misc Publish time 6-11-2018 02:25 AM

Suka hati u lah. u yg nak kawin. Pasal kewangan pandai2 la kira budget. Ramai forumer dah tolong kira kat u.

Cuma i nak cakap bagi pihak isteri pertama u, duit bukan penentu kebahagiaan. kebahagiaan rumahtangga normal yg u bina 10tahun tu boleh hancur sekelip mata the moment wife u tahu u nak kawin lain.

Kalau dia minta nak kerja semula u izinkan la. Bukan sebab nak support u financially. You sorang pun dah mampu tanggung 2 keluarga. Cuma kesian dia kat rumah akan rasa loser sgt2. Walaupun yg nak kawin tu u, tapi your wife akan terasa sebab kekurangan dialah punca u kawin lain.
Low self-esteem, hilang semangat buatkan rumahtangga dari normal jadi huru-hara juga.

Tu tak termasuk perangai bakal bini lagi. Lepas kahwin baru true colors semua keluar. Sekarang semuanya wangi2 belaka.

Megikari Publish time 6-11-2018 04:00 AM

Tt, kalau u tau wife u ada hati kat orang lain cemana agaknya perasaan u? Dalam pada dia layan u elok2, buat segala tanggungjawab dia kat rumah rupa2nya dia terpikirkan jantan lain. U akan hepi ke?

U pikir kehendak u, u pikir x hati wife n anak2 u? U yakin wife u takkan pilih untuk menjanda daripada berkongsi kasih? Even kalau dia setuju bermadu, tak hancur ke hati dia? U sampai hati ke?

awaynepian Publish time 6-11-2018 08:23 AM

teringat seorang kawan cakap..poligami akan terjadi pada orang2 yang terpilih..

dua_chzy Publish time 6-11-2018 08:51 AM

Edited by dua_chzy at 6-11-2018 08:53 AM

awaynepian replied at 6-11-2018 08:23 AM
teringat seorang kawan cakap..poligami akan terjadi pada orang2 yang terpilih..

Kelig akak pernah terus terang kat akak tingin kawin dua, dan memang masa PJJ dolu heol dah berkira2 nak menikoh dengan gadis yang cintakan heol gila2 siap sanggop bermadu, tapi heol kata, bila fikir wife ngan anak2, heol tak sampai hati. Meka memang happy family. Dan kelig akak ini juga pernah merasa dicurangi so heol tak sampai hati bagi wife heol rasa hapa heol pernah rasa dulu. Kata heol la. Kot propah nak bagi imej heol naik di mata akak, heol ja yang tahu. :lol: Tapi heol memang banyak pendapatan, selain gaji sebagai cikgu, heol hada kebun sawit, homestay dan bisnes macam2. Heol ngan waifu, dua2 otak bisnes rajin carik duit. Akak pulok, bila heol menggatal kata nak kawin dua, cuma mampu remind heol waifu heol tu dah la cantik, pandai namampus pula dan memang rebutan kat sekolah akak dolu supaya heol sadar diri if heol tingin nak curang, waifu heol laaaagi la berganda2 boleh balas balik. :lol: Btw deyol memang sekufu la. Pasangan sama cantik, sama hensem, sama pandai.

Kesimpulannya, nak nikoh dua ni, kena fikir jaaaaauuuhhhhhhh. Bukan setakat fikir keinginan kote masa tu jah.

lia98 Publish time 6-11-2018 10:41 AM

A happy family comes from a happy wife.

Wife nnti happy ke kalo tahu ni?

kaishi Publish time 6-11-2018 10:57 AM

Poligami
Tak ada pon sbnrnya yg layak... bagi aku la...
Ingat senang kau nak adil ?
Janda tu aku mcm terbaca ada kereta dan rumah dan kerjaya.
Means ko cuci kaki je nikah dgn dia.
Its not a good thing la bro!
Jangan amek kesempatan je, fikirkan azab dan balasan yg ko akan dapat.....
Elok2 hidup aman damai ko nak tambah serabut kepala wat apa ?
Lg kesian wife ko tu suri rumah.
dab nnt jangan bg alasan bab nafkah.... klu tau diri mampu takat seketul sen je, x payah, subuh pon failed!
Kalau bini 1st ada anak, itu jg bukan alasan utk lebihkan nafkah sana.
Adil ni perlu betulllll faham... bukan takat goyang tu je bro!

