seribulan Publish time 6-11-2018 07:57 AM

BODOH SOMBONG...

Bodoh tak mahu diajar. Sombong walaupun tahu diri itu jahil. Susah nak berdepan orang yang ego ni. Kenapa bodoh sombong? Apa perlu dibuat orang yang berfikiran begini?

salmon-suki Publish time 6-11-2018 08:28 AM

Sy jauhkan diri sahaja drpd org mcm ni..i dont need any negative vibes around me:loveliness:

dua_chzy Publish time 6-11-2018 08:34 AM

Akak selalu jumpa stoden sebegini. :lol:

Biasanya akak hentam terus bagitau dia dah la bodoh, sombong namampus pulak tu. Ingat dia pandai sangat? Hapa kelulusan tertinggi dia hada huntok menunjuk pandai depan akak? Takat PT3, baik gi bunuh diri la hidop pon baru sekerat dari akak, lagi mahu tunjuk ego. Gituh akak berceramah. :lol:

Tapi orang dewasa tak berani pulok akak buat sebegitu lagi2 rekan sekerja. Mahu jaga hubungan profesional. Ignore ja la.

noraidil_06 Publish time 6-11-2018 08:43 AM

Wah cik seri, i thought i am r ading title fm any thread in CI. saspen sgt.
Bodoh sombong eh?
Kalau dlm pekerjaan sy, sy jarang jumpe.
Semua berckp berdasarkan fakta & undang-undang.
In real life sy jauhkan diri dr org negatif mcm ni.

KILL_NANCY Publish time 6-11-2018 10:10 AM

lazimnya bodoh sombong ni kita dapat detect masa interview.

masa interview semua pun boleh.lagi2 oral test/exam, macam2 dia mengarut, habis pythagoras theorem, thomas edison, newton kena petik.

sampai practical test, kita bagi dia pegang 3 phase electric power motor control.dia duk wiring star delta, belek2 diagram.kita tunggu dia tanya.satu detik tu saya bertanya, "betul ke normally open/normally close output macam ni?, salah ni."dia boleh jawab kacang je ni.

sampai satu masa ON switch contactor meletup depan muka.biru muka dia.saya terus suruh dia balik.kalau tak tau, bertanya, jangan sombong.everyday is a learning process.janganlah malu untuk bertanya dan buat kepandai sendiri2.nasib baik motor control, kalau suruh tukar capacitor bank, dengan saya2 kena saman sebab dia mati.;P

seribulan Publish time 6-11-2018 02:34 PM

It may boil down to the feelings of inferior and insecure :D

mamamia98 Publish time 6-11-2018 09:57 PM

I pernah kena dengan manusia spesis mcm ni. Mentang2 la i baru beberapa bulan masuk kerja, dia dikira otai dalam company.
Bila dia ada masalah dgn keje, bos suruh tanya i dia boleh membawang dkat officemates yg lain apa kelas nak tanya i sbb i baru masuk kerja. Hello! I baru masuk kerja dkat company tu je, tp dah 12 tahun handle kes yg sama. Last2 buat cara sendiri, kena warning dgn bos.;P;P;P
Kalau jumpa spesis mcm nie, undur diri awal2. Kita bukan rugi apa2 pun kalau x kawan2 dgn spesis ni.

ninja boy Publish time 6-11-2018 10:28 PM

Terutama melayu2 bila Tanya akan kena maki balik ianya xbagus akhirnya jadi bodo sombong pakai agak2 aja.
Zaman ada google ada technology. Boleh Tanya apa saja termasuk check harini tarikh apa.

bellaamsar Publish time 6-11-2018 11:45 PM

Abaikan je orang yg macam tu. Tapi boleh jadi dia takut nk bertanya sebab takut kena marah. Maklumlah, zaman sekarang ni org senang annoyed kalau ditanya apa2..Atau dia memang ego

farlis Publish time 6-11-2018 11:49 PM

Bodoh sombong ;P;P
Tetiba terbayang usahawan melayu juta2 kita yang tersohor
Mostly i boleh kategorikan sbg golongan bodoh sombong..
Bodoh.. sbb betoika ka ko ada pengalaman atas produk korang (esp founder produk timbang kilo bagai).. title doktor betui2 genuine??
Sombong..bila berduit ko rasa apa yg ko buat semua betoii... Org lain semua salah..

