melnanzz Publish time 24-10-2018 08:51 PM

KAN KU KEJAR CINTA KAMU [Astro Megadrama: Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati,

Edited by melnanzz at 16-12-2018 02:23 PM

Kan Ku Kejar Cinta Kamu
akan datang di slot Megadrama
saluran Astro Ria & Ria HD





Nantikan drama adaptasi novel Kan Kukejar Cinta Kamu karya Fauziah Ashari yang bakal mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Menemukan gandingan Amyra Rosli dan Fendy Bakry. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim. Bakal menemui penonton pada bulan Disember nanti.

JUDUL : KAN KU KEJAR CINTA KAMU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Hafizuddin Fadzil, Safwan Nazri, Natasya Mahyan, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari

WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU
Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap.

Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib.






adeqbun Publish time 26-10-2018 11:33 AM

TLG LA..AMYRA ROSLI TERLALU CUNNN...xsesuai ngan fendi..,hahaha jahat ai

mdmy Publish time 28-10-2018 02:01 AM

Alamak !! Amyraimej terlalu baik utk watak Alma. Citer ni chemistry kena meletop-letop. Dengan si Fendy tak kena betul laa. Mak sedih. :mad:

hijau88 Publish time 28-10-2018 08:15 AM

Yup. Watak alma x sesuai utk amyra. Fendi terlalu kepam utk bw watak ray. Mmm.

mdmy Publish time 28-10-2018 09:35 PM

hijau88 replied at 28-10-2018 08:15 AM
Yup. Watak alma x sesuai utk amyra. Fendi terlalu kepam utk bw watak ray. Mmm.

ye, acik bayangkan yg tegap sasa suave urban arrogant mata tajam, tapi dapat hero kampung kepam menyengih kerang busuk. adoiilaaa. Penat acik khatam novel ni berkali2. :mad:

hijau88 Publish time 29-10-2018 01:51 PM

mdmy replied at 28-10-2018 09:35 PM
ye, acik bayangkan yg tegap sasa suave urban arrogant mata tajam, tapi dapat hero kampung kepam me ...

kannnnn. setelah sekian lama fauziah ashaari xde novel best... yg ni KKCK ni antara yg best selepas ombak rindu. tp bila diadaptasi, pelakon2 lak tak best.
huhu.


saaya Publish time 30-10-2018 01:00 PM

Ai is very2 kecewa bila dapat tahu hero heroin adaptasi novel ni. Novel favorite Ai kot. Tp hero heroin hampeh sekali. Tp apakan daya. Terpaksalah Ai terima dengan hati terbuka yg tak berapa nk terbuka ni... {:cryruno

Watak Alma dan Raiyan ni kena dan perlu dikasi untuk pelakon2 yg ada gaya n rupa badass gitu. Dua2 watak ni strong kot.

hijau88 Publish time 30-10-2018 01:18 PM

saaya replied at 30-10-2018 01:00 PM
Ai is very2 kecewa bila dapat tahu hero heroin adaptasi novel ni. Novel favorite Ai kot. Tp hero her ...

Iols bygkan ZM sbg Alma. klu Ray lak sepa2 la yg hensem, rambut kemas la... wpun ray tu mcm rambut pjg sket, klu x silap iols la... tp iols x minat hero rambut serabai.


saaya Publish time 30-10-2018 01:50 PM

hijau88 replied at 30-10-2018 01:18 PM
Iols bygkan ZM sbg Alma. klu Ray lak sepa2 la yg hensem, rambut kemas la... wpun ray tu mcm rambut ...

ZM dah sesuai sgt watak Alma tu. Ha'ah Hijau. Raiyan tu rambut panjang. Ai nk imagine Bambit tp heols xsesuai. Selain rambut heols dah pendek skrg, heols xsesuai sbb rendang. Kalau heols sejenis tinggi mmg dah sesuai sgt dah. Bagi Ai lah. Heheheee... Hero Ai dok imagine ala2 Aiman kah gitu. Skali Fendy Bakri. Sumpah Ai kecewa masa awal2 tahu. Skrg dah okay dah. Hahahaaa

mdmy Publish time 31-10-2018 04:06 PM

persoalannya camne nak memPG kan adegan-adegan SX yg bersepah dlm buku tu especially bab video yg menyebabkan daddy Alma sakit jantung?

kalau hero-heroin single mingle bolehlah kot.

