain itu terdapat beberapa restoran lain sesuai untuk anda bersarapan pagi dan makan malam. Tanya saja warga gerik, pasti ada yang mengetahuinya.


Tahukah anda Gerik juga mempunyai destinasi menarik yang boleh anda kunjungi? Yang pasti salah satunya adalah Hutan Belum/Royal Belum.

Royal Belumhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/154026rwzhr98o1tjj0wj7.jpg
Foto: Carian InternetAntara yang menarik, Royal Belum Resort, Hentian Royal Belum, Houseboat, Kawasan Memancing, Air Terjun, kampung orang Asli dan banyak lagi.

Lapangan Terbang Gerikhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/154553r6edqkoutrokeehp.jpg
Foto: Carian InternetSelain digunakan sebagai landasan untuk mendarat, ia tempat riadah utama untuk warga Gerik dan merupakan tempat diadakan sebarang Majlis.

Mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/KenderongSejak beberapa tahun ini Gerik juga terkenal dengan ekspedisi mendaki Gunung Pulut dan Gunung Kerunai/Kenderong. Ia cukup terkenal dalam kalangan pendaki untuk melihat awan karpet atau bukit atas awan. Pemandangan di sana cukup mengindahkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/173609qa8vm0i8iivac9zm.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/173824rg1zmojmfw40gz0g.jpg
Gunung Pulut


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/175650jfuc42zrm5422s25.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/175705l7zf11g8o19719bl.jpgGunung Kerunai

Namun dikatakan Gunung Kenderong tidak selamat didakibuat masa ini berikutan dari tanah runtuh yang berlaku.


Dataran Lomahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/28/182842cydcodqcsc8xuoda.jpg
Foto: Carian InternetMusim ikan Loma hanya terdapat di Gerik -Lenggong.

Menarik bukan?Ada yang pernah berkunjung ke Pekan Gerik ke? -CARI

syadq Publish time 3-12-2018 12:43 PM

Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.

besarkecik Publish time 3-12-2018 12:44 PM

Bukan bandar santau sepatutnya gopeng ke?

Artemesiaa Publish time 3-12-2018 01:23 PM

Bagus ada info sebegini boleh tambah pengetahuan buat yang belum pernah sampai kesana

buapakperut Publish time 3-12-2018 02:46 PM

baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya kat pekan dan kedai2 makan

momopoko Publish time 3-12-2018 04:26 PM

pernah stay 3 hari 2 malam di Kg Ulu Kenderong, Gerik. student asing pun teruja tengok area kampung ni.

NmeeraR Publish time 3-12-2018 06:37 PM

buapakperut replied at 3-12-2018 02:46 PM
baca mastika dulu2 katanya yang kuat santau kat gopeng? yeke ke dak? sampai airborne lagi santaunya...

Pernah dengar jugak. dan salah satunya pekan gerik juga dalam senarai. Tapi tidak pasti betul atau tidak

NmeeraR Publish time 3-12-2018 06:38 PM

syadq replied at 3-12-2018 12:43 PM
Patut highlight juga nasi ikan rebus, ikan pekasam & kuih-muih comel-comel dkt pasar pagi tu.

wah kuih muih pun ada... ?{:mllove:}

ded1 Publish time 3-12-2018 06:40 PM

Edited by ded1 at 3-12-2018 06:42 PM

Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh santau sehingga ke hari ini. Jadi berhati-hatilah sentiasa terutama di "musim serangan".

Kenyataan anda tentang tidak pasti kesahihan berita atau dan "sudah lama berlalu" adalah TIDAK TEPAT.

Santau hanya menunggu mereka yang "leka" dan bakal menjemput anda ke "negeri abadi" kelak :-)

* jerat tidak akan pernah melupakan pelanduk, tetapi pelanduk adakala melupakan jerat yang menunggu...*

NmeeraR Publish time 3-12-2018 06:45 PM

Edited by NmeeraR at 4-12-2018 03:14 PM

best

NmeeraR Publish time 3-12-2018 06:57 PM

ded1 replied at 3-12-2018 06:40 PM
Buat @NmeeraR dan semua,

Daerah Gerik di Perak masih terdapat ramai pengamal / bomoh...

Di mana-mana pun ada sebenarnya.. Baik pekan kecil atau bandaraya sebenarnya. Ada baiknya sentiasalah berjaga-jaga . Terima Kasih untuk peringatan @ded1 :)

Suchi Publish time 4-12-2018 09:06 AM

Thread all
about perak takde ye? Cari tak jumpa pun
Iols nak g perak bulan ni misi nak cari barang2 lama antik or tradisional utk props.
Cadang nak g pasar karat ipoh, kuala kangsar dan lain2.
Susah gak nak cari hotel yg sesuai tuk bermalam yg berdekatan ngn pasar karat tu. yg ade apartmen tuk duk beramai2.
Ade yg murah dan sesuai tuk duduk 4 beranak tp jenis share bathroom plak.
Ade yg kena deposit dulu, kalau boleh xnk prepayment dan nak yg free cancellation.

puanbintang Publish time 4-12-2018 02:42 PM

tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak

NmeeraR Publish time 4-12-2018 03:05 PM

puanbintang replied at 4-12-2018 02:42 PM
tak pernah sampai gerik lagi...macam menarik jugak

gerik banyak jugak tempat makan sedap n harga pun tak mahal mana.....

pittjie Publish time 5-12-2018 10:24 AM

pernah gi gerik sekaliii je. tu pun sbb antar tantin kezen i yang dpt org belah2 sana. meols suka ya pekan gerik tu. dan jln gerik tu pun meols sukaaa. duduk satu malam kat rumah rehat kat situ.

Mary_jane Publish time 20-1-2019 09:04 PM

I tought lenggong yang femes santau2 ni. :o

lurve82 Publish time 21-1-2019 11:54 AM

betul ke pasal gerik ni lubuk santau? bln 3 ni SIL ajak family g royal belum...cam menakutkan je...

NmeeraR Publish time 21-1-2019 06:10 PM

lurve82 replied at 21-1-2019 11:54 AM
betul ke pasal gerik ni lubuk santau? bln 3 ni SIL ajak family g royal belum...cam menakutkan je...

takda yg perlu dirisaukan... inshaallah semuanya ok.. kalau nak sebut pasal santau ni, kat mana2 pun ada... sepanjang di gerik... semuanyaok. takda lagila buruk2 berlaku...

moonbug Publish time 25-1-2019 12:46 PM

Tak pernah sampai Gerik lagi. Jauhnya rasa
Pages: [1]
View full version: Pernah Dipanggil Lubuk Santau, Tapi Gerik Antara Pekan Wajib Singgah. Sebab Apa?


ADVERTISEMENT