Cari-Zidni Publish time 8-11-2018 04:25 PM

Jujurnya, Lelaki Tetap Akan Pandang Rupa Cantik Dulu Bila Cari Calon Isteri

Dalam mencari pasangan hidup, kebanyakan orang akan mempunyai beberapa kriteria lelaki atau perempuan idaman. Bagi seorang lelaki, semestinya ramai yang inginkan isteri yang cantik, lemah lembut dan pandai menjaga hati mereka. Begitu juga sebaliknya, perempuan amat memerlukan lelaki yang bukan sahaja elok rupa paras tetapi seorang suami yang bertanggung jawab.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/092817q7z1617xhd6x7h6r.jpg
Kredit foto: Google (Gambar Hiasan)


Dalam Islam, ada empat kriteria yang wajib diletakkan jika seseorang ingin mencari pasangan hidup iaitu dengan melihat ketaatan seseorang itu pada agama, keturunannya, kecantikan atau ketampanan dan harta yang dimiliki. Yang paling utama, pilihlah wanita atau lelaki yang taat kepada agama, barulah diikuti dengan yang lain. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini, ramai dalam kalangan kita yang lebih tertarik kepada rupa paras bak kata pepatah, 'dari mata, turun ke hati'.


Seorang penguna twitter ini telah memuat naik satu status bagi memberi respon kepada status seorang pengguna twitter yang lain. Dia tidak bersetuju apabila lelaki tersebut beranggapan kebanyakan lelaki akan memandang pada sikap terlebih dahulu berbanding rupa seorang wanita yang ingin dijadikan pasangan. Dia sejujurnya mengakui akan melihat kepada rupa terlebih dahulu dan barulah mengenali sikap seorang wanita.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093119vtk0t1tnoo5pw6fs.png


Pilih isteri pun macam pilih baju


Kebanyakan netizen bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh lelaki ini. Ibarat kita memilih baju yang ingin dibeli, semestinya kita akan mencari yang paling menarik dan cantik pada pandangan mata, barulah mencuba dan membelinya. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup. Kecantikan dan ketampanan adalah sesuatu yang akan dilihat terlebih dahulu berbanding dengan sikap seseorang.   
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093357v6rq3vkll73qqjaz.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093405z7iiqq01uzzuq767.png


Macam tak adil pula!


Ada netizen yang merasakan ia tidak adil jika rupa seseorang menjadi kayu ukur dalam memilih pasangan. Memang kesianlah kepada sesiapa yang tidak mempunyai rupa paras yang cantik atau tampan tetapi mempunyai hati budi yang baik. Tetapi, benarlah kata lelaki ini. Cantik itu subjektif!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093559wfk7x3ccos333cfo.png


Kalau dah tua, masih sayang ke?


Bagaimana pula jika rupa yang cantik itu tiba-tiba bertukar hodoh? Adakah pasangan akan menerima dan tetap menyayangi pasangannya seperti dulu? Netizen ini cuba mendapatkan jawapan daripada lelaki ini kerana dia dengan jujurnya lebih mementingkan rupa paras berbanding sikap dalam mencari jodohnya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093725k6kkt3vtmwvpwu7w.png




Ada yang jatuh cinta bukan kerana rupa

Tetapi ada netizen lelaki yang tidak bersetuju dan lebih mementingkan sikap berbanding paras rupa. Tetapi dibalas dengan kata-kata daripada netizen ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/093841r8fyymgnvhy8r66y.png


Masing-masing ada pilihan tersendiri


Biasalah tu, masing-masing mempunyai kriteria tersendiri. Netizen wanita ini juga mengaku yang dia akan melihat kepada rupa lelaki yang ingin dikenalinya dengan lebih rapat. Tetapi, ada netizen yang tidak memandang rupa tetapi sukakan lelaki yang kelakar biarpun rupanya biasa-biasa sahaja.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201811/08/094059ec53pzgtw31fpnc5.png




Apa-apa pun, ia terpulang pada pandangan masing-masing. Jika rupa paras yang menjadi keutamaan, terimalah apa jua sikap pasangan yang dipilih dengan hati yang terbuka. Kebahagiaan seseorang terletak pada hati yang ikhlas dan menerima apa jua kelebihan dan kekurangan pasangan. Setuju tak? - CARI

Victorioussss Publish time 8-11-2018 04:28 PM

Beauty lies in the eyes of beholder la
Xsemua org ckp mira pilza cantikk
Walau i nampak dia cantik

So why border?
Ompompuan pun beli beg nk cantik2 je..beli kasut letak kt kaki pn nak y cantik
So lelaki pn sama la..cume kiteorg letak kt nk hati

Aww

myakayina Publish time 8-11-2018 04:52 PM

taste tak sama la.. mmg lumrah la org suka tengok yg cantik hensem dulu..

RatuDunia94 Publish time 8-11-2018 04:54 PM

Itu lah hakikatnya..mana ada org yg suka benda yg buruk. Semua nk yg cantik.

