auntyaya Publish time 14-11-2018 03:44 PM

Finally!! ~~ Laluan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands dalam kajia

Akhirnye... nak jugak diaorg pikirkan jln2 alternative.. tolong lah percepat kan. CH ada lah tempat lepak ku !!{:mlturn:}

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.787246.1542179909!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg

                     KUALA LUMPUR 14 Nov.- Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk membangunkan jalan pintasan Cameron Highlands sebagai laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serius di daerah itu khasnya semasa musim cuti.
                     Timbalan menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata cadangan jalan pintasan Cameron Highlands bagaimanapun perlu diteliti terlebih dahulu melalui kajian kebolehupayaan (feasibility study).

   “Kajian ‘feasibility’ perlu dilaksanakan terlebih dahulu dengan mengenal pasti beberapa daya maju projek dan setelah kajian ini selesai kerajaan perlu memperuntukkan sumber kewangan untuk menampung kos projek ini. “Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan projek naik taraf dan melebarkan jalan persekutuan FT 59 Jalan Ringlet ke Blue Valley. “Kementerian Kerja Raya akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk mengenal pasti peruntukan kewangan diperlukan supaya projek ini dijalankan sebelum 2020,” katanya menjawab soalan Datuk Sivarraajh Chandran (BN-Cameron Highlands) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Terdahulu, Kamarudin berkata laluan persekutuan FT 59 merupakan satu-satunya jalan menghubungkan pekan-pekan utama di daerah Cameron Highlands - Ringlet, Habu, Tanah Rata, Brinchang, Teringkap, Kuala Terla, Kampung Raja, Blue Valley sehingga ke Simpang Pulai, Perak. Laluan berkenaan telah sampai ke tahap kapasiti maksima dan tidak mampu menampung aliran trafik yang tinggi pada waktu hujung minggu, cuti persekolahan dan cuti umum. Selain itu, kementerian juga akan menilai semua perkhidmatan bas dengan kini hanya sebuah syarikat pengendali bas henti-henti di laluan Tanah Rata, Kampung Raja dan Blue Valley menawarkan perkhidmatan dengan 19 trip setiap hari yang digunakan purata 200 pengguna sahaja. Di seluruh daerah hanya ada 151 permit teksi kereta sewa yang aktif beroperasi dan perkhidmatan e-hailing. “Jelas peningkatan pengangkutan awam harus jadi sebahagian strategi menangani masalah lalu lintas di Cameron Highlands. Ini adalah alternatif bagi pengunjung untuk menggunakan pengangkutan awam. “Punca kesesakan adalah daripada kereta-kereta pelancong yang mengunjungi daerah itu pada cuti umum dan cuti persekolahan,” katanya.- BERNAMA      
            

CiliPadiSedap Publish time 14-11-2018 04:03 PM

ok xlama lg cameron hilang sejuk.. ramai naik bukit...lps ni nak sejuk kena naik kinabalu...

manehnya Publish time 14-11-2018 04:13 PM

serik aku naik time weekend.. x enjoy langsung, abih masa dlm kereta ajer... jemmm!!

auntyaya Publish time 14-11-2018 04:18 PM

manehnya replied at 14-11-2018 08:13 AM
serik aku naik time weekend.. x enjoy langsung, abih masa dlm kereta ajer... jemmm!!

kannnn .. tobat di buatnye!!

mizruncing Publish time 14-11-2018 05:06 PM

elok laa. tiap weekend je jem. smpai jem pale otak iols nk naik sane dh. smpai hubby pn bising sbb ade 1 part naik bukit sbb jem clutch dia smpai tak blh nk press sbb dh panas sgt kot asyik pump je kt jln jem. tmpt best tp mengenangkan jem yg takde berpenghujung trpksa putuskan niat nk ke CH.

mujer_in_espejo Publish time 14-11-2018 05:22 PM

Sama la dgn kundasang.. asal cuti sekolah je jln sesak.:dizzy:
Pages: [1]
View full version: Finally!! ~~ Laluan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands dalam kajia


ADVERTISEMENT