auntyaya Publish time 14-11-2018 02:02 PM

CANTIK KAH ?? ~~ Dilema seorang wanita berwajah cantik


http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.598853.1517141371!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg
                     KALI pertama memandang wajahnya, terdetik dalam hati betapa bertuah pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 26, atau Nadiyah Shahab ini kerana memiliki raut muka idaman semua wanita. Hidung mancung bak seludang. Bibirnya bak delima merekah. Giginya putih bak mutiara dan tersusun bak sebaris pinang. Langsung tak ada cacat celanya.
                      Hinggakan ada pihak menyamakan wajah anak kelahiran Singapura ini seperti anak patung Barbie. Itu satu penghormatan daripada pihak luar untuk membayangkan betapa jelita seseorang wanita itu. Namun di sebalik kata-kata pujian itu, kedengaran juga kata-kata kurang senang tentang keaslian wajah miliknya.http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.598856!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_1000/image.jpg

Benarkah wajah anggun yang dimiliki pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang sedang ditayangkan di televisyen ini benar-benar asli atau sebaliknya? Ini kerana semakin lama direnung wajah pemegang watak Tengku Natasha dalam drama yang sama, memang seperti ada yang tidak ‘kena’.“Saya tidak akan layan isu sama ada wajah saya asli atau tidak. Sebab utamanya, saya tahu apa yang terjadi pada diri ini. Semuanya adalah asli, bukannya ‘plastik’ seperti mana yang diperkatakan segelintir pihak.http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.598859!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_1000/image.jpg“Janganlah disebabkan wajah saya dikatakan mirip dengan usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah azali. Walhal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” tegas Nadiyah berhubung isu yang sedang diperkatakan ramai ini.Jauh dari sudut hati, Nadiyah berbangga kerana memiliki darah kacukan Arab dan Jawa yang diwarisi daripada kedua orang tuanya yang kini menetap di Kota Singa. Fakta keturunan keluarga itu yang menjadi pegangan jika masih ada lagi pihak yang tetap mempertikaikan keaslian wajahnya.Sentiasa bersyukur dengan kurniaan wajah yang sempurna, anak kedua daripada dua adik beradik ini juga sudah berjanji untuk menggunakan anugerah dimiliki ke arah kemaslahatan dirinya sendiri tanpa mencalarkan nama keluarga.“Saya bukan jenis yang bersolek 24 jam seharian hingga tak boleh berpisah dengan mekap. Ada hari tertentu, saya bebas daripada barangan mekap. Saya memahami glamor yang diraih adalah komitmen profesion semata-mata.“Ketika bersama ibu, Norlizah Hassan dan adik, Syed Adni serta kawan-kawan rapat, saya jadi orang biasa saja,” kata Nadiyah yang berbesar hati untuk berkongsi gambar keluarganya secara terbuka tidak lama lagi.Mahu berhijrah ke MalaysiaSELEPAS dua tahun berulang-alik dari negara kelahirannya ke Malaysia, pelajar undang-undang di Universiti of London di Singapura ini mengakui berasa penat untuk menguruskan proses dokumentasi di Tambak Johor, Johor saban hujung bulan.Kekangan kerja yang tidak menentu menyebabkan Nadiyah perlu merancang dengan sebaik-baiknya jadual kerja agar dia tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memastikan urusan kerjanya berjalan lancar.“Entahlah sejak kebelakangan ini perjalanan hampir lima jam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru semakin memenatkan. Dah terasa terlalu lama duduk dalam kereta itu. Tapi saya tak boleh mengeluh kerana Malaysia tempat saya mencari rezeki.“Atas sebab itu saya bercadang untuk berhijrah ke negara ini selepas berkahwin hujung tahun ini. Tengoklah macam mana nanti. Kalau saya masih diterima lagi dalam industri hiburan,” kata pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini lagi.http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.598861!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_1000/image.jpgPada 13 Januari lalu, Nadiyah dan pelakon Nur Ali Nadzwan, 27, atau Ben Ali bertunang pada satu majlis di Singapura. Majlis pertunangan tersebut turut dihadiri rakan artis, Uqasha Senrose dan dua lagi adiknya, Nellydia dan Raisya.      
            
                                                                           




umbut Publish time 14-11-2018 02:47 PM

Berlengas muka ngan foundation

isteri_ayil Publish time 14-11-2018 03:00 PM

artis indon yg mix blood lagi cantik..

tagas Publish time 14-11-2018 09:50 PM

time jd host travel asia @astro dulu berkerak jer :C

EvieWanKenobi Publish time 18-11-2018 07:10 AM

Janganlah disebabkan wajah saya dikatakan mirip dengan usahawan kosmetik tertentu,

sape? tok Vida ke?:o

carly_lah Publish time 23-11-2018 07:46 PM

cantik ke? mekap tebal 5 inci...

virgocircus Publish time 26-11-2018 10:42 PM

Why tak ori cantik dimatamu bukan dimataku. :shutup:

PU-ndan Publish time 28-11-2018 07:43 AM

cubaan nak associate nama dgn kecantikan tak berjaya. kesian reporter ni.

annehuda Publish time 28-11-2018 04:54 PM

silap board ke dik nimcm nk citer psl artis je

BlueRose99 Publish time 13-12-2018 04:34 PM

Chantek ke macam tu?! {:runo

purpledesire Publish time 14-12-2018 09:11 PM

ermm..yg nie lagi cantik..huhuu :D :D


http://hallobogor.com/wp-content/uploads/2016/03/Margaret-Wang-524x350.jpg

BlueRose99 Publish time 26-12-2018 10:56 AM

Mr Husband kata ni chantek! Hurmmm..

yellowfish Publish time 31-12-2018 01:18 PM

Biasa je kot...
Pages: [1]
View full version: CANTIK KAH ?? ~~ Dilema seorang wanita berwajah cantik


ADVERTISEMENT