Syd Publish time 23-11-2018 01:59 PM

Sultan Johor berkenan lantik Tunku Iskandar sebagai Raja Muda Johor

Sultan Johor berkenan lantik Tunku Iskandar sebagai Raja Muda Johor

22 November 2018 2:35 PM



http://www.kosmo.com.my/polopoly_fs/1.792033.1542869499!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_804/image.jpgTunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim bersama ibunya, Che Puan Khaleeda Bustaman dan Tunku Mahkota Johor. Kredit foto oleh Facebook Sultan Johor

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik cucunda baginda, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.
Pemasyhuran itu diumumkan Sultan Ibrahim pada majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-60 di Istana Besar, di sini.


"Sebagaimana kita semua sedia maklum, Tunku Mahkota Johor telah dikurniakan seorang anak lelaki pada tanggal 10 Oktober 2017 yang lalu dan telah diberi nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
"Oleh yang demikian, sebagaimana hak dan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 23 Bahagian Pertama dan Fasal 7(2E) Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor, maka saya sebagai Raja dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja, telah berkenan untuk melantik, menjadikan dan menggelar Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail sebagai Raja Muda Johor.
"Oleh itu, mulai dari saat ini, Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail adalah merupakan waris kedua kepada takhta pemerintahan kerajaan Johor, iaitu orang yang menyusul kemudian daripada waris," titah baginda pada Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-60 di Dewan Singgahsana, Istana Besar, di sini hari ini.
Teks titah Sultan Ibrahim itu diedar kepada media menerusi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal Press Office.
Berangkat sama ke istiadat itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan paduka-paduka anakanda serta menantu, Dennis Muhammad Abdullah. - Bernama

EvieWanKenobi Publish time 23-11-2018 02:42 PM

comelnya anakanda2 TMJ..{:1_132:}

hotmak Publish time 23-11-2018 02:44 PM

wah kecik2 dah di appoint

myakayina Publish time 23-11-2018 03:28 PM

panjang betul nama anakanda TMJ and CPK ni..

KekDurian Publish time 23-11-2018 09:34 PM

Tta bila lg? Cam dh lama je kawen? X sabar nk tgk mixed babies..

aznizazzadele Publish time 23-11-2018 10:38 PM

Comelnyer laaaaa

ayjay Publish time 24-11-2018 08:58 AM

hotmak replied at 23-11-2018 02:44 PM
wah kecik2 dah di appoint

Taknak sejarah berulang. Diorang ni kan keturunan temenggong sbb masa sultan mati tak ada waris lalu temenggong declare diri sendiri sultan. And also sebelum ni kes perebutan kuasa antara anak bini-bini.

Syd Publish time 24-11-2018 11:32 AM

ayjay replied at 24-11-2018 08:58 AM
Taknak sejarah berulang. Diorang ni kan keturunan temenggong sbb masa sultan mati tak ada waris la ...

then,

keturunan temenggong tu ke yang terus jadik soltan sampai nihari?

:shutup:

nazurah Publish time 24-11-2018 01:36 PM

Syd replied at 24-11-2018 11:32 AM
then,

keturunan temenggong tu ke yang terus jadik soltan sampai nihari?

sultan johor (sultan ali) kuasanya dihadkan pada muar sahaja sampai dia meninggal... anaknya tidak dilantik jadi pewaris atas sebab-sebab yang telah termaktub dalam perjanjian, selepas dia mangkat barulah muar menjadi tanah jajahan sultan abu bakar... originally title dia temenggong, dia tukar kepada maharaja lepas tu guna title sultan johor...
yang penting ada pihak recognize title tu maka jadilah kamu sultan... dlm kes ini british yang perkenan kalau tak silap






anaktoyol Publish time 24-11-2018 02:01 PM

Syd replied at 24-11-2018 11:32 AM
then,

keturunan temenggong tu ke yang terus jadik soltan sampai nihari?

yesssza...diorang buka purely waris sultan yg dulu2

babynina30 Publish time 24-11-2018 02:03 PM

I tgl ig mereka igtkn maseh di luar negara ?

Syd Publish time 24-11-2018 02:06 PM

anaktoyol replied at 24-11-2018 02:01 PM
yesssza...diorang buka purely waris sultan yg dulu2

takde lah dolat bagai.

dolat bagai tu semua British yang bagi ya

babyshun Publish time 24-11-2018 04:03 PM

Tahniah{:1_152:}{:1_152:}

setinggi-tinggi tahniah buat Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail atas perlantikansebagai Raja Muda Johor.

mmg comel2 anak TMJ ni :bye:

minah_selekeh Publish time 24-11-2018 10:22 PM

Alahai comelnya.. Suka betul tengok muka anak lelaki tu..

selyusi Publish time 24-11-2018 11:34 PM

babynina30 replied at 24-11-2018 02:03 PM
I tgl ig mereka igtkn maseh di luar negara ?

Deyols x payah beratur tunggu flight

chicozinn Publish time 24-11-2018 11:36 PM

Prasan x nama2 yg bakal pegang takhta sume start "I"?dlu iskandar, skang ibrahim, tmj lak ismail, anak iskandar blik..no wonder lmbang sultan johor "SI"..sng psni kturunan pemegang takhta sume nme stat dr I

babynina30 Publish time 25-11-2018 02:47 AM

chicozinn replied at 24-11-2018 11:36 PM
Prasan x nama2 yg bakal pegang takhta sume start "I"?dlu iskandar, skang ibrahim, tmj lak ismail, an ...

Mmg sbb jata (?) rasmi utk sultan adalah SI dr zmn dlu lg. Jd sbb tu semua bakal next to throne kena nama SI.

Dkt kereta etc. Mereka guna itu.
I pnh tgk jam juga ada lmbang SI

chicozinn Publish time 25-11-2018 09:31 AM

babynina30 replied at 25-11-2018 02:47 AM
Mmg sbb jata (?) rasmi utk sultan adalah SI dr zmn dlu lg. Jd sbb tu semua bakal next to throne ke ...

Haah, mmg dorang da tentukan sape yg nk naik takhta kne stat nama dgan I..bagi aku bosan lak nama asyik berulang asyik iskandar, ismail n ibrahim..apsal xnak letak izham, iqram, izzudin, ilham, iman ke?

nazurah Publish time 25-11-2018 10:37 AM

chicozinn replied at 24-11-2018 11:36 PM
Prasan x nama2 yg bakal pegang takhta sume start "I"?dlu iskandar, skang ibrahim, tmj lak ismail, an ...

nama almarhum sultan iskandar ialah tunku mahmood iskandar... dia drop nama mahmood tu...
sekarang anak tunku majid guna nama tu... cute budaknya

nazurah Publish time 25-11-2018 10:39 AM

chicozinn replied at 25-11-2018 09:31 AM
Haah, mmg dorang da tentukan sape yg nk naik takhta kne stat nama dgan I..bagi aku bosan lak nama...

senang agaknya tak payah tukar emblem... almaklum kat pagar semua ada...
sultan johor moden pertama nama abu bakar... kendian anak dia ibrahim, terus start nama I ni...
Pages: [1] 2
View full version: Sultan Johor berkenan lantik Tunku Iskandar sebagai Raja Muda Johor


ADVERTISEMENT