Nasi 3 Budak Gemok Jadi Fenomena, Dah Terbongkar Resipi Rahsianya
Anda mungkin dah pernah dengar tentang kisah 3 orang anak muda yang berniaga nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang digilakan ramai tu.Kalau tak sempat lagi nak mengunjungi gerai mereka, boleh cuba resipi ini kerana ia sebiji apa yang mereka jual!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/161730sufgoi9m32406bom.pngkredit:Rasa
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (cuci bersih, toskan air)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak masak secukupnya
1 cawan daun kari
Sedikit air
1 sudu rempah kari ayam daging
1 sup bunjut
Kicap manis secukup rasa
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 asam keping
Cara-Cara:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/161728evhikwfdlys3skwf.pngkredit:Rasa
1. Gaul ayam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng hingga garing
2. Buang sedikit minyak goreng ayam tadi. Panaskan minyak semula. Kisar bawang-bawang, dan halia dengan sedikit air.
3. Masukkan daun kari dalam minyak yang panas tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing
4. Masukkan sup bunjut & serbuk kari. Kacau hingga garing. Tambah air dan asam keping
5. Masukkan sos tiram dan semua kicap. Kacau sampai mendidih. masukkan ayam goreng dan kacau sampai semua masak sebati
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/161725lpi5dyeoeipsy528.jpgFoto:Rasa
Resipi sambal belacan gesek:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/161724ynikpyhbygvjyvy9.jpgFoto:Rasa
Bahan-bahan:
10 ke 15 biji cili api merah
6 hingga 8 cili api hijau
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula
1 sudu belacan
Jus limau secukup rasa
Sedikit minyak
Cara-cara:
1. Hiris semua bawang dan semua cili api. Panaskan minyak. Goreng semua bahan hiris sampai layu. angkat, toskan minyak dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Tambah gula, garam & belacan. Tumbuk hingga separuh lumat. Masukkan jus limau. Kacau rata.
3. Panaskan 2 sudu minyak tadi, tumis semua bahan tumbuk dalam 5 minit.
Siap dihidangkan bersama nasi panas, ayam kicap daun kari dan ulam-ulaman!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/23/161724htxsmufv26xxxv1z.jpgFoto:Rasa
Selamat mencuba! -CARI tak pernah dengar pulak..tapi ayam masak kicap tu nampak menyelerakan..yumss! Sedap juga. Saya perah rasa. Dia taklah rasa kicapppp saja. Kicap dia melekat pada ayam. Kira kuah kicap tak berapa basah. Sambal teramat pedas(bagi saya). Cubalah. sedap bagi saya la.rasa dia x sama dengansambal kicap yg lain. Cili gesek tu nampak sedap jah cicah ulaman Pernah cuba..sedap jugak tapi sambal cili tu pedas ya amat Rasa sambal gesek tu kalu gantikan sume pkai cili padi ijau mgkin ok kot..tp cm kering lauknya ni..nti aku nk wat tp wat sup ksong ala2 sup ayam la bru sdap skit..last2 jd nsi aym penyet sbb ade smbal..hehe sedapnya chuolsss!! mana nak cari kat shah alam yach? tetiba ngidam. debab76: sedapnya chuolsss!! mana nak cari kat shah alam yach? tetiba ngidam.
Diorang ada buat delivery Shah Alam with minimum order. Kalau nak walk in dulu kat Menara U seksyen 13 tapi sekarang mcm dah takde. Sekarang walk in Hartamas, Wangsa Maju dgn Kota Damansara yg hari-hari bukak Seronok tgk budak bertiga ni berniaga dari mula-mula start dulu pakai rice cooker kecik, nasi habis masa orang tgh beratur ramai-ramai, kena pegi beli rice cooker baru hahaha. Sampai dah viral sampai sekarang dah merata-rata cawangan. Cuma sambal tu kurang sikit tang biji cili melambak tu Sedapnya tq cari Klu murah n sdap mmg viral tahniah untuk 3 budak gemok ni
moonbug replied at 24-11-2018 02:35 PM
Diorang ada buat delivery Shah Alam with minimum order. Kalau nak walk in dulu kat Menara U seks ...
kota damansara kt mana uolss? Sambal tu nmpk sedap. Sedapnya tengok gambar..lepas ni boleh try putribatrisya replied at 25-11-2018 04:50 PM
kota damansara kt mana uolss?
Uptown KD uols penah tgk psl diorg kat tv... nampak sedapppp sedapnya sambal gesek tu, makan pulak dengan nasik panas2....nyummmy!