Good luck and all the best!

namr Publish time 6-11-2018 11:15 AM

Sikitnya bg bini bulan2:o

NurAlia14 Publish time 6-11-2018 01:16 PM

Ni la permulaan kpd permasalahan..slme ni ko xde mslh ttbe nnt ko buat perangai hbs sume bahagia ko slame ni..dan mase xkn berubah hidup la ko mcm keadaan tu..damage has been done..dan ko melukakan hr isteri dan anak2 ko..akhirnye ko hidup kesorangan..dan pdn muke hahahha

armin Publish time 6-11-2018 02:50 PM

Lolzer replied at 5-11-2018 09:54 PM
I rasa sikit gilaa. Itu kalau gaji dia 10k lah since dia allocate 10% untuk wife. Tapi kalau gaji...

Tu pun entah2 bini kena keluar duit nk beli brg2 anak. 10% tu pun bkn utk dijoli atau bini nak saving.

armin Publish time 6-11-2018 02:54 PM

munchkin replied at 6-11-2018 12:58 AM
Dia kata bini baru dah ada kereya rumah etc

So dia rasa senang lepas gitu je? Maknanya xlayak la. Buatnya bini baru mintak duit ngn kereta dia kena sediakan jgk sbb yg bini, bini la punya. Dia suami kena sediakan jgk.

adila39 Publish time 6-11-2018 02:58 PM

Dear TT.

I rasa semua rely on u. U xperlukan poll utk decide apa u nak. All u need to do is

1. U solat mintak allah tunjukkan jalan
2. U kena betul betul sure u mampu
3. Poligami ni bukan something to brag on.. but kesanggupan u utk menambah t.jwb
4. Still tepuk dada tanya seleralah...klu mampu and sanggup teruskanlah dgn niat yg suci murni

harap harap bakal bini juga adalah yg terbaik. jgn cari bini baru tapi hantu.

armin Publish time 6-11-2018 03:02 PM

Lolzer replied at 5-11-2018 09:56 PM
Kannn ... biasanya org middle class je yang mcm pikir pasal poligami and brag nak tambah cawangan...

Kalau gaji heols 30k pun rasa mcm sikit jah 10% tu.. baru 3k. Nak beli handbag Chanel Dior pun tak lepas. Kena kumpul2 duit dulu. Hahaha sedihnya

Idgaf Publish time 6-11-2018 03:50 PM

Umur 30++ baru satu rumah ke?

Wife housewife and satu kereta je? If wife nak bergerak ke mana mana mcm mana?

Macam mana dengan insurance? Selalu kalau anak anak sakit masuk gov or private cikai or private yang ok?

Anak2 sekolah private or gov?

Yearly travel within malaysia or oversea?

Selalunya bila kita rasa banyak duit rasa nak share je kan dengan wife or gf baru sedangkan apa family sendiri dapat ala kadar je kan?

Why dont u tambah rumah lagi so that bila anak2 besar nak masuk uni senang just jual je and dapat uni dorang. Actually if u rasa ada banyak duit lebih, banyakkkk lagi u bole contribute untuk your family.

But again bukan masalah kami. Kalau nak kawen dua pon ok membantu janda kesepian kekekekeke

Idgaf Publish time 6-11-2018 03:52 PM

armin replied at 5-11-2018 08:34 PM
Masyaallah kalau 1k je dari 10k tu bapak sikit. Pergi salun buat rambut, buat facial, pergi spa, b ...

Iols rasa bini dia sejenis redho je and x banyak buat bunyi. Lepas tu si jantan pon acah2 da hebat la sebab wife senyap.

dusunmind Publish time 6-11-2018 03:56 PM

aku terfikir tt just include budget utk keluarga (isteri dan anak)
ibuayah da takde ke?
mil dan fil?
adik beradik?
anak buah?pakcik makcik?

masa utk famili ?
ada masa lagi tak dgn ibuayah? in law?
sebaiknya bincang dgn family.makayah,in law.your family know better.
kalau layak sangat.why not?

the big issue here was TIME.
cubalah perbaiki hubungan.

megan_pox Publish time 6-11-2018 04:02 PM

Actually poll ni kau boleh tukar jugak ke

1- Golongan lelaki
2-Golongan wanita
3-Golongan tak kisah

Hahaha confirm2 ramai undi xlayak sbb forumer pempuan ramai

Nurul8001 Publish time 6-11-2018 05:09 PM

Nak poligami, buatlah TT..

