5 Homestay Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu Yang Memukau Di Kundasang
Mencari penginapan di daerah pelancongan Kundasang, Sabah sebenarnya tidak susah. Ini kerana banyak hotel pelbagai taraf dan bintang boleh didapati di merata tempat, sama ada yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu, mahupun di Pekan Ranau.Hotel-hotel ini juga mudah dihubungi secara online. Jom lihat di mana!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084254r1dh886skhddizwp.jpgKredit Foto: Traveloka
Bagaimanapun, jika anda bercuti beramai-ramai dengan keluarga anda mungkin ingin mencuba penginapan ala homestay. Ini kerana selain mempunyai privasi, kebanyakan homestay juga dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan kelengkapan memasak.
Harganya juga berpatutan. Yang membezakannya sudah pasti kedudukan sesebuah homestay dan pemandangan yang boleh dinikmati. Di sini, penulis berkongsi pengalaman menginap di beberapa homestay sekitar Kundasang dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menarik.
1. Hounon Ridge Homestay
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084423np1ty0p9d202itme.pngKredit Foto: Oh Bulan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084527ke277txkh6z7h55z.jpgKredit Foto: Wordpress.com
Homestay ini terletak lebih kurang 36 minit dari pekan Kundasang. Jalannya agak sempit, curam dan berbatu-batu. Lampu jalan jugaagak kurang dan berbahaya jika memandu di waktu malam. Homestay ini menyediakan pelbagai jenis bilik untuk penginapan seorang, berpasangan ataupun keluarga termasuk dorm.
Bagaimanapun, homestay ini paling sesuai bagi yang berminat untuk berkhemah. Pemandangan Gunung Kinabalu sangat memukau terutamanya di waktu pagi. Tel:013-8506463
2. The Little Hut
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084733mc37pzgwpcnh35h8.jpgKredit Foto: InfoSantai
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084834vkdeffb00kddf2kz.jpgKredit Foto: InfoSantai
Homestay ini terletak di Kampung Mesilau dan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang megah. Terletak lebih kurang 30 minit dari Pekan Kundasang, homestay ini menawarkan penginapan untuk 2-5 orang dengan harga berpatutan.
Sesuai bagi mereka yang menggemari suasana ala kampung kerana kawasan sekeliling homestay ini dikelilingi kebun sayur yang luas. Tel: 0168601416
3. Midori Homestay Kundasang
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/085053g72yb84ayfmlfl1m.jpgKredit Foto: Facebook
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/085549tspe53tgssgp52jg.jpgKredit Foto: Sometag
Homestay ini juga terletak di Kampung Mesilou dengan suasana kampung dan persekitaran yang cantik dilengkapi landskap berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Lokasinya yang terletak jauh dari kesibukan Pekan menjanjikan udara yang nyaman. Halamannya rumahnya juga luas berpagar untuk memastikan anak-anak bermain dengan selamat. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk penginapan seisi keluarga. Tel: 016-5820181
4. Big Rock Homestay Kundasang
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/084942s1oordzwc1wdesos.jpgKrdeit Foto: Facebook
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/085653ullrwfrcrofrrvvc.jpgKredit Foto: Fyi-Penang
Menyediakan kemudahan yang sederhana dengan harga berpatutan untuk keluarga yang inginkan percutian jauh dari kebisingan kota raya. Mulakan pagi anda dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan dan suhu dingin.
Jangan lupa untuk membawa jaket tebal kerana suhu di penginapan yang terletak di Kampung Mesilau ini boleh turun dengan mendadak. Tel:0198625806
5. Kiram's Village
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/085306sc4l6zqmumtteuma.jpgKredit Foto: Flickr
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201809/20/085914mijcghig22tt8t9t.jpgKredit Foto: Trip.com
Homestay berasaskan kabin kayu ini dikelilingi tanaman bunga-bungaan mempesonakan, sesuai untuk keluarga yang menginginkan percutian dengan persekitarann alam semula jadi.
Nama-nama kabinnya juga unik seperti Strawberi dan Asparagus. Selain pemandangannya yang cantik, satu lagi keistimewaan penginapan ini ialah menyediakan cafe bagi keluarga yang tidak mahu memasak.
Jadi, semoga anda dan keluarga dapat memilih penginapan homestay bersesuaian jika berkunjung ke Kundasang kelak. - CARI Pernah stay kat kiram village. Berbaloi baloi..... Paling best Hounon Ridge, paling dekat dengan kaki gunung Big Rock tu Depan Kiram Village tu ada gak homestay yang ok Alpine Dbayu kalau tak silap. Kiram tu selalu penuh.. kerawangcantik replied at 5-11-2018 05:19 PM
Depan Kiram Village tu ada gak homestay yang ok Alpine Dbayu kalau tak silap. Kiram tu selalu penuh. ...
Tak mahal ke?
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 06:42 PM
Tak mahal ke?
Ok la juga sebab paling kecil pun 2 bilik, 1 bawah 1 atas kerawangcantik: Ok la juga sebab paling kecil pun 2 bilik, 1 bawah 1 atas
Next tima nak try sini pulak
Tak ada gamba interior homestay tu ke? Apa fasiliti yg ada I looooveee Kundasang! rasa nak pindah tinggal sana jah. Last time I stay kat Kinabalu Pine Resort. Very nice place to stay with great mt view bedahmenjuyah replied at 7-11-2018 12:24 AM
Tak ada gamba interior homestay tu ke? Apa fasiliti yg ada
https://scontent-hkg3-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/12715608_911095198959172_2881403381395816598_n.jpg?_nc_cat=100&_nc_ht=scontent-hkg3-2.xx&oh=6c4f2bcb984862482b92f3f26bd24bf2&oe=5C6E7F48
https://scontent-hkg3-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/21687525_1391635197571834_4494376660254188760_n.jpg?_nc_cat=103&_nc_ht=scontent-hkg3-2.xx&oh=dfd3caf67406816f77654435371fd39d&oe=5C8A6F32
https://scontent-hkg3-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/10431439_927648687303823_2468106153963595261_n.jpg?_nc_cat=111&_nc_ht=scontent-hkg3-2.xx&oh=1956953cd947c7e684ccb10a8679d332&oe=5C6E86DE
https://scontent-hkg3-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/10342833_927648580637167_8877374859285859850_n.jpg?_nc_cat=100&_nc_ht=scontent-hkg3-2.xx&oh=7859ec7c54bb13df6109a5bc1f8ed103&oe=5C71F994
https://scontent-hkg3-2.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/12814813_927648203970538_130892198626051356_n.jpg?_nc_cat=107&_nc_ht=scontent-hkg3-2.xx&oh=a91083893e1fd6a18be08718d2403137&oe=5C8A2BDC
Ayana Hotel Resort, Kundasang ! Terbaikkk ! Murah pun murah ! macam cantik je hounon ridge tu..tak mahal ke? wow
cantik dan sejuk
one day i akan sampai sabah
:loveliness:
puanbintang replied at 8-11-2018 09:09 AM
macam cantik je hounon ridge tu..tak mahal ke?
Tak mahal sangat pun
Tapi dengarnya dah fully book sampai habis cuti sekolah sapeka replied at 8-11-2018 10:48 AM
wow
cantik dan sejuk
Datanglah cuti sekolah ni aku duduk kat Kundasang Guesthouse pon terbaikkk view teringinnya nak pegi Cantiknye pemandangan kat sana.. dah duduk dekat hounan dgn kiram ... 2-2 bestttt terbaik la view..macam kt swiss
Pages:
[1]
2