CARI-MAMS Publish time 19-11-2018 10:07 AM

Pertama Kali Ke Macao? Ini Aktiviti Dan Acara Yang Tidak Boleh Anda Lepaskan, Pa

Anda berkira-kira untuk bercuti ke luar negara? Mencari destinasi yang moden dan dalam masa yang sama memiliki banyak tapak tinggalan sejarah?


Apa kata anda jejakkan kaki ke Macao, sebuah kota unik kerana menggabungkan tradisi dan budaya Portugis dengan masyarakat setempat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208yguugibligvbul3l.jpg



Terlalu banyak yang menarik di sini, terutama bagi anda yang pertama kali mahu ke Macao. Pasti mengujakan bila dikatakan di sini tersimpan pelbagai tapak warisan sejarah yang diiktiraf oleh UNESCOdi samping bandar metropolitan yang menempatkan bangunan moden pencakar langit.


Begitu juga dari segi makanan, Pada tahun 2017, Macao dinobatkan sebagai UNESCO Creative Cities Network (UCCN) dalam bidang gastronomi. Hidangan Macanese, hidangan Cina, hidangan Halal, Restoran Michelin dan snek tempatan boleh didapatkan di kota ini. Antara yang paling mendapat sambutan ialah tat telur Portugis. Anda boleh dapatkannya dengan mudah kerana ia dijual di kebanyakan tempat kunjungan pelawat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208v68lyb8m2zd80dbr.jpg





Mak Mak dan pelbagai aktiviti di Macao


Jom teroka kota ini dengan mengikut jejak Mak Mak! Mak Mak diinspirasikan daripada salah satu bangunan paling ikonik di Macao iaitu Guia Lighthouse.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208b09dw58zd0id98j8.png



Maskot comel ini merupakan seekor spoonbill yang mempunyai wajah gelap, dan turut mendapat sentuhan warna merah, kuning dan biru yang menjadi simbol kepada sejarah Macao di bawah Portugis suatu ketika dahulu.


Maskot Mak Mak ini, bertujuan membantu para pelancong mengenali lebih banyak warisan sejarah dan juga pelbagai aktiviti di Macao. Berikut merupakan aktivitidan perayaan yang berlangsung di Macao yang tidak harus anda lepaskan.


Acara dan Perayaan


1. Festival Cahaya Macao 2018
Tarikh: Dis 2- 31, 2018


Festival ini bakal berlangsung dari 2 hingga 31 Disember ini bermula jam 7 malam hingga 10 malam setiap hari. Pengunjung bukan sahaja dipaparkan dengan persembahan cahaya malah dengan elemen seperti gastronomi, kemanusiaan, budaya, kreativiti dan sebagainya. Anda juga dapat menikmati persembahan yang memaparkan budaya 'Barat bertemu Timur' Macao dan juga kisah zaman kanak-kanak di sini yang penuh nostalgia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209py7zlg8dklytsgyy.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209pk0xmp0zmxq34tgm.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209rsnwwwszrutvvs52.jpg





2. Anugerah & Festival Filem Antarabangsa Macao Ke-3
Tarikh: Dis 8-14,2018


Satu lagi acara hebat yang bakal berlangsung pada Disember ini bermula dari 8 hingga 14 hari bulan Dis. Terdapat lebih 50 filem Cina dan juga Eropah, termasuk 14 filem Macao yang dipertandingkan sepanjang festival ini. Filem File mini akan ditayangkan di Macao Cultural Centre, Macau Tower Convention and Entertainment Centre dan Cinematheque・Passion. Anda boleh mendapatkan tiket di www.macauticket.com.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209fgr0itjqj7igtp74.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/100001rcmj6nw6qzn48kmq.jpg





3. Perarakan Antarabangsa Macao
Tarikh: Dis 16, 2018


Meriah dan juga penuh dengan persembahan seni yang hebat! Acara ini dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Kebudayaan Macao membolehkan para pengunjung bukan sahaja berhibur malah menghargai kepelbagaian budaya serta kreativiti yang ditonjolkan oleh kumpulan seni tempatan di sini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209mg48g2b3j8rn6zn3.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095210b051a0dna7g55yd0.jpg




4. Perarakan Menyambut Tahun Baru Cina
Tarikh: Feb, 2019


Ia merupakan salah satu aktiviti utama di Macao yang diadakan dengan tujuan meraikan dan juga mempamerkan sambutan Tahun Baru Cina kepada pengunjung dari seluruh dunia. Ia disertai lebih 1,000 peserta yang merangkumi pelbagai pertunjukan pentas dan bunga api. Anda juga boleh menikmati keindahan perarakan kereta berhias yang pasti mengujakan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209ghegmphdm06qhl20.jpg




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095209pxt14ttx1dht4eqt.jpg



5. Festival Seni Macao
Tarikh: Apr/Mei, 2019


Dianjurkan pada awal musim panas sekitar bulan April hingga Mei, di sinilah acara yang menghimpunkan aktiviti seni seperti teater, tarian, muzik, sarkas dan pelbagai lagi. Antara yang menarik termasuklah Opera Cina, muzik klasik Barat, muzik dan drama Cina dan banyak lagi. Istimewanya, festival ini disertai bukan sahaja penghibur tempatan malah dari seluruh dunia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095210k7jiqi1f6sfxs0j7.jpg



