Margarita Publish time 7-11-2018 12:33 AM

Kawan Baik Nak kahwin. Nak bagi Hadiah Apa ??

Edited by Margarita at 7-11-2018 12:34 AM

Hai, semua, sorry lah kalau rasa topik yg sy buka ni bukan masalah peribadi sangat.

Tapi dah 2 hari sy duk fikir nak belikan hadiah apa untuk kawan baik sy yg bakal berkahwin pada bulan 2 tahun depan nnt.

Sy tak nak la bg hadiah yg klise mcm periuk,pinggan,towel,perfume,perkakas dapur tu semua. Sy nak bagi something yg berguna utk dia dan pasangan yg org lain tak bagi.

Budget saya rm300. Tak boleh lebih.

Sy ada terfikir nak hadiahkan penginapan satu malam di hotel2 atau resort yg best. Tapi masalahnya saya takut date yg sy booking kan nnt mereka tak free, membazir pula. Kalau tanya mereka, tak surprise lah pulak. Boleh ke kalau request dengan hotel2 atau resort utk booking 1 bilik dalam tempoh masa tertentu, sy bayar utk booking, biar pengantin yg decide tarikh dia bila, hotel atau resort cuma bagi resit utk tempahan dalam tempoh bulan2 yg tertentu. Tapi mcm tak logik pula sebab hotel n resort mesti lah nak tahu hari apa bila bilik tu di-booking demi kelangsungan bisnes mereka. Lgpun budget sy rm300 je hmmmm

Selain tu sy tak tahu lagi dah nak belikan apa. Kawan sy minat Taylor Swift, kalau TS announced Reputation Tour dia akan perform kat Singapore atau tak boleh la sy belikan awal2...... Tp takut dia pun beli jugak... hishhhhhh

MissVixen Publish time 7-11-2018 12:52 AM

Bagi perkakas dapur berkualiti je. Tambahan kalau kawan tu baru pindah ke rumah baru bersama suami. Duit dah habis buat kenduri. Sekurang kurangnya pemberian tt dapat kurangkan bajet dia untuk isi rumah lepas kahwin. Dia pakai, tt pon dapat pahala. Hadiah tiket konsert tu kejap je pengantin dah lupa.

anarina Publish time 7-11-2018 01:07 AM

Bagi je duit. My kolig dlu all chinese n sume bg ang piw je n direct to me , really appreciate that so i bought what i need instead of dpt redundant items

CiliPadiSedap Publish time 7-11-2018 01:11 AM

:lol: u dah kahwin ke belum? kalau belum tak payah bazir. kalau dah kahwin masuk akaun tabung haji anak u.

orang baru kahwin biasanya tengah sweet2 jadi hadiah paling baik tongkat ali atau kacip fatimah atau kacip vokuru

doubleA Publish time 7-11-2018 01:12 AM

Beli pressure cooker, memudahkan dia kat dapur mesti dia suka sesuai la dengan bajet ko

Margarita Publish time 7-11-2018 01:37 AM

Errrr sy taknak bg perkakas dapur / barang elektronik.... sebab confirm akan ada org bagi jugak nnt... tambahan pulak, kawan saya ni muda lagi, lepas kawen mmg dia dan suami akan duduk rumah parent.. kalau bg perkakas dapur mcm lama lagi dia nk guna...

vanilla_vell Publish time 7-11-2018 01:47 AM

bagi cash@ voucher seng heng

Lagubestbest Publish time 7-11-2018 01:52 AM

Edited by Lagubestbest at 7-11-2018 02:25 AM

300? Romantik.. bagi Mi Band. Bila kawen badan naik. bolehla kapel tu jogging hujung minggu kat taman.
Berguna.. bagi Impact Drill. Masuk rumah baru banyak nak tebuk dinding gantung itu-ini.
Tambahan.. bagi Mi Box 3. Pasangan baru biasanya beli TV murah. Box ni jadikan TV diorang smart tv.
Sejuk.. bagi Water Heater. Kalau ada water heater mmg bersyukur sangat nk mandi pagi.
Playful.. bagi Games. Table games, card games, board games takpun Sunway Lagoon.

emelia1509 Publish time 7-11-2018 03:17 AM

Bagi voucher paling senang skang..Beli je gift voucher sesuai dengan bajet..

Iols memang bagi parkson je..Ikut deols la nak beli ape..Dengan 300 bajet tu ok kot..

Margarita Publish time 7-11-2018 04:55 AM

emelia1509 replied at 7-11-2018 03:17 AM
Bagi voucher paling senang skang..Beli je gift voucher sesuai dengan bajet..

Iols memang bagi par ...

Kat mana nak beli voucher ya?

CiliPadiSedap Publish time 7-11-2018 05:09 AM

doubleA replied at 7-11-2018 01:12 AM
Beli pressure cooker, memudahkan dia kat dapur mesti dia suka sesuai la dengan bajet ko

pressure cooker kena pastikan ada lubang udara kalau x meletup. sis msh trauma lg

CiliPadiSedap Publish time 7-11-2018 05:11 AM

Margarita replied at 7-11-2018 04:55 AM
Kat mana nak beli voucher ya?

dekat shopee ada, dekat website diskaun banyak2 ada, atau tanya forumer. biasa cari kt shopee voucher beli domino pizza

myakayina Publish time 7-11-2018 09:12 AM

bagi voucher or terus bagi je duit rm300 tu. tak yah ko nak pening2 kepala la hai..

weezerfan Publish time 7-11-2018 09:45 AM

Kwn kakak aku bg hadiah microwave masa dia kawen.. Skang dh 10yrs masih elok lagi.. Best gift ever lah tu

LostStar Publish time 7-11-2018 10:31 AM

nak beli voucher tros jek call mana2 tempat yg u nak.. pergi ke customer service dorang pon boleh..

daku time kawan baek kahwin.. daku tanya apa hantaran tak cukop lagi daku sponsor sedulang.. dia kata semua dah cukop.. dah daku cadang sponsor cake utk wedding jek la (dia happy dengan cake aku bg tu, idak la bertingkat pon.. ).. plus bagi g-string sepasang laki bini.. puas at mengenakan kawan.. hehe

moonbug Publish time 7-11-2018 10:36 AM

Kalau nak beli voucher Parkson, AEON, Isetan semua tu, boleh walk in ke dept store tu bahagian customer service and beli je gift voucher tu.

moonbug Publish time 7-11-2018 10:41 AM

Anyway TT sama mcm I, tak suka bagi hadiah cliche :D hotel stay tu sangat menarik and memorable. TT actually u tak perlu book bilik untuk diorang sebab kekangan date etc tu. What u can do is beli hotel gift voucher sama ada room voucher, dining voucher or spa voucher. U boleh just beli voucher ni directly kat hotel tu and bagi kat kawan u, nanti dia boleh redeem sendiri ikut kesesuaian dia. I bagi contoh Majestic Hotel KL u boleh call or email diorang untuk beli voucher as per below link

http://www.majestickl.com/gifts.html

lil_sparky Publish time 7-11-2018 10:47 AM

Set cadar?

lil_sparky Publish time 7-11-2018 10:47 AM

Set cadar?

dekmieDandy Publish time 7-11-2018 11:01 AM

aku bagi member haritu pewangi rumah, dengan ucapan sian bini kau kene tahan hidung
Pages: [1] 2 3
View full version: Kawan Baik Nak kahwin. Nak bagi Hadiah Apa ??


ADVERTISEMENT