Sedapnya Rumpai Laut Sabah, Tapi Betul Ke Kaya Dengan Kolagen?
Tidak sah berkunjung ke Sabah jika tidak mencuba makanan tempatan. Antara yang popular termasuklah rumpai laut yang juga dikenali oleh warga tempatan sebagai ‘latok’.Latok adalah sejenis rumpai berwarna kehijauan dan berbentuk seperti buah anggur yang kecil.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/081701g4oeu7etoe4fue7t.jpg
Kredit Foto: pembekalrumpailautasli
Di kalangan penggemar dan penjual rumpai laut, ianya sering dipromosikan sebagai ‘ibu kolagen’ yang sesuai dimakan mentah sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan serta kecantikan.
Biasanya rumpai laut ini dijadikan ulam-ulaman ketika makan tengah hari atau malam. Selain kehijauan, terdapat juga rumpai laut dalam warna merah, hijau kebiruan dan perang.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/081736qeh2zpkqkecf2pgb.jpg
Kredit Foto: Rumpai Laut Semporna
Kerana popularitinya, rumpai laut ini kini sudah boleh didapati dalam bentuk mentah, masak, kering ataupun dalam bungkusan produk khas untuk buah tangan.Sebahagian label dalambungkusan ini menggunakan pernyataan yang menarik pelanggan seperti ‘ibu kolagen’, ‘kolagen mentah’ ataupun ‘marin kolagen’. Tetapi sejauh manakah benarnya deklarasi ini?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/082048az9bt7f3sd5jb3a5.jpg
Krdeit Foto: Amie's Little Kitchen
Kaya Dengan Kolagen?
Menurut Dr. Mariani Abdul Hamid, seorang pengkaji tempatan dari UTM, rumpai laut tidak mengandungi kolagen. Oleh sebab itu kenyataan bahawa rumpai laut adalah ibu kolagen atau kolagen mentah adalah tidak tepat. Walau bagaimanapun, rumpai laut didapati mengandungi kadar protein yang tinggi dan protein inilah yang akan mengaktifkan kulit kita untuk menghasilkan hampir 25 jenis kolagen secara semulajadi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/081905mm6q7mykm87m6kzq.jpg
Kredit Foto: BazariaOnline
Kolagen adalah sejenis protein yang membentuk hamper 30% daripada keseluruhan protein di dalam tubuh manusia dan sering dikaitkan dengan kesihatan dan ketegangan kulit. Apabila umur semakin tinggi, kolagen akan mengalami degradasi dan mengakibatkan kedutan di bahagian permukaan kulit. Sebab itulah doktor kosmetik sering menasihatkan kita untuk mengambil langkah secukupnya dalam meningkatkan kadar kolagen termasuk makanan yang seimbang.
Kajian Dr. Mariani ini disokong oleh Prof. Madya Dr. Muta Harah Zakaria dari UPM yang mendapati rumpai laut dapat membantu mengekalkan kadar kolegen dalam kulit secara tidak langsung.
Khasiat Lain Rumpai Laut
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/081934h0jpgiy4mauii0pt.png
Sedapnya Rumpai Laut Sabah, Tapi Betul Ke Kaya Dengan Kolagen?
Krdeit Foto: Sususejat.com
Kajian dermatologi mengesahkan rumpai laut mengandungi antioksidan yang mampu merawat penyakit kulit ekzsema dan rosacea . Selain itu rumpai laut juga mengandungi Vitamin B, E dan C yang mampu untuk merawat penyakit keradangan pada permukaan kulit. Di kalangan rakyat Jepun dan Korea, makanan ini dikenali sebagai bersifat anti-mutagen yang digunakan untuk merendahkan kadar kolestrol. Kerana kadar iodinnya yang tinggi, ianya dapat memperbaiki fungsi kelenjar tiroid dan seterusnya mencegah penyakit kornik seperti goiter. Walau bagaimanapun, pemakanan yang keterlaluan tidak digalakkan untuk mengelakkan keracunan.
Di Mana Boleh Didapati?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/17/082139zcg5drgmoz0gbczc.jpg
Kredit Foto: Didierumpailaut
Rumpai laut segar boleh didapati di mana-mana tamu atau pasar harian. Di Kota Kinabalu sekitar Pasar Kraftangan Filipina atau pasar malam Sinsuran, paket atau bungkusan kering rumpai laut boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Jadi lain kali, anda sudah tahu apakah souvenir yang sesuai untuk kawan anda ketika berkunjung ke Sabah! - CARI Bab rumpai laut ni kena tanya Chazey.... Dia pagi petang siang malam makan seaweed ni.... fresh from laut sulu lagik.... Jangan terkejut kalao ada rezeki jumpa Chaz...ingat jumpa budak sekolah bukan cikgu sekolah ...tu penangan rumpai ni ker :lol::lol: Memng sedap tapi masin sedikit. Kena perah dengan limau baru masinnya tak terasa Dulu2 pemes rumpai laut ni..mahal bebenor seller jual :lol: prnah try yg kuning tu..tp kena cuci bebetul sbb mcm hanyir:funk: kuzaime replied at 5-11-2018 03:09 PM
Dulu2 pemes rumpai laut ni..mahal bebenor seller jualprnah try yg kuning tu..tp kena cuci beb ...
