willow12 Publish time 18-11-2018 09:12 AM

Slot Tiara : SELAFAZ CINTA [Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah] ber



Drama Selafaz Cinta bakal mengisi slot Tiara menggantikan drama Cinta Tiada Ganti. Drama rantaian 60 episod ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya. Menampilkan lakonan Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan dan ramai lagi. Bakal menemui penonton bermula 27 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

JUDUL : SELAFAZ CINTA
JUMLAH EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN TV : Slot Tiara - Astro Prima 105 & Maya HD 135
PENGARAH : Pali Yahya (Mohd Fazli Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading

Saharul Ridzwan sebagai Reza Ammar
Syatilla Melvin sebagai Zahratul Jannah
Puteri Aishah asebagai Liza Liyana
Aqasha sebagai Ustaz Jihad
Fezrul Khan sebagai Irsan
Riz Amin sebagai Ditto
Sharifah Sakinah sebagai Jasmine
Haris Ismail sebagai Ustaz Fakih

SINOPSIS SELAFAZ CINTA
Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

willow12 Publish time 18-11-2018 09:17 AM

Aqasha jadi ustaz.. :C

chinta89 Publish time 18-11-2018 10:17 AM

x tertarik nk tonton huhu

eunoia.alpas Publish time 18-11-2018 11:13 AM

Hallaaaaa pelakon2 semua tak best. Turn off laaaa

beta_carotene Publish time 18-11-2018 11:27 AM

Wow plot n storyline very lain dari yg lain

cahaya_almas Publish time 18-11-2018 11:44 AM

Igt.tadi hero aron aziz....mata i dh rabun rasanya nie....haha....citer ni ala2 cinta husna n shah....hehe

onexox97 Publish time 18-11-2018 01:37 PM

dah napa citee asek skandal mandal bagai ni

pisangbanana Publish time 18-11-2018 01:54 PM

Pelakon2 utama membosankan

melnanzz Publish time 18-11-2018 03:42 PM

cahaya_almas replied at 18-11-2018 11:44 AM
Igt.tadi hero aron aziz....mata i dh rabun rasanya nie....haha....citer ni ala2 cinta husna n shah.. ...

Ha ah kan. Kalau satu hari nanti SR ni berlakon watak adik AA pun sesuai

melnanzz Publish time 18-11-2018 03:43 PM

Kisah cinta tigasegi dalam drama ni ada similarity dengan drama Saharul-Zahirah-Niena yang lepas.

Temenung Publish time 18-11-2018 05:07 PM

Aiyyoo mcm sama je jln citer JBC.saharul main watak berskandal jugak ;P

willow12 Publish time 18-11-2018 08:27 PM

Edited by willow12 at 18-11-2018 09:16 PM

Saharul ni yg slack dia ni ialah dialog dia selalu monotonous. Sbb tu boring. Aku rasa dia ni kena pi kelas mcmna nak project voice dia biar ada dinamik sikit. But actually he improves a lot cuma bila kerapdpt projek drama yg sepesen aje maka it will be same old same old.

syafarah_2k Publish time 18-11-2018 10:14 PM

Jalan cerita sama ja :dizzy:..laki org jatuh cinta dgn pompuan lain...ulang2 hat tu jah..smp abg jamil mampos! :mad:

nooriesz Publish time 19-11-2018 12:10 AM

sinop da best sgtt..
tp pelakonnyeee tu xtau la boleh hadam ke x..

FY08 Publish time 20-11-2018 07:18 PM

adaptasi dr drama mana?

willow12 Publish time 20-11-2018 10:23 PM

FY08 replied at 20-11-2018 07:18 PM
adaptasi dr drama mana?

Ntah nye. Iols tak ketahuan.

willow12 Publish time 28-11-2018 06:19 PM

Saharul n satila nmpk mcm hakak n hadek. Tp floles nye muka saharul...

Temenung Publish time 1-12-2018 09:37 PM

Iols ada tgk drama ni wlaupun x semua episod ;P

Geram iols tgk lakonan si hafiz ola bola tu yach jd suami n bapak yg baran n kaki pukul.menjadi la juga lakonan dia.

Memang pelakon drama ni recycle dr JBC hari tu yach wlaupun x semua ;P

ariellin Publish time 2-12-2018 05:32 PM

Tertgk sekejab rituu
Saharul menten kayu kayannn
Rasa mcm nk jerit kat dia suruh dia lontarkan suara dia jgn bagi kedengaran penyek :mad:

stoberibirue Publish time 4-12-2018 01:03 PM

Mampu tengok setakat epi 1 je lepas tu turn off tak mampu nak tifu diri sendiri melihat kekayuan Saharul bila bercakap je flat sungguh :mad:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Slot Tiara : SELAFAZ CINTA [Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah] ber


ADVERTISEMENT