Cari-Faizal Publish time 24-10-2018 05:37 PM

Alamak Masakan Terlalu Masin! Ini Dia Petua Nak Ubah Suai Masakan Yang Terlebih

Memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi bagi menghasilkan masakan yang enak dan juga berkualiti. Sememangnya tabik hormat yang tertinggi perlu kita beri buat ibu-ibu yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk seisi keluarga.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/24/103336uqzfjj9ahwff923f.jpgFoto: Viva.co




Walau bagaimanapun, kadang kala tanpa kita sedari masakan yang kita masak itu mungkin tidak menjadi. Mungkin terlebih manis, masin, masam ataupun pedas. Jika sudah terlebih itu dan ini tidak mungkin kita hendak buang masakan itu begitu sahaja kan?



Jadi, memetik dari Vemale.com, sebenarnya terdapat beberapa petua yang anda boleh cuba jika masakan yang anda sediakan terlalu manis, masin, masam ataupu pedas. Jom ikuti petua ini:


Jika masakan terlalu pedas


Jika masakan yang anda sediakan terlalu pedas, mudah sahaja. Cuba masukkan gula atau madu ke dalam masakan itu dan sesuaikan rasanya.


Jika masakan terlalu masin


Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu masin, anda boleh tambakan sedikit jus lemon, limau nipis ataupun cuka masakan ke dalam masakan anda. Selain itu, anda juga boleh menambahkan gula atau madu. Jika memasak sup, tambakan kentang atau tauhu ke dalam sup anda.


Jika masakan terlalu masam


Jika masakan yang anda sedikan terlalu masam, tambahkan air dan gula serta sesuaikan rasanya.


Jika masakan terlalu manis


Seandainya masakan yang anda sediakan terlalu manis, tambahkan sesuatu yang masam seperti jus lemon, limau nipis atau cuka masakan. Tetapi tambah sedikit demi sedikit sahaja.



Itulah tadi bagaimana cara hendak mengubahsuai masakan yang anda sediakan jika ianya terlalu manis, masam, masin atau pedas. Selamat mencuba! - CARI

shafashuha Publish time 25-10-2018 01:27 PM

Terima kasih tunjuk ajar...

rosseamanda Publish time 28-10-2018 10:30 AM

ok baru tau cara nk kurangkan masin. selalu masak masin tak tau nk adjust mcm mana.. tq2

puanbintang Publish time 8-11-2018 09:11 AM

{:loveo baru tau..selalu kalau masin, p buang air dia sikit pastu tambah air kosong lain pulak..tq for info..

PuanAbby Publish time 19-6-2019 01:48 PM

Boleh cuba ni. Tips berguna

qaisarah09 Publish time 19-6-2019 04:15 PM

thanks for the tips

Lengkong Publish time 19-6-2019 07:51 PM

Info berguna..tq

sepiah Publish time 7-8-2019 10:20 AM

tq info. kdg masak terlajak masin, tahu kena letak kentang. tapi tak sesuai utk semua masakan. ni ada info baru boleh cuba nnt.

Chimicuri Publish time 20-3-2021 02:13 AM

Semua bergula kecuali yg manis {:studyhardo

makankuihku Publish time 20-3-2021 01:33 PM

wah tq 4 d tipss

miley95 Publish time 20-3-2021 04:37 PM

Info yg berguna

fido_dido Publish time 22-3-2021 11:35 PM

selalu ada masalah kalau masakan masin xtau nak ejas..paling2 tambah air ;P
thank you share info
Pages: [1]
View full version: Alamak Masakan Terlalu Masin! Ini Dia Petua Nak Ubah Suai Masakan Yang Terlebih


ADVERTISEMENT