Yang hijau tu sedap..... potong bawang merah....cili padi potong halus....lepas tu perah asam limau....makan lak ngan tenggiri keping goreng kunyit garing garing....Pehhh!!! Akakmona BN lalu belakang bogel pun tak terperasan hahahahahahaha PristineOne replied at 5-11-2018 03:12 PM
Yang hijau tu sedap..... potong bawang merah....cili padi potong halus....lepas tu perah asam lima ...
Ada petua hilangkan hanyir dia tu?
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 03:22 PM
Ada petua hilangkan hanyir dia tu?
Tak pasti sistur.... iouls selalu makan kat kedai simpang Kunak...on the way dari Tawau ke Lahad Datu.....tak pulak bau hanyir....cuma masin masin laut je la rasanya sikit. Next time kalao iouls lalu Kunak lagi dan singgah kedai tu..iouls akan tanya.... kalaupun ia ibu kolagen, bila makan bukan ke jadi tahik? yang iols tau badan kite keluarkan kolagen secara semulajadi, sesetengah makanan macam vit Cboleh rangsang pengeluaran kolagen itew, jadi kulit automatically lebih tegang. iols sabahan tapi takpenah makan mendalah ni. iols makan vit C dan ulam memang betul la boleh tegangkan dan plump sikit2 kulit buapakperut replied at 5-11-2018 03:43 PM
kalaupun ia ibu kolagen, bila makan bukan ke jadi tahik? yang iols tau badan kite keluarkan kolagen...
Itulah penerangan pakar di atas itu.
Salah kata ia ibu kolagen
Tpi still banyak khasiat untuk tubuh badan
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 07:46 AM
Itulah penerangan pakar di atas itu.
Salah kata ia ibu kolagen
yep katanya antara yang boleh ransang kolagen kulit kita. betul la tu. yang tak best ramai orang claim benda ni ibuk kolagen lantas dijual mahal2.even my mil pun terpedaya kat orang sabah jual mahal, katanya awet muda macam makan kaki ayam teringin nak cuba yg freah mcm tu penah beli dulu sampai rebus pastu jeli2 dia boh kat muka jadi masker n siap minum lagi..rasa cam iyyerrrkkkk sapeka replied at 5-11-2018 04:54 PM
teringin nak cuba yg freah mcm tu
Fresh lagi sedap tapi hanyir sedikit kecuali restoran yg pandai buat ulam
Yang hijau tu i pernah try. Sedaplah jua buat salad letak mayonis bagai. Mary_jane replied at 5-11-2018 06:34 PM
Yang hijau tu i pernah try. Sedaplah jua buat salad letak mayonis bagai.
Errkkk... macam tak ngam pula campur dengan mayo. Sedap ke?
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 06:41 PM
Errkkk... macam tak ngam pula campur dengan mayo. Sedap ke?
Not bad. Tapi i pun tak boleh nak telan banyak sangat. Tapi oranglain i tengok lahap je makan nya. :lol: Selain latok. weolls juga yakin yg kaki ayam juga tinggi colagen :lol: Sedap makan latok.. Krup krup crunchy perah limau,lada potong sedap,not my fav thou chicozinn replied at 5-11-2018 04:59 PM
penah beli dulu sampai rebus pastu jeli2 dia boh kat muka jadi masker n siap minum lagi..rasa cam iy ...
Chico...SG amal kan mmg bagus lah...sg rebus sampai jd jelly..then letak perasaminuman mangga or oren (yg masam2) ...masuk dlm freezer...hari2 consume SalenaGomez replied at 6-11-2018 12:26 AM
Chico...SG amal kan mmg bagus lah...sg rebus sampai jd jelly..then letak perasaminuman mangga or o ...
Kesan jeragat pon makin hilang or pudar...pastu kulit kaki mmg rasa makin lembut tau SalenaGomez replied at 6-11-2018 12:31 AM
Kesan jeragat pon makin hilang or pudar...pastu kulit kaki mmg rasa makin lembut tau
Kalau makan as sayur or kerabu, SG x penah try lg...cuma bila buat jelly tu mmg berbau hanyir...sebab tu letak perasa minuman bg rasa sedap ...