Kfsyaaa Publish time 31-10-2018 05:15 PM

Jauhnya Ray dengan fendi :shakehead3: Myra rasanya boleh je bawa watak alma dia pun jenis gila2 berani juga

RVP20 Publish time 1-11-2018 11:54 AM

Laaa drama ni rupanya yang shooting di CH bulan lepas
Nampak Amyra depan rumah Yusry

Then weekend baru ni nampak Janna, Daler, Baim & Ezlan pulak

FY08 Publish time 17-11-2018 08:47 PM

nvl/drama skrg ni smua nenek jahat... apa ka hal? stress aku....

alien88 Publish time 21-11-2018 10:58 AM

bru iolls tau novel KKCK di adaptasi ke drama..
based on novel & imaginasi iolls lain hero-heroin tidak berapa sesuai
dah la ada part tu nt

ismaha Publish time 21-11-2018 02:57 PM

alien88 replied at 21-11-2018 10:58 AM
bru iolls tau novel KKCK di adaptasi ke drama..
based on novel & imaginasi iolls lain hero-heroin t ...

part apa tuh:laugh3::lol:best ke novel punya?
so sapa yg sepatutnya jd pilihan mu?:lol:



alien88 Publish time 21-11-2018 04:26 PM

ismaha replied at 21-11-2018 02:57 PM
part apa tuhbest ke novel punya?
so sapa yg sepatutnya jd pilihan mu?

part tut tut la, haha
hat novel best jugak cuma sedih hidup heroin tu
nk capik tp capik x tggi sgt ;P heroin iolls mgharapkan Zahirah McWilson

btw lama x npk is moyan {:thiefo

ismaha Publish time 22-11-2018 11:58 AM

alien88 replied at 21-11-2018 04:26 PM
part tut tut la, haha
hat novel best jugak cuma sedih hidup heroin tu
nk capik tp capik x tggi s ...

wooowww:lol::lol:heroin terinaya ka?
yg tggi sapa jela yg ada kat malaya ni:doh3:


jd slow dah nk tgk mana2 drama...huhuhu...last drama meluyu tgk en.ngok ngek tp tak moyan kat porum....syok sorang2 ja:lol::lol:
korea lg lah..dah busan asik sama ja jln cita...sama ckit je dah kelaut nk sambg tgk:'(



alien88 Publish time 23-11-2018 10:08 AM

ismaha replied at 22-11-2018 11:58 AM
wooowwwheroin terinaya ka?
yg tggi sapa jela yg ada kat malaya ni



terinaya juga la watak heroin, spoiler sikit - laki x ingat dia, nt adik hilang kaki, bapa kena heart attack sbb dia smpai dia lari bawak diri:'(
yg tggi xramai :lol:


yg encik ngok ngek pon is layan? iolls minat fikriaq tp heroin :shutup:
tetiba skrg mood drama korea iolls dtg plus smgt hntr review :lol:

ismaha Publish time 25-11-2018 04:43 PM

Edited by ismaha at 25-11-2018 04:44 PM

alien88 replied at 23-11-2018 10:08 AM
terinaya juga la watak heroin, spoiler sikit - laki x ingat dia, nt adik hilang kaki, bapa kena he ...
sadih sgt heroin punya life....kuat semangat dgn tak kuat ja nk tgk:'(:lol:
ehh ...kalu idris khan okey tak?:lol:fikry tinggi jugk tp drama dia baru habis...so baik tak yah kang busan@Seoul nnt:lol:

sukalah sbb kebengongan in real life:lol::lol:
heroin tu memg {:1_518:} tp kuat semangt jugk la dapat habiskan:lol::lol:
tggu yg ni pulak dpt habis ke idok:sweat3:
i tau u rajin review sekrg dapat noti dr u, u nak kedit kot:lol:

alien88 Publish time 26-11-2018 08:41 AM

ismaha replied at 25-11-2018 04:43 PM
sadih sgt heroin punya life....kuat semangat dgn tak kuat ja nk tgk
ehh ...kalu idris kha ...

a'ha.. hero tang last tu baru nk cari heroin, dah la buat syarat pelik2
dgn nenek Hitler tu lagi :huffy
tp iolls suka masa heroin naik angin serang hero dkt office {:1_152:}
idris khan pon ok jugak.. teringin nk tgk dia bwk watak mcm psiko, gila talak sikit :lol:

wah, kebengongan tu ;P

memula nk review pasal my id is gangnam beauty ja, lepas tu g review drama lain smpai drama yg iolls nk memula review tu x buat lg :laugh3:
kedit pon iya dong, hahaha..
dok tggu jugak is bg kedit utk review :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: KAN KU KEJAR CINTA KAMU [Astro Megadrama: Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati,


ADVERTISEMENT