zulka Publish time 21-11-2018 05:16 PM

Pemeriksaan Minyak Enjin

Edited by zulka at 3-1-2019 10:13 AM

Pentingnya penjagaan minyak enjin tak kira motosikal ke kereta ke, sebabnya kerosakan pada enjin bermula daripada minyak enjin yang tidak diselenggara dengan betul, dari segi kuantiti, penukaran dan kualiti atau kesesuaian minyak yang digunakan. Ini beberapa tips ringkas yang mudah untuk panduan memastikan minyak enjin berada dalam keadaan yang baik dan dalam kuantiti yang cukup sebelum memulakan pemanduan. Kaum hawa pun boleh buat benda ni, sy bagi yang paling senang :loveliness:...Sebelum start kereta, buka hood/bonet depan tarik deepstick pastu lap dulu dengan kain, masukkan balik dan itu la ukuran sebenar kuantiti minyak dalam enjin.
Walaupun deepstick kereta berbeza beza tapi setiap deepstick ada penanda aras iaitu MIN dgn MAX...(Max atas, Min belah bawah..). Minyak enjin sepatutnya berada diantara penanda tersebut, kalau minyak bawah paras Min harus tambah/topup minyak. Jangan terlebih isi pula, kalau minyak melebihi paras Max nanti ada kesan lain seperti:- power takde, bocor sana sini.... pendek kata lebih pun tak boleh kurang pun tak boleh.

Untuk mengenal pasti minyak enjin tu masih dalam keadaan baik, lihat pada warna minyak...kalau dah hitam pekat mcm kopi O tu baik tukar cepat2, sebaliknya kalau warna dia macam minyak masak yang dah guna 2 kali goreng ayam tu ok lagi. Betul manual kata tukar minyak enjin setiap 5,000km atau 10,000km (mengikut gred minyak) tapi kadang2 kita pun tak pasti ketulinan minyak tu kan..so lebih baik kita chek sendiri guna manual..:loveliness:

Nak senang lagi, rujuk gambar...
Ni deepstick, yg besi nipis panjanggggg tu....cabut pastu lap dgn kain, masukkan balik pastu chek paras minyak..
https://i.ytimg.com/vi/1fs8yqB0bKg/maxresdefault.jpg


yg belah kiri MAX...kanan MIN...minyak mesti berada diantara penanda aras
http://4.bp.blogspot.com/_so2-sclJeTU/TOY2GqrV-bI/AAAAAAAACFI/1M6OETVpZg0/s400/DSC03811.JPG


https://static.pakwheels.com/2015/06/eods.jpg

Sekian, semoga membantu.

myakayina Publish time 21-11-2018 05:36 PM

tq infonya..boleh check sendiri nti lepas ni..

zulka Publish time 21-11-2018 05:37 PM

myakayina replied at 21-11-2018 05:36 PM
tq infonya..boleh check sendiri nti lepas ni..

you're welcome :loveliness:

eunoia.alpas Publish time 21-11-2018 05:45 PM

TT, is it essential untuk campur minyak utk enhance engine performance? (Alaaa i lupa apa nama minyak tu). Pomen i tiap kali i hantar servis akan campur minyak ni. So far oklah kete i dah berbelas tahun takde meragam teruk2 lagi

palmolive Publish time 22-11-2018 01:03 PM

kereta bapak aku pernah kering minyak enjin ni:lol:

zulka Publish time 22-11-2018 03:06 PM

eunoia.alpas replied at 21-11-2018 05:45 PM
TT, is it essential untuk campur minyak utk enhance engine performance? (Alaaa i lupa apa nama minya ...

apa benda tu X1R ke?..bagi aku tak perlu pun, tu semua utk biz semata mata....logiknya utk apa nk guna oil treatment kalau engine takde masalah, ibarat org sihat dibagi mkn ubat...

matseh Publish time 22-11-2018 04:15 PM

zulka replied at 22-11-2018 03:06 PM
apa benda tu X1R ke?..bagi aku tak perlu pun, tu semua utk biz semata mata....logiknya utk apa nk...

Munkin penulis buleh kongsi sikit petua2 mcm mana nak detect minyak injin tiruan atau recycle.
Kalau yg pakai sendiri atau DIY buleh saja beli kat stesen minyak. kalau tak 100% mungkin 80% minyak ori.
Ini utk pemilik kenderaan yg memilih menggunakkan minyak injin yang ada worksyop.

zulka Publish time 22-11-2018 05:03 PM

matseh replied at 22-11-2018 04:15 PM
Munkin penulis buleh kongsi sikit petua2 mcm mana nak detect minyak injin tiruan atau recycle.
K ...

