Syd Publish time 28-11-2018 06:48 AM

Bersanding jugak Datuk Fazley & Datin Azrene Soraya


"Bila tiba masanya bersandinglah semula" - Fazley tunai hasrat arwah bapa

Rabu, 28 November 2018 12:50 AM
Oleh: KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan persandingan semula dengan isteri Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad.

Fazley, 40, berkata, bapanya pernah berpesan agar mereka bersanding semula dan amanat itu sekali lagi disampaikan seminggu sebelum Allahyarham meninggal dunia pada 8 Februari 2016.

"Bapa pernah berpesan apabila tiba masanya bersandinglah semula dan wasiatnya itu turut diluahkannya sekali lagi kepada saya dan Azrene seminggu sebelum beliau meninggal dunia.

Fazley dan Azrene masuk ke dewan diiringi paluan kompang.

"Malah dia turut berpesan kepada Imran Ajmain yang dianggapnya sebagai anak agar memastikan hasratnya itu dilaksanakan.

"Majlis hari ini sebenarnya bukan sahaja meraikan ulangtahun ke-13 perkahwinan kami pada 7 November lalu tetapi juga menunaikan wasiat arwah," katanya.

Fazley ditemui pada majlis persandingannya yang diadakan di Laman Lanai, Neo Damansara di sini pada malam Selasa.

Pasangan mempelai bergambar bersama ahli keluarga.

Kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan media hadir memeriahkan acara yang bertemakan tradisional moden itu.

Dalam pada itu, persembahan video istimewa ucapan bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun lalu menyentuh hati tetamu.

Video berdurasi lima minit itu memperlihatkan Yaakob memberi kata-kata nasihat kepada pasangan mempelai berkaitan dugaan berumah tangga.

Baju pernikahan dan persandingan pasangan itu 13 tahun lalu turut dipamerkan.

Selain itu, tayangan foto-foto majlis persandingan dahulu dipaparkan kembali sebagai kenangan manis yang dikongsi bersama penonton.

“Alhamdulillah, majlis hari ini berjalan lancar ditambah tiada yang lebih membahagiakan saya apabila persandingan semula ini dapat disaksikan oleh keluarga terdekat, sahabat handai dan hampir keseluruhan rakan media yang selama ini menyokong karier seni saya,” kata Fazley.

Terdahulu, Fazley dan Azrene memasuki dewan Laman Lanai kira-kira pukul 9 malam dengan dengan sut songket berwarna hitam rekaan Bon Zainal manakala isteri mengayakan gaun rekaan Fizi Woo.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada tiga anak mereka iaitu itu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8 dan Ahmad Fierudz, 7 selain nyanyian harmoni berjudul Jatuh-Jatuh Cinta daripada The Mirza selain paluan kompang.

Lebih bertambah manis, Fazley turut menyanyikan lagu popularnya berjudul Bila April yang ditujukan kepada Azrene ketika awal perkenalan mereka.

Fazley dan Azrene bernikah pada 7 November 2005 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Tiga anak lelaki pasangan ini turut mengadakan persembahan.

Azrene adalah anak Rosmah hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Syd Publish time 28-11-2018 06:49 AM

Macam bersanding dengan bayangan Bikmama

Syd Publish time 28-11-2018 06:52 AM

Antara pic

Syd Publish time 28-11-2018 06:53 AM

Pengantin tak berapa baharu

Syd Publish time 28-11-2018 06:55 AM

Baju pengantin kontroversi.

Ummah ingat tak lagi?
Baju pengantin tak siap (diarahkan jangan siapkan?

Dan pengantin kena jahit sendiri (katanya)?

de_ikea Publish time 28-11-2018 07:08 AM

Syd replied at 28-11-2018 06:52 AM
Antara pic

Kocik2 nya gambar chuols.

de_ikea Publish time 28-11-2018 07:08 AM

Syd replied at 28-11-2018 06:55 AM
Baju pengantin kontroversi.

Ummah ingat tak lagi?


Takde lngsung berita dlm prime tv. Yg ada cuma buku kahwin diorg. Iols ada buku tu ;P

Syd Publish time 28-11-2018 07:09 AM

de_ikea replied at 28-11-2018 07:08 AM
Kocik2 nya gambar chuols.

Pakai hp. Takpe kang i tepek balik.

Syd Publish time 28-11-2018 07:10 AM

de_ikea replied at 28-11-2018 07:08 AM
Takde lngsung berita dlm prime tv. Yg ada cuma buku kahwin diorg. Iols ada buku tu

Sharelah isik.

Nanti snap pic buku

de_ikea Publish time 28-11-2018 07:12 AM

Syd replied at 28-11-2018 07:10 AM
Sharelah isik.

Nanti snap pic buku

Nnt iols kna blik umah lama lah.

Oroi8887 Publish time 28-11-2018 07:15 AM

Sedih juga kisah hidup dorang nikan.. tapikan just nak tau, pesanan2 org yg meninggal ni wajib dipenuhi ke?

AdikSuka Publish time 28-11-2018 07:21 AM

Syd replied at 28-11-2018 04:49 AM
Macam bersanding dengan bayangan Bikmama

OMG!! memang macam kakros la muka sebalik veil tu ;P

awaynepian Publish time 28-11-2018 07:26 AM

rasa cam membazir...tp duit dia bukan duit aku..hihi

watachiwa Publish time 28-11-2018 07:43 AM

aritu siti sarah dgn suib ade gak kan sanding balik?ke gimmik ape ntah
aku rase baju sarah aritu lawa

eatpraylove Publish time 28-11-2018 07:43 AM

weols ada masa majlis kt ampangan, N9 tu.. memang betul byk kereta yang kena calar...

mizziaz Publish time 28-11-2018 07:53 AM

eatpraylove replied at 28-11-2018 07:43 AM
weols ada masa majlis kt ampangan, N9 tu.. memang betul byk kereta yang kena calar...

Erkkksss...sampai camtu sekali!

mizziaz Publish time 28-11-2018 07:54 AM

Suka couple ni...dapat bertahan despite semuadugaan. Anak2 comey montel je:loveliness:

Nonones Publish time 28-11-2018 08:06 AM

Cantik azrene ni, muka bikmama sungguh. bikmama pun mesti cantik muda2 dulu, tp skg ni dah macammmmmmmm ;P

weezerfan Publish time 28-11-2018 08:21 AM

Muka kepam laki bini xpayahlah nk bsanding.. Mcm org kesah plak attention seeker laki bini ni.

umbut Publish time 28-11-2018 08:55 AM

Azrene perasan kurus ke.. fesyen serkup skrg...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Bersanding jugak Datuk Fazley & Datin Azrene Soraya


ADVERTISEMENT