Cari-Nora Publish time 16-11-2018 04:48 PM

Makan Ungkep Ubi Kayu, Teringat Zaman Kecil-Kecil Di Kampung Dulu

Tak pernah dengar nama makanan ni? Ungkep ubi kayu sebenarnya sejenis makanan orang-orang di nusantara.


Bagaimana cara nak masak ungkep ubi kayu? Baca cara-caranya di bawah!


Bahan-Bahan:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/16/160409y9d8qx5gqh0nexle.jpg


500 gram ubi kayu (Dipotong kecil)
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
(Bawang merah, bawang putih & bilis dikisar bersama)
2 sudu makan serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/16/160858cpjnkdk3zs8sknz1.jpgFoto: myresipi.com


Cara-Cara:
Basuh ubi kayu dan tuskan airnya.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk ketumbar sehingga wangi, dan pecah minyak.
Masukkan ubi kayu, air, serbuk kunyit, dan garam. Kacau rata.
Tutupkan kuali. Masakkan sehingga ubi empuk dan pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.



Menarik. Sekali-sekala masak ni dan hidangkan kepada ibu anda, mesti dia suka! -CARI

imransulaiman Publish time 17-11-2018 11:05 AM

Ganti dengan ubi manis boleh ke? Nampak sedap {:give

redbullax Publish time 19-11-2018 03:12 PM

sedapnya....

dekorasi ruang tamu

instant shawl

sakit jantung

mizziaz Publish time 27-11-2018 01:06 PM

Tak pernah try yang ni. Selalu buat rebus, goreng je.

kucing02 Publish time 28-11-2018 11:53 AM

ubi kayu ni rebus pon dh sedap
Pages: [1]
View full version: Makan Ungkep Ubi Kayu, Teringat Zaman Kecil-Kecil Di Kampung Dulu


ADVERTISEMENT