Bodoh dan sombong...
Bodoh x boleh di ajar, sombong dan riak mcm dialah raja
i harap golongan mcm ni cpt2 la pupus dr muka bumi


meklalala Publish time 7-11-2018 11:52 AM

bodoh sombong pastu kalau ada masalah kita jugak yang dicari emm

chesfa Publish time 7-11-2018 12:44 PM

Sepatutnya, kalau kita ni kerja bermain2 dengan harmful chemicals, kena ler terima teguran orang bawahan dengan hati yang terbuka, mana tau kita teroverlook. Saya suka bertanya sampai my superior dulu menyumpah, "u ni bodoh sangat, semua nak tanya bla bla blah". Kalau orang diam, cakap berlagak pandai pula. Bila orang tegur dia tersalah dilute solutions, tau pula bengang. Mujur tangan encik tak lesap terhakis kena HF jer :L

Yang penting, kena tanyaaaaaa. Dan orang yang ditanya, jangan kedekut ilmu sangat;P

yangsemb Publish time 7-11-2018 12:50 PM

Tengok juga hubungan & umur kalau2 masih boleh ditegur & diberi tunjuk ajar.
Tetapi sekiranya udah usia2 dipenghujung garisan gitu, ku biarkan aje.....

seribulan Publish time 7-11-2018 05:50 PM

Bodoh sombong selalu dikait dengan perumpamaan 'malu bertanya, sesat jalan'...most of my brothers rela sesat-barat dari berhenti tanya orang...guys memang camtu ye :D

mykasut Publish time 7-11-2018 07:22 PM

Stressnya kalau jumpa orang bodoh sombong
Tambah lagi kalau menunjuk dia pandai
Tambah juga takmo dengar pendapat org... Dia aje yg betul

Makanya janganlah associate dgn org mcm Tu
Nampak aje dia, larilah jauh2
Atau kalau terpaksa sbb bekerja sesama, cakap bila perlu aje lepas Tu lari
Boleh hilang mood kalau jumpa org mcm ni

Unicorn_heart Publish time 7-11-2018 07:42 PM

Too much ego will kill your talent and Ignorance is a feeling that could kill love,friendship and all the good feeling.Luckily,i tak selalu jumpa org yg dahlah bodoh,sombong pula.. However,ada sorang collegue i ni perasan paling pandai,paling berbakat,org lain kira so-so jer bagi dia.Ada masa i bidas kata-kata dia (dengan fact,figures and proof)but mostly,i biarkan jer dia because,whats the point? You cannot change him pun..

Gingerly Publish time 8-11-2018 05:28 PM

Mmm bodousombou ni bg pendapat i la, semua org pn ada.. Sbbnya, setiap org mesti ada rasa dia di landasan betul dalam satu situasi,
Dlm keadaan seseorg rasa dia sdg betul, sdgkn itu cuma sebuah pendapat, yg mgkn ada betul, ada tidaknya. Alasan: sbb bpegang pd prisip, bpegang pd ilmu bertauliah yg dipelajari, bpegang atas pengalaman, pada nasihat org, atau pd kepuasan menyampaikan mesej.
Jd tak kisahla ada org bodsom, sejenis ragam manusia. Warna warni

seribulan Publish time 8-11-2018 05:57 PM

Kalau kdrama, orang bodoh sombong ni la jadi hero @ heroin. Kiut je perangai, maklumlah muka elok surgery...ops...

nadna Publish time 9-11-2018 11:03 AM

Ada kat sini orang macam ni...Dah la bos,orang tegur salah marah balik

shailyvelera Publish time 9-11-2018 11:29 AM

Bodoh Sombong ni kadang bukan bodoh pun orangnya, tapi sebab terlampau rasa diri tu pandai tu yang jadi BODOH SOMBONG tu. Dia je yang betol, dia je yang takda salah. Ofcoz la tak boleh ditegur sbb tula orang panggil BODOH SOMBONG.

CERDIK TAK BOLEH DITEGUR, BODOH TAK BOLEH DIAJAR.
Pages: [1] 2 3
View full version: BODOH SOMBONG...


ADVERTISEMENT