Asyik Apam Nasi Je. Apa Kata Cuba Resipi Apam Labu Pula
Ternyata kini apam telah melalui revolusinya yang tersendiri. Kebiasaannya apam dibuat dengan menggunakan nasi sebagai bahannya. Tetapi berbeza pula dengan apam yang dibuat dengan menggunakan labu.Buat peminat labu, tentu sahaja ini satu peluang anda untuk menikmati labu dengan gaya yang berbeza. Apa tidaknya biasa labu dimasak menjadi pengat sebagai menu pemanis mulut. Mungkin kali ini kita mencuba sesuatu yang berlainan pula.
Resipi Apam Labu
Bahan-bahan
Labu Setengah Biji
2 Cawan Gula Pasir
2 Cawan Santan Pekat
2 Cawan Tepung Gandum
1 Cawan Tepung Beras
1 Sudu Teh Baking Powder
3 Sudu Teh Susu Pekat
Cara-cara membuatnya
1. Labu dibuang kulit direbus seingga lembut.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/22/121356xzlsisqf22536q5z.jpg
2. Blender kesemua bahan dan biarkan adunan perap selama 2 jam.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/22/121355udlgfl9yh227z08b.jpg
3. Sapu minyak pasa acuan dan masukan adunan ke dalam acuan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/22/121355aavh2jhg3bvdv3xi.jpg
4. Kukus selama 20 minit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/22/121355hi2on0s0aftjzvtk.jpg
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba. - CARI
Kredit: Resepi Apam Gebu minyak pasa tu apain buapakperut: minyak pasa tu apain
Minyak pada acuan... dia typo DennisTrillo: Minyak pada acuan... dia typo
oh pening cari tafi, tak penah dengar minyak pasa, ingatkan special punya minyak Cantik gebu je nampak eloknya kejadian apam ni..gebu! boleh dicuba nanti Wahh...mcm best tak pernah jumpa or makan ni mcm nyummy Nmpk sedap.. :) :drool3::drool3: Apam tapi tak guna yis ye Apam labu memang sedap uolss Sedap ni..boleh cuba
Pages:
[1]