jue_siera_siera Publish time 24-11-2018 01:29 PM

DARI PELJAR COROT, KINI PROFESSOR MADYA



Ramai ibu bapa mengimpikan anak-anak mereka cemerlang dalam akademik. Malahan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memberikan kelas tambahan terbaik untuk anak-anak mereka. Malangnya, ada segolongan ibu bapa yang bersikap tidak adil pada anak-anak. Yang cemerlang terlalu dibanggakan, yang lemah diketepikan. Namun perkongsian Prof. Madya Dr. Midhat Nabil (AMIChemE) ini bakal membuka mata ramai orang terutama ibu bapa. Corot disekolah bukan bermakna tiada harapan berjaya. Setiap liku-liku beliau dari seorang pelajar corot hingga menjadi pensyarah berstatus Prof. Madya telah dikongsikan di laman sosialnya.

UPSR KURANG CERMELANG

Bermula sebagai pelajar yang kurang cemerlang, beliau hanya mendapat 2A dan 2C dalam UPSR , dan hanya 2A dalam keputusan PMR. Ini menyebabkan beliau gagal untuk memasuki aliran Sains.





DARI PERAKAUNAN KE ALIRAN SAINS

Pada asalnya beliau belajar di aliran Perakaunan. Namun atas kesungguhan beliau, akhirnya beliau ditukarkan ke aliran Sains.



TIADA A DALAM SPM

Walau bagaimanapun, beliau tidak berjaya menyesuaikan diri dengan aliran Sains. Akhirnya beliau tidak memperoleh sebarang A dalam SPM.



CUBA NASIB

Selepas keputusan SPM diperolehbeliau cuba nasib memohon pelbagai Institusi pengajian tinggi namun malangnya tiadajawapan positive diperolehi.Maka mulalah episod sebagai operator pengluaran di kilang Denso.

Selapas 6 bulan beliau bertukar kerja,sebagai pembantu jualan farmasi di Gurdian.

Tidak lama kemudian, beliausambungbelajar di UiTM   setelah mendapat maklumat bahawa pelajar yang tidak cermelang SPMboleh memohon di peringkat Pra-Sains.Kursus Pr-Sains ini mengilap semula pengetahuan dalam subjek sains tulen sebelum diterima masuk ke program diploma UiTM.Jika calon berjaya memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas bagi semester pertama, layak mengikuti program-program diploma di UiTM.Tetapi jika gagal memperolehi CGPA 3.00 maka perlu mengikuti semester ke dua.


GAGAL DAN DIBERHENTIKAN

Akhirnya beliau berjaya, mengikuti program tersebut di UiTM Jengka, Pahang.Malangnya beliau CGPA semester pertama beliau mendapat 1.92.Beliau gagal dan diberhentikan.
"Apabila membaca keputusan tersebut, dunia saya gelap gelita. Ibu bapa kecewa dan putus asa dengan saya".Sejak dari itu bermula kembali membuat kerja sambilan selepas itu.

Selangseminggu, ibu bapanya menerima panggilan dari UiTM jengka memaklumkan mereka mahu membenarkanya mengikuti pengajian semester kedua kerana CGPA hanya kurang sedikit daripada CGPA 2.00. Mendengar berita itu,beliau telah berjanji akan berubah dan tak akan mengulangi kesilapan yang sama. Alhamdulillah, disemester kedua beliau memperolehi CGPA 3.25,setelah banyak perubahan dilakukan, seperti rajin berjumpa dengan pensyarah, rajin mengulangkaji, mencari maklumat di perpustakaandan menyertai 'study group'.


Bermula dari situ beliau tidak lagi menoleh kebelakang dan mengekalkan momentum tersebut.Dari peringkat Diploma kimia perindustrian, UiTM Arau, kemudian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) kimia kemudian berjaya menjadi pelajar pertama mendapat kelas pertama bagi fakulti tersebut beliau di kecualikan membayar balik pinjaman PTPTN.

Dengan berbekalkan kejayaan tersebut beliau ditawarkan mengikuti penganjian peringkat masters di Universiti Brimingham dalam bidang Biochemical Engginering ( by coursework) di school of chemical Engginering universiti tersebut.


ANUGERAH TESIS TERBAIK

Walaupun pada asalnya bukan pelajar cermelang tetapi, berkat usaha tanpa jemu dan putus asa dengan sikap mahu berubah, belajar dari kesilapan.Akhirnya beliauberjaya menamatkan PhD di Universiti Birmingham dan tesisnya tercalon sebagai anugerah tesis terbaik!.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib hambanya, sehingga mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri".

Tidak Mustahil jika kita tidak berjaya kini, tidak bermakna dimasa akan datang tidak boleh berjaya.Anda semua juga pasti boleh melakukan. Yang penting belajar dari ke gagalan dan jangan sesekali mengalah dan putus asa.Jika beliau boleh berjaya insyaallah kita semua boleh berjaya. Berpegang teguhlah dengan surah Al-Rad, ayat 11.bermaksud
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib hambanya, sehingga mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri".

Sumber:Professor Midhat Nabil

merrissa Publish time 25-11-2018 03:01 AM

dipendekkan citer, sebenarnya dia bukan x pandai....malas jer......sepatot title tukar dari pelajar malas...kini pelajar rajin....:lol::lol::lol:

tapi tahniah atas kejayaan {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:} hebatttt

buapakperut Publish time 25-11-2018 04:51 AM

cemerlang ke tak cemerlang datang dari sendiri. kalau mak pak tatang macam emas platinum tapi diri sendurik takde awareness jarilah 7G

Orgkgdukobesi Publish time 25-11-2018 07:38 AM

Tahniah diucapkan prof

cik_sssara Publish time 25-11-2018 08:43 AM

Tahniah atas kejayaan.

Budak-budak fresh grad yang datang interview office I, ada yang deanlist, belajar sampai master, ada yang best student ACCA tapi tanya soalan simple macam mana nak record asset pun takboleh jawab.

Buritan Publish time 25-11-2018 09:25 AM

merrissa replied at 25-11-2018 03:01 AM
dipendekkan citer, sebenarnya dia bukan x pandai....malas jer......sepatot title tukar dari pelajar...

Ye betul.. tajuk... budak malas tukar rajin

CiliPadiSedap Publish time 25-11-2018 09:29 AM

cik_sssara replied at 25-11-2018 08:43 AM
Tahniah atas kejayaan.

Budak-budak fresh grad yang datang interview office I, ada yang deanlist,...

:lol: masa buat essay acca dulu kaka buat trial balance and income statement balance sheet dapat syntax error. terus keluar dewan buat tiktok

Minami2013 Publish time 25-11-2018 10:57 AM

Inspired story!

Anyway, i rase dia tak dpt lagi kaedah belajar yg suit with himself. Sbb tu awal2 tu walau dah ada kesedaran tp masih gagal. Once dah jumpe cara belajar yg sesuai dgn diri die, sbb tu die excel.

ipanimanz1 Publish time 27-11-2018 11:24 PM

wow sgt dgn dia ni...ssh org nk bgkit dr kgagalan kecuali betul2 kuat...yg pnting support dr family..if family supportive in shaa Allah excel...i ngaja kt kg,byk students yg 'nk' bjya..tp family pulak porak peranda n x supportive...hbih skolah,kje,cri duit...so,they lost...ksian...ni pglmn i la...lain org,lain pnglaman depa
Pages: [1]
View full version: DARI PELJAR COROT, KINI PROFESSOR MADYA


ADVERTISEMENT