6. Taman Tema Planet J


Planet J merupakan pusat hiburan live-action role-playing (LARP) yang sesuai untuk semua peringkat umur. Di sini, terdapat lapan zon dengan lebih 200 aktiviti permainan yang menarik belaka termasuklah permainan AR dan VR. Anda boleh bermain secara individu mahu pun berkumpulan dengan peserta-peserta lain. Sudah tentu menyeronokkan!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095448v1g4el1d8ll4h1gy.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095448jjdp8n1ppqr3q3jo.jpg




7. Pusat Sains Macao


Tak lengkap kunjungan ke Macao jika tidak menjejakkan kaki di Pusat Sains Macao. Dibina pada keluasan 20,000 meter persegi, pusat sains ini terdiri daripada Pusat Pameran, Planetarium dan Pusat Konvensyen. Bukan sahaja kanak-kanak malah sesiapa pun akan kagum dengan persembahan dalam bentuk 3D di Planetrium. Pengunjung akan dibawa mengembara seperti berada di ruang angkasa yang sebenar.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095210i75o5ubbuv7xv88q.jpg



8. Golden Reel


Unik dan sangat mengagumkan, Golden Reel ini digantung antara menara hotel berkembar Studio City dengan ketinggian 130 meter. Memang mencabar keberanian anda, ia juga merupakan Ferris roda angka-8 paling tinggi di dunia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208nqztj5eusxjectwe.jpg



9. Menara Eiffel dan Pertunjukan Lampu


Tidak harus dilepaskan, menara Eiffel yang terletak di The Parisian Macao mempunyai ketinggian 162 meter dengan dek tinjau di tingkat 7 dan 37. Anda hanya perlukan masa 40 saat sahaja untuk ke atas dengan menaiki lif dan seterusnya dapat menikmati pemandangan indah Macao dan Cotai Strip. Sudah pasti ia menjadi lokasi selfie yang anda impikan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095210t24uiz1yuuu1sddn.jpg



10. Monkey King


Pertunjukan Monkey King ini bukan satu persembahan biasa kerana ia dibawakan dengan kesan 3D yang canggih, unjuran skrin LED, pemetaan video dan kesan lampu yang kreatif. Bagi penggemar watak atau kisah Monkey King, anda boleh menontonnya di Sands Cotai Theater, setiap Jumaat hingga Rabu bermula jam 8 malam hingga 9.20 malam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208fx0tttn3csk3cn0x.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/19/095208c7sxryrw7n287s22.jpg



Memang sangat menarik, kan? Jadi, apa lagi anda boleh masukkan Macao ke dalam wishlist seterusnya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook dan Youtube Macao Tourism Malaysia!


Facebook: https://www.facebook.com/MacaoTourismMalaysia
Youtube: MYMacao TV

syue86 Publish time 19-11-2018 02:44 PM

kena pegi balik macau..dulu pegi hujan sehari suntuk

Artemesiaa Publish time 19-11-2018 03:10 PM

Tengok monkey king show the best.Belah malam boleh layan lampu2.Siang hari boleh tengok area tinggalan sejarah.Sebab banyak kasino je kat sana sampai ramai tak tahu banyalk je tarikan lain ia ada.Kalau dari HK pun senang dah ada jambatan baru selain naik ferry.

redbullax Publish time 19-11-2018 03:59 PM

kena pergi ni ke macau!


instant shawl
dekorasi ruang tamu

sakit jantung

Abot Publish time 20-11-2018 09:46 PM

aritu g hk,pastu konon nk daytrip ke macau sesat barat aku.stress diorg x leh english.. pastu org2 die x frendly lgsung.

fushimi Publish time 21-11-2018 11:45 AM

Abot replied at 20-11-2018 09:46 PM
aritu g hk,pastu konon nk daytrip ke macau sesat barat aku.stress diorg x leh english.. pastu or ...

aku gi macao aman aman je

nak nak bebudak casino very help

pokokbunga Publish time 21-11-2018 12:12 PM

macau ni waktu malam dia veryyyyy the meriah, penuh dgn cahaya warna warni..ala ala las vegas...siang dia totally different.. tapi bagi aku, jejak sekali sini dah cukup kot..no repeat for me:$

tina^^ Publish time 26-11-2018 11:21 AM

pokokbunga replied at 21-11-2018 12:12 PM
macau ni waktu malam dia veryyyyy the meriah, penuh dgn cahaya warna warni..ala ala las vegas...sian ...

sama!!

merasa jejak sekali sudah. nak repeat tak kot.
Pages: [1]
View full version: Pertama Kali Ke Macao? Ini Aktiviti Dan Acara Yang Tidak Boleh Anda Lepaskan, Pa


ADVERTISEMENT