easicircle Publish time 26-10-2018 05:11 PM

5 Cara Membantu Mereka Dalam Kemurungan

Edited by easicircle at 16-1-2019 03:29 PM

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak berita melaporkan tentang kes bunuh atau bunuh diri akibat kemurungan. Penyakit yang sukar dikenal pasti ini adalah sejenis penyakit mental yang dialami seseorang hingga membawa kesan negatif kepada emosi pada diri individu tersebut. Jika tidak dikesan dari awal ia boleh mempengaruhi emosi, sikap dan cara seseorang itu berfikir.

Simptom-simptom yang boleh ditunjukkan individu yang mengalami kemurungan apabila mereka mula menunjukkan hilang minat untuk melakukan sesuatu akitiviti rutin, hilang selera makan, berasa sedih, tidak bermaya dan hilang harapan untuk meneruskan hidup.

Jadi amat penting kita sebagai individu yang bertanggungjawab mempunyai kesedaran untuk belajar memahami dan membantu sesiapa sahaja termasuk kawan, keluarga atau orang sekeliling yang menunjukkan perubahan ke arah kemurungan supaya ia tidak akan menjadi lebih serius. Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan.

Beri Sokongan
Dalam keadaan seseorang yang mengalami gangguan emosi yang kronik nasihat bukanlah perkara terbaik untuk anda katakan kepada mereka. Elak daripada menggunakan ayat nasihat seperti "Hidup perlu diteruskan" ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dan kesedihan mereka. Cuba memahami dengan menjadi pendengar yang baik dan yakinkan anda akan sentiasa berada disamping mereka walau apa jua keadaaan.

Jangan Kritik
Memberi semangat bukan mengkritik seolah-olah kemurungan yang dialami berpunca daripada kesalahan diri mereka sendiri. Tindakan mengkritik umpama menambah lagi bebanan emosi yang sedang dialami.

Selia Rutin Harian
Sentiasa menyelia rutin harian mereka supaya mereka tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Pastikan mereka makan dan mempunyai tidur yang cukup. Ambil tahu supaya mereka tidak rasa keseorangan.

Sibukkan Diri
Cuba untuk mengajak mereka keluar bersama dalam melakukan aktiviti yang digemari. Cuba untuk sibukkan diri mereka supaya tidak selalu bersendirian yang hanya akan menyebabkan mereka terus menerus berasa sedih, murung dan tertekan.

Teman Bicara
Menjadi teman bicara buat mereka yang mengalami kemurungan ini salah satu terapi terbaik buat mereka. Kebiasaannya mereka lebih gemar menyendiri kerana tidak mahu berkongsi dan membebankan sesiapa. Bersedia untuk mendengar setiap luahan mereka. Jika mereka ada menyelitkan hasrat untuk mencederakan diri. Pastikan anda cuba untuk membincangkan secara terbuka dan memberikan jalan penyelesaian yang terbaik.

CiliPadiSedap Publish time 26-10-2018 05:54 PM

xnak murung? kurangkan membawang. kurangkan dosa mengumpat.

Mary_jane Publish time 26-10-2018 08:01 PM

Mungkin juga cara atasi murung ni berbalik pada sebab penyakit tu, contoh stress, abuse of drugs, alcoholic etc. So jalani hidup sihat. Orang depressed ni bukan boleh tau pun dari raut wajah, dalam hati berkecamuk dan memberontak. Kita yang waras ni jangan lah sisihkan mereka & label dorang gila, otak mereng. {:1_550:}

easicircle Publish time 29-10-2018 11:54 AM

CiliPadiSedap replied at 26-10-2018 05:54 PM
xnak murung? kurangkan membawang. kurangkan dosa mengumpat.

Mengumpat ni orang yang dengar bolehjadi murung. Hahaha. Ini kepada mereka yang mengalami depresi. Rasanya dorang dah takde masa nak membawang sebab dah murung.

joannakimberly Publish time 30-10-2018 09:42 AM

Pernah melalui fasa depression gara-gara relationship problem. dalam setahun macam tu kot. ikut pengalaman sendiri, depression ni macam xdpt nak rasa apa2 dah, org putih ckp dead inside, rasa mcm mayat bgerak. cuma tau tdo, bngn, mkn pun sikit, mndi.. xda arah tujuan. buat rutin harian mcm biasa, bgelak ketawadgn kawan2 tapi perasaan happy tu langsung tak ada, kosong je.i resorting to alcohol sbb kununnya nak hilangkan perasaan tu. btw I non-muslim yer walaupun dlm agama i pun xgalakkan consume benda2 yg memabokkan ni. sampaikan i terdetik dalam hati, kan bagus i ni mati je dulu bagi hilangkan perasaan tu, lepas hilang depression tu hidup balik ;P;P;P

Masih jugaktak dapat. last2 I guna jalan yg plg senang dan murah, dekatkan diri dgn Tuhan. Tiap2 malam sebelum tido menangis sebab berdoa kat Tuhan supaya bagi kekuatan utk terus hidup. Slowly built rutin yg lebih berfaedah, sedar tak sedar, i rasa dah jadi normal sebab dah mampu hidup macam biasa. skrg ni i harap i tak relapse je, takut nak hidup dalam fasa tu lagi.

easicircle Publish time 30-10-2018 10:10 AM

joannakimberly replied at 30-10-2018 09:42 AM
Pernah melalui fasa depression gara-gara relationship problem. dalam setahun macam tu kot. ikut peng ...

Congrats to you sebab dah recovered from depression. Yer sebenarnya tak mudah nak heal depression ni lagi lagi melibatkan soal hati dan perasaan. Cuba struggle untuk teruskan hidup tapi sebenarnya mayat hidup takde rasa nak nangis je hari-hari. Even though you're not a Muslim but i am so proud that you ambil pendekatan dekatkan diri dengan Tuhan. Walaupun you dah cuba ambil alcohol but still the same coz alcohol intake just untuk lupakan masalah kejap je. Same goes to Muslim the best thing is dekatkan diri dengan Allah. Doa dan mintak tolong padanya pulihkan kembali rasa dan diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan dan lupakan kisah lalu.


Anyway thank you untuk pengalaman perkongsian cerita you dan I'm sure ia sangat membantu untuk golongan yang menghadapi permasalahan yang sama. I percaya sekarang you dah jadi lebih kuat dan tabah. Semoga kebahagian selalu mengiringi you, percayalah akan ada sesuatu yang lebih baik bakal menggantikan segala kesedihan dan kesakitan yang pernah you lalui. Keep going and never lose hope!! :)

easicircle Publish time 15-4-2019 12:19 PM

Mary_jane replied at 26-10-2018 08:01 PM
Mungkin juga cara atasi murung ni berbalik pada sebab penyakit tu, contoh stress, abuse of drugs, al ...

Setuju jangan senang senang label dorang meroyan, gila, mereng and etc. Deep inside kita tak tau dorang tengah struggle untuk heal. It's better give them moral support. Menjadi lebih memahami daripada menyakiti.

Pages: [1]
View full version: 5 Cara Membantu Mereka Dalam Kemurungan


ADVERTISEMENT