Cari-Nora Publish time 30-10-2018 03:48 PM

Lupakan Nasi Lemak Biasa, Risotto Lemak Di The Other Half Bakal Buat Anda Jatuh

Anda sukakan cabaran dan gemar mencuba sesuatu yang baru termasuk makanan? Anda mungkin mahu ke restoran The Other Half di Taman Tun Dr Ismail kerana mereka menyajikan dua buah sajian unik dan lain daripada yang lain!


Anda tentu dah biasa makan nasi lemak, tapi pernahkah anda cuba risotto lemak? Ha, dapatkan ia di sini!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/30/135643qf1a08zit1f22ufu.jpgFoto:says.com


Antara menu unik yang anda patut cuba di sini ialah Risotto Lemak dan juga Rendang Egg Benedict! Menggabungkan resipi Itali dan tempatan, Risotto Lemak terdiri daripada sambal risotto, ayam rangup, kacang berempah, timun segar dan juga telur rebus carak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/30/135644uuzx8n7qrzd9giii.jpgFoto:says.com


Manakala Rendang Egg Benedict pula terdiri daripada rendang daging dan sos serai Hollandaise. Selain dua menu unik ini, terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda atau rakan-rakan anda pesan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/30/135644rnoc4bb4foon1nre.jpgFoto:says.com


Hiasan dalaman yang minimalis juga sesuai untuk dirakamkan dan dimuat naik dalam akaun Instagram anda! Tunggu apa lagi, jom ke lokasi di bawah:




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/30/135645tfnwkxrzfcr4svwn.jpgFoto:says.com




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/30/135645fbatxp4a9wzaabbm.pngFoto:says.com


Alamat: Unit 2-1, Greens Terrace, No.1 Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia.



Waktu Operasi:
9am - 5.30pm (Isnin - Rabu)
9am - 10pm (Khamis - Ahad & Cuti Umum)


Hubungi: 03-2771 6221 -CARI

meklalala Publish time 30-10-2018 04:44 PM

kenapa mek tengok ni tak terliur langsung..mek jarang la tak terliur tengok makanan ni..haha tak kena dengan selera sungguh

dubuk Publish time 30-10-2018 04:53 PM

sedap ke            

mzzenma Publish time 30-10-2018 05:20 PM

Nampak tak menyelerakan pun

Orgkgdukobesi Publish time 30-10-2018 05:33 PM

Agak susah I nak telan Malaysian
Modern Contemporary Cuisine macam ini sebab ada sebabnya makanan traditional sedap dimasak dan dihidang secara traditional .

MsKathryn Publish time 30-10-2018 05:35 PM

Kalo nasi lemak x payah la nak fusion bagai {:thief

munchkin Publish time 30-10-2018 06:32 PM

Aiyooo egg tuuuuu..nyummm

Missfadh Publish time 30-10-2018 09:47 PM

Traditional juga buat terliur.

Kenabertaubat Publish time 31-10-2018 02:33 PM

Ni nasi lemak ke? I prefer traditional punya nasi lemak

rosseamanda Publish time 4-11-2018 07:54 AM

perghh modennye nasi lemak dia.. tgk mcm lembik je nasi tu. iols lg suke nasi lemak dekat warung2

dua_chzy Publish time 4-11-2018 10:18 PM

rosseamanda replied at 4-11-2018 07:54 AM
perghh modennye nasi lemak dia.. tgk mcm lembik je nasi tu. iols lg suke nasi lemak dekat warung2

Risotto memang lembik uols. Ala2 bubur oat.

rosseamanda Publish time 7-11-2018 09:53 AM

dua_chzy replied at 4-11-2018 10:18 PM
Risotto memang lembik uols. Ala2 bubur oat.

Sedap ke? Iols tak pernah makan. Dkt mn je ade jual

puanbintang Publish time 7-11-2018 03:18 PM

macam tak kena dengan tekak je tapi tak salah kot cuba bebila tekak dah bersedia...

Juju89 Publish time 3-3-2019 04:46 PM

wow nampak macam sedap boleh cuba nanti.

AppleJack Publish time 22-3-2019 02:53 AM

boleh la nak try some day

naz.wani Publish time 17-8-2019 11:49 PM

tu lah..nampak tak menyelerakan. tak kena dengan tekak i

Chimicuri Publish time 20-3-2021 02:05 AM

Risotto ni susah sikit tekak nk terima sbb tekstur dia mcm antara bubur dan puding.. mcm sweet rice recipe

Chimicuri Publish time 20-3-2021 02:06 AM

Risotto nama italian tapi resepi tu mcm setiap negara ada, tapi ada twist sikit lah kat taste dia

Guli Publish time 30-4-2021 07:48 PM

Wow menu baru ,tak tau pulak

Guli Publish time 30-4-2021 07:49 PM

Tak pernah try lagi
Pages: [1] 2
View full version: Lupakan Nasi Lemak Biasa, Risotto Lemak Di The Other Half Bakal Buat Anda Jatuh


ADVERTISEMENT