Levespa Publish time 8-11-2018 05:06 PM

perempuan pun nak laki yg hensem jugak.. sapa la tak suka yg sedap mata memandang kan.. at least yg sedap dipandang di mata masing2.. tapi kalau lelaki hensem tapi tak wise tak boleh jugak.. terus turn off forever

msel Publish time 8-11-2018 05:07 PM

Itu ke definisi sayang dan cinta?
Bak kata twitterian kat atas, “Sayang sebab baik dia,cinta sebab terima buruk dia”
Aku rasa sayang dan cinta tu sama je..ke lain? Ntahla..Haha

Meiizu Publish time 8-11-2018 05:27 PM

aku setuju..meemang pun.sebab cantiklah tertarik nak kenal nak try bercinta.
dah awal2 tengok rupa tak cantik, takjadi nak try..camne nak kenal?
aku rasa itu maksud dia

cinta memang tak kenal paras rupa.
yg tak kenal paras rupa tu may be cinta yg jadi bila dah berkawan lama.

adila39 Publish time 8-11-2018 05:35 PM

Edited by adila39 at 8-11-2018 09:36 AM

Tak berapa setuju

Sebab rata rata wanita yg cantik sgt demanding and some sgt particular bab nak make up la nak dressingla so hal rumah tangga x berapa cekap

Beauty lies on the beholder....xnak cantik.. some muka cantik tapi cepat membosankan. biarla yg sweet sweet..cergas dan cekap..funny and simple simple je..head harded sgt pun pening nak layan...flexible

From observations saya, x semualah...yg cantik akan lebih slow bab mengemas dan memasak and agak cold.

hahahah my own opinion je...


How far u can go with beauty? beauty with brains haaa sangat sexy. Beauty with attitude is charming..beauty with class haaaa sgt tempting...

but overall...hati budi, adab sopan dan agama...well belum level ustazah pun xpe but must have the basic. In islam pun sederhana is always d best.

sekian.

meklalala Publish time 8-11-2018 05:42 PM

subjektif..lain mata lain pandangan..kawan mek cakap syed saddiq handsome tapi bagi mek dia tak handsome..sama juga bila mek cakap neelofa cantik tapi ada certain kawan lelaki mek cakap neelofa tak cantik..

moonbug Publish time 8-11-2018 05:54 PM

Terlalu subjektif hal ni. Kalau semua nak yg cantik/handsome je, ramai la yg tak berpasangan. Tapi Allah dah tetapkan jodoh tu, so kalau mmg jodoh dah tertulis, walaupun kita rasa orang tu biasa je, tapi jodoh dia tgk dia rasa cantik/handsome sampai jatuh cinta. Betul lah beauty is in the eye of the beholder.

nobito Publish time 8-11-2018 06:04 PM

Dah tu kalau muka macam pontianak...batang nye boleh keras ke??????

mystica Publish time 8-11-2018 06:12 PM

i think maksud dia tgk rupa tu bukan la cantik gila ke apa... tapi lebih kpd sedap mata memandang...

cumanya pada i org yg tak hensem lgsg pun. kalau dia baik.. lama2 nampak hensem..

noraidil_06 Publish time 8-11-2018 06:14 PM

I rase cantik tu penting.
Tapi cantik tu apa sebenarnya?
I rase erra Fazira cantik, tp ade yg ckp 'cantik kerrr'

buapakperut Publish time 8-11-2018 06:14 PM

omputih cakap lelaki suka pempuan cantik sebab tu pempuan bermekap,pempuan suka ayat2 manis,sebab tu lelaki membohong.

noraidil_06 Publish time 8-11-2018 06:15 PM

mystica replied at 8-11-2018 06:12 PM
i think maksud dia tgk rupa tu bukan la cantik gila ke apa... tapi lebih kpd sedap mata memandang... ...

Yes.
Kalau baik peelnye.
Jaga kite, apalah sgt paras rupe.

adila39 Publish time 8-11-2018 06:32 PM

nobito replied at 8-11-2018 10:04 AM
Dah tu kalau muka macam pontianak...batang nye boleh keras ke??????

hehehe...larilaaaaa

AbukRokok Publish time 8-11-2018 06:47 PM

ada tu dah kne tipu dengan polis sampai jatuh
still nak cari yg polis juga ( atau abg asekar)

;P

kechikchomel Publish time 8-11-2018 07:00 PM

Kepada zamir mohyedin, terima kasih sebab berkata jujur.
:'(

salmon-suki Publish time 8-11-2018 07:17 PM

Mungkin laa kot..tp so far lelaki y sy jmpe x memandang rupa kot..sbb sy ni x cantik..mujur ler ada seketul dua y minat{:smile
Tp sy x memilih rupa sgt,ckup dia ada hobi/minat y sama dgn sy,humorous sbb nti xdelaa bosan sgt kalau jmpe..hehehe~

noraidil_06 Publish time 8-11-2018 07:32 PM

salmon-suki replied at 8-11-2018 07:17 PM
Mungkin laa kot..tp so far lelaki y sy jmpe x memandang rupa kot..sbb sy ni x cantik..mujur ler ada...

Ye ke x cantik.
Nak gambar pls
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Jujurnya, Lelaki Tetap Akan Pandang Rupa Cantik Dulu Bila Cari Calon Isteri


ADVERTISEMENT