Raul Publish time 4-6-2003 10:24 PM

[MERGED] -- Birth Control Pil

eh ni nak tanya la... i'm doing research on birth control pills... so i need a comment or info about diane35... kenapa diane35 tu tak leh diambil oleh lelaki? and kalau lelaki makan apa akan jadi kepada dia? aku dah banyak baca about this tapi hampeh tak paham la sebabnya... dr tolong la jawabkan.. atau sesapa yg mahir...

[ Last edited by Acong on 20-2-2004 at 02:41 PM ]

[ Last edited by DARSITA at 6-2-2006 11:07 AM ]

Malena Publish time 9-6-2003 01:33 AM

mana doctor ni???!!!
tolong la jwb!!

kenari Publish time 9-6-2003 09:34 AM

pil kesuburan

Hi doc!

Bila waktu yg sesuai utk ambil pil kesuburan? Samada lebih period atau 1st day period?

ukey dukey Publish time 19-6-2003 11:36 PM

entah la malena.. mana dr ni??

sekadar nak tanye???
why lelaki nak ambik diane ni plak???
kan dier birth control
so...???
lelaki bole gune ka??
(garu pala sat:re:)

mbhcsf Publish time 20-6-2003 01:52 AM

hmmm..

laaa...diane 35 ...
itu combined contraceptive pills ke? kalau ia mana works for guys ..sebab ..laa.asic lah..physilogyreproductive organ berlainan...maksudnya female ade oestrogen and progesteron..laki testosterone and ..ntah lupa physiology..
pada perempuan ia ade involvenmt dgn keadaandlm uterus ..maksud saya secara mudah pill tu ade effect pada persekitaran uterus ...dan ade involement master gland ( pituitary jugak)..welll ni kena baca dulu ..
apekag function reproductive organ
cara bilogy setiap organ tu kitar haid pun kena tau...
barulah cakap pasal ubat - ubat nie..kalau tak..nanti you tak faham..mafflah terkasar bhs ..tapi tulah...kita fahamkan dulu key??

mbhcsf Publish time 21-6-2003 02:51 PM

salam..

Originally posted by kenari at 2003-6-9 09:34:
Hi doc!

Bila waktu yg sesuai utk ambil pil kesuburan? Samada lebih period atau 1st day period?
Dr tak bagi tau ke mase prescribe...eh manejadi nie///

muskil Publish time 24-6-2003 04:27 PM

Pil itu perlu dimakan pada hari ke-5 period hingga hari ke-10. Tetapi jika anda datang period pada bulan berikutnya anda perlu berjumpa doktor dan doktor akan memberi 2 pil lagi dan jika datang period lg anda perlu mendapat rawatan seterusnya seperti pemeriksaan air mani. Kesannya akan terasa pening, loya, sakit badan dan kemungkinan hanya 10% saja dakan mendapat anak kembar.

Jika anda hamil selepas makan pil tersebut anda perlu memberitahu doc anda telah memakan pil kesuburan (jika pemeriksaan dgn doc yg berlainan).

Itu yang saya ketahui daripada doc setelah saya cuba utk mendapat nasihat tentang pil kesuburan ini baru-baru ini.

tizata Publish time 2-7-2003 11:45 PM

pil perancang

hi everybody
1. adakah selamat mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan?
2. adakah apa-apa kesan sampingan.
3. bagaimana cara mengambil pil ini? bila waktu untuk dimakan?
4. dimana pil ini boleh diperolehi?
5. apa nama pil ini dlm bahasa saintifik atau bahasa inggeris?
thanks.

tizata Publish time 2-7-2003 11:47 PM

pil perancang

hi everybody
1. adakah selamat mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan?
2. adakah apa-apa kesan sampingan.
3. bagaimana cara mengambil pil ini? bila waktu untuk dimakan?
4. dimana pil ini boleh diperolehi?
5. apa nama pil ini dlm bahasa saintifik atau bahasa inggeris?
thanks.

mbhcsf Publish time 3-7-2003 10:23 AM

wow

salam,
what a good questions you're asking okay wait til th epro venture out their opnions huh klau mcm ni sure specilaist suka ler...
p/s: kenapa sampai 2 posting? awakmemang berminat sugguh ke?harap maaf ini jokes shj...

Dr.Cheah Publish time 3-7-2003 06:43 PM

Pil Perancang

Hello Tizata,

Memang pil perancang adalah satu kaedah yang selamat untuk mencegah kehamilan. Hanya ada beberapa situasi sahaja di mana pengambilan pil perancang boleh membahayakankesihatan. Oleh yang demikian , adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda sebelum membelinya . Ini adalah untuk mempastikan kesesuaian kaedah ini bagi anda.