ada dua cara yg paling digemari oleh sindiket pembuat minyak tiruan ni...
- campurkan minyak pelincir tulen dengan minyak sayuran..
- menapis minyak pelincir terpakai berulang kali smpai jernih..
pengalaman sy sndiri yg pernah jadi pomen, secara pandangan mata kasar memang susah sebenarnya memastikan minyak tu 100% ori... dah masuk dlm enjin, dah running enjin sehari dua, baru boleh rasa... paling ketara sekali...enjin jadi panas luar biasa, bunyi knocking yg kuat dtg dari enjin, performance hambar (pickup dgn top speed tak mcm selalu), so kalau baru lepas tukar minyak, ada rasa mcmni cepat2 la tukar balik sebelum enjin jahanam

matseh Publish time 22-11-2018 05:29 PM

info yg bagus. Kalau terjadi mcm tu kena keluaq duit double la.
Jadi kena lah pi Worksyop yg betui2 di percayai.

eunoia.alpas Publish time 23-11-2018 03:27 AM

zulka replied at 22-11-2018 03:06 PM
apa benda tu X1R ke?..bagi aku tak perlu pun, tu semua utk biz semata mata....logiknya utk apa nk...

Sort of gitu lah engine enhancement. Ok nnt i bgtau dia toksah letak. Mahal juga seliter RM45 dia charge

eunoia.alpas Publish time 23-11-2018 03:28 AM

zulka replied at 22-11-2018 05:03 PM
ada dua cara yg paling digemari oleh sindiket pembuat minyak tiruan ni...
- campurkan minyak peli ...

I beli sendiri minyak kat shell/petron normally i beli yg 55w/20. Itu pun ada possibility tiruan ke u?

cekgihani Publish time 18-12-2018 08:51 PM

Minyak enjin jenama nasa ok tak? Slalu pegi bgkel dia guna yg tu

zulka Publish time 21-12-2018 12:17 PM

cekgihani replied at 18-12-2018 08:51 PM
Minyak enjin jenama nasa ok tak? Slalu pegi bgkel dia guna yg tu

ok je, ada kawan pakai takde masalahpun {:1_551:}

cekgihani Publish time 26-12-2018 10:37 PM

shermanlee0312 replied at 26-12-2018 10:23 PM
Saya pernah gunakan dahulu tapi rasanya fungsi dia agar biasa sahaja dan sekarang saya sedang guna ...

Oo shell ye. Nanti sy cuba.
Sy xtau sgt psl minyak.
Cuma kalo dh cukup kilometer sy akan servis

zulka Publish time 27-12-2018 08:27 AM

cekgihani replied at 26-12-2018 10:37 PM
Oo shell ye. Nanti sy cuba.
Sy xtau sgt psl minyak.
Cuma kalo dh cukup kilometer sy akan servi ...

itu semua promoter shell memangla dia kata shell bagus....;P taktau la forum cari ni shell ada sponser kot, berleluasa kat forum ni...

icedlatte7 Publish time 27-12-2018 10:50 AM

serius x pernah ambil tahu pasal minyak hitam ni.. kalau g servis pun hntr kete pastu blah buat xtaw.. cukup milage, g hntr servis lagi.. leps tu selalu dgr org kata pilih minyak hitam yg baik.. ade suggestion ke bab tu? thanks share ye otai.. :)

shermanlee0312 Publish time 27-12-2018 10:50 AM

palmolive replied at 22-11-2018 01:03 PM
kereta bapak aku pernah kering minyak enjin ni

Kering minyak enjin memang bahaya ini nasib baik tak berlaku apa kemalangan, lebih baik ingat tukar minyak enjin dan gunakan minyak enjin yang lebih baik ini penting dan baik untuk enjin kereta juga. Jika tidak enjin kereta mudah rosak.

icedlatte7 Publish time 27-12-2018 10:52 AM

zulka replied at 27-12-2018 08:27 AM
itu semua promoter shell memangla dia kata shell bagus.... taktau la forum cari ni shell ada spo ...

shell ade minyak hitam ke? ape lah noob sgt ni x tahu,.. ingt shell tu yang pam minyak mcm petron ke, petronas ke.. haha

icedlatte7 Publish time 27-12-2018 10:55 AM

shermanlee0312 replied at 27-12-2018 10:50 AM
Kering minyak enjin memang bahaya ini nasib baik tak berlaku apa kemalangan, lebih baik ingat tuka ...

haaa betul ke????? igt minyak hitam tu tak kisah tukar bila tapi dia tetap ada dalam tangki tu. rupanya boleh kering juga ye. :shakehead3:

shermanlee0312 Publish time 27-12-2018 10:56 AM

icedlatte7 replied at 27-12-2018 10:50 AM
serius x pernah ambil tahu pasal minyak hitam ni.. kalau g servis pun hntr kete pastu blah buat xtaw ...

Mestilah perlu tahu tentang minyak hitam ini kerana salah satu penting ilmu dengan kereta dan dapat tahu bila perlulah tukar. Minyak enjin ini mungkinlah ada palsu dekat pasaran kerana banyak orang juga ingat tak pentingnya barang ini. Tapi minyak enjin yang palsu akan rosakan enjin kereta.
Pages: [1] 2
View full version: Pemeriksaan Minyak Enjin


ADVERTISEMENT