Buat apa tanya kat sini, nak buat, buat terus..
TT ni attention seeker lah

Sebelum buat, belikan wife kereta baru atas nama dia, sbb lepas ni dia boleh ke mana mana tanpa mengharapkan TT. Kereta kena beli cash sbb wife tak kerja, kan..nak berhutang celah mana..? Janganlah pulak beli kancil terpakai, rosak karang susah.. kurang2 axia bau kedai..

Lepas tu, keluarkan anak dari sekolah gomen..sekolah tu untuk rakyat marhaein yg tak kaya..org mampu mcm TT, kena sekolahkan anak kat sekolah private..

lepas tu, penuhkan tabung pendidikan anak, supaya dia ambik degree nanti tanpaPTPTN..kata mampu,kan..

Sebenarnya, parents punya tanggungjawab lah sekolahkan anak sampai peringkat tertinggi yg dia boleh pergi. kerajaan cuma bantu ringankan beban dgn perkenalkan PTPTN..mampu poligami, maksudnya tak perlu pun bantuan kerajaan

munchkin Publish time 6-11-2018 05:16 PM

armin replied at 6-11-2018 02:54 PM
So dia rasa senang lepas gitu je? Maknanya xlayak la. Buatnya bini baru mintak duit ngn kereta dia ...

Tulah pasal. Tulis kat depan 10 % for 1st wife. 20 % for 2nd wife ke typo error?

Aerhys Publish time 6-11-2018 05:58 PM

Kalau total pendapatan RM20k ke bawah, isteri pula housewife, jujur cakap tak perlulah cari masalah baru dengan berpoligami lebih2 lagi di zaman sekarang where everything needs money. Kalau anak2 masuk universiti pun sampai kena berhutang dgn kerajaan then lupakan sahaja niat berpoligami itu. Apakah niat sebenar anda mahu berpoligami? You are not helping anyone here, kelak ada pihak yg teraniaya. Perangai isteri macam2 kerenah, itu belum masuk kerenah mertua dan ipar duai. Your 2nd wife nanti akan lahirkan your children too, cuba kira berapa jumlah tanggungan anda nanti (termasuk ibu bapa dan adik beradik yg masih belajar if applicable). Kalau kamu rasa mampu bahagiakan hati semua orang termasuk isteri2, anak2, ibu bapa, mertua2 dan ipar duai, sediakan isteri2 rumah dan kereta masing2, sediakan nafkah bulanan utk isteri tanpa perlu sentuh gaji isteri dan nafkah bulanan itu separate dengan belanja anak2, mampu provide education for each child sehingga ke universiti tanpa ptptn atau hutang yg sewaktu dengannya, then go ahead lah berpoligami as you wish. Forumer hanya boleh bagi pendapat utk anda fikir fikirkan saja. Kamu hanya tanggung the consequences. Semoga berbahagia dan dapat menjadi ketua yg mampu memimpin keluarga anda ke jannah. Jangan turn your home into hell for your family because of some one time fling.

oak.balustrade Publish time 6-11-2018 06:35 PM

I dah baca semua komen2 kat sini, i rasa TT belum layak lg nak beristeri dua. Betulkan niat & betulkan diri TT dulu. Poligami ni salah hemat boleh dpt dosa sbb tak berlaku adil. Iols dah jumpa few men beristeri lebih dari 1, hujung2 hidupnya hmmmm sedehhh. Jrg sgt jumpa poligami yg bahagia inside out. Fitrah org pompuan Allah beri sifat cemburu. 1st wife TT mesti jeles gila kalau TT nak kawin lg. Kesian lah sheols tu. TT bahagiakan sheols berganda2 lebih drpd skrg tu lebih baik. So iols tak sokong TT nak kawin lagi 1.
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Poligami..layak ke idok


ADVERTISEMENT