Antara kesan sampingan pil yang paling biasa adalah sakit kepala dan pening. Jikalau tidak teruk , ia biasanya akan hilang setelah badan menyesuaikan diri kepada pil tersebut. Satu cara lagi adalah untuk menukarkan kepada pil yang mempunyai kandungan estrogen yang lebih rendah. Kegemukan merupakan satu kegelisahan yang utama bagi wanita yang hendak memulakan kaedah ini... Sebenarnya beberapa kajian menunjukkan yang pil sebenarnya tidak menyebabkan penambahan berat badan. Namun seperti biasa , senaman dan pemakanan yang seimbang adalah penting dan patut diamalkan. Untuk jangkamasa panjang, masih kontroversial lagi jikalau pil perancang ini menaikkan risiko barah payudara. Ada kajian yang mengatakan ada kaitan dan ada yang tidak. Namun kebanyakan kejadian barah payudara dikaitkan dengan penggunaan pil melebihi 10 tahun.

Pil ini boleh diperolehi secara percuma dari mana-mana klinik kesihatan kerajaan ataupun di klinik swasta serta farmasi. Ia biasanya dimakan sekali sehari. Bila-bila masa boleh dipilih oleh pesakit sendiri untuk memakan pil ini tetapi pada waktu yang agak-agak sama setiap hari.

Pil Perancang dalam bahasa Inggeris adalah Oral Contraceptive Pill.

tizata Publish time 3-7-2003 11:32 PM

thanks

Originally posted by Dr.Cheah at 2003-7-3 06:43 PM:
Hello Tizata,

Memang pil perancang adalah satu kaedah yang selamat untuk mencegah kehamilan. Hanya ada beberapa situasi sahaja di mana pengambilan pil perancang boleh membahayakankesihatan. Ol ...

hi Dr. Cheah.
terima kasih atas penerangan yang amat berguna ini.

mbhcsf Publish time 4-7-2003 12:48 AM

haaa

Originally posted by tizata at 2003-7-3 23:32:
hi Dr. Cheah.
terima kasih atas penerangan yang amat berguna ini.
mcm nilah org yg bertanggung jawab atas kesihatannya ..good :bg:

anisya Publish time 21-7-2003 10:21 AM

pil perancang

hi everybody....
apa yg selalu saya dengar terdapat pil perancang yg mengandungi 21 biji dan 28 biji yang perlu dimakan setiap hari.

1) ada tak pil perancang yang dimakan seminggu sekali atau sebulan sekali?
2) apakah jenama pil-pil ini?
3) bolehkah pil-pil ini didapati di farmasi?
4) adakah keberkesanan pil ini menyamai pil yg mengandungi 21 biji/ 28 biji?
5) apakah kesan2 sampingan pil-pil ini?

terima kasih.

mix_chinese Publish time 21-7-2003 11:19 AM

anisya u boleh refer kat sini.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=54655

mbhcsf Publish time 21-7-2003 11:30 AM

salam,

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=56863&sid=UokffHEi

anisya Publish time 22-7-2003 02:17 PM

saya dah baca dah forum2 yg diattach tu tapi tak dpt menjawab soalan saya pn... saya nak tahu jenama pil yg dimakan sebulan sekali atau seminggu sekali... mostly yg dlm forum kena makan everyday, tak de yg mention makan pil seminggu sekali atau sebulan sekalil.... anyone gonna help me find this info? dr.?

TQ

mbhcsf Publish time 22-7-2003 02:25 PM

saye rase

Originally posted by anisya at 2003-7-22 14:17:
saya dah baca dah forum2 yg diattach tu tapi tak dpt menjawab soalan saya pn... saya nak tahu jenama pil yg dimakan sebulan sekali atau seminggu sekali... mostly yg dlm forum kena makan everyday, t ...
pi adalh salah satu kaedah yg berkesan...kaalu takmau pill apa yg cube diterangkan adalah kaedah -kaedah lain...tapi
Dr.Cheah boleh jawab
atau call lah hotline LPPKN...

tapi best lah kalau Dr. Cheah menjawab...

anisya Publish time 23-7-2003 11:17 AM

well, memang kalau boleh nak dr. cheah yg jawabkan, dier nye xplaination memang best.... tp.... mcm mana nak dapat peluang dr. cheah yg jawabkan tu? bkn semua topik dr. cheah jawab, selected je kan? menggunakan kaedah lain saya tak berminat.... nak makan pil gak... tp nak pil yg dimakan seminggu sekali atau sebln sekali le(kalau adalah... tp dengar2 memang ada dipasaran.., tp tak tahu jenama apa.... tanya dr. lain dia kata tak de.... tu yg pelik tu...cuma yg ada yg kena makan everyday tu....)

LPPKN nyer hotline no. apa?

Acong Publish time 23-7-2003 08:10 PM

Originally posted by anisya at 21-7-2003 10:21 AM:
hi everybody....
apa yg selalu saya dengar terdapat pil perancang yg mengandungi 21 biji dan 28 biji yang perlu dimakan setiap hari.

1) ada tak pil perancang yang dimakan seminggu sekali atau s ...

Ni lagi best! Kalu malas nak makan pil, boleh pakai IUD. Selain itu ada cara lain dengan mendapatkan suntikan hormon... (bukan buat lawak tau!)
http://www.plannedparenthood.org/LIBRARY/BIRTHCONTROL/EmergContraHistory.htm

Last skali, sebelum nak try apa-apa kaedah, dapatkan khidmat pakar sakit puan atau doktor bertauliah
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [MERGED] -- Birth Control Pil


ADVERTISEMENT