Cari-Nurulain Publish time 23-10-2018 03:34 PM

'Vaksin HPV Buat Miss V Berdenyut! Kalau Dah Terlanjur Ambil, Sila Detoks Cepat'

Dalam dunia serba moden ini, pelbagai maklumat boleh diperoleh semudah di hujung jari saja.


Pun begitu, dek kerana kurang ilmu pengetahuan menyebabkan segelintir masyarakat terdedah dengan fahaman tidak berasas seperti suntikan vaksin boleh memberi kesan buruk kepada penerima.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/152820z0ya5tsm0eyd9n5c.png



Terbaru, seorang pengguna Facebook mendakwa suntikan vaksin virus human papilloma (HPV) iaitu sejenis virus berjangkit melalui aktiviti seksual boleh menyebabkan penerimanya 'mudah terangsang'.




"Anak lebih cepat rasa nak mengawan"


Dakwa wanita berkenaan, selepas disuntik vaksin itu, penerimanya akan mula merasakan denyutan pada alat kelamin dan kononnya organ itu sudah bersedia untuk berfungsi secara seksual.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/152846c8zqtqyq0hb6zh29.jpg





"Dulu lelaki meraba perempuan, sekarang perempuan yang mencabul lelaki"




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/152846l40v3o4epxxpe1xa.jpg





"Semoga Allah melindungi anak-anak kita daripada dirosak atau merosakkan"




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/152846q3uidk3ui3nnjc4l.jpg





Kalau dah terlanjur suntik HPV, ikhtiar detoks secepat mungkin




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/152927rlj4a6npig0anumw.png



Perkongsian wanita berkenaan mendapat pelbagai respons daripada netizen dan yang peliknya, ramai terpengaruh dengan dakwaannya itu.




Agenda Yahudi




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/153007pot9jiltxgcjd4n7.pngKredit foto: FB




Orang ramai berasa geram apabila membaca perkongsian itu dan menyifatkan wanita terbabit membuat tuduhan melulu tanpa mendapatkan pandangan daripada yang lebih pakar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/153046vb39l432l7la95l2.png



Malah, dalam masa sama segelintir netizen beranggapan tindakan wanita itu sebagai salah satu langkah meraih publisiti bagi produknya.



Dah agak dia nak jual ubat dia...




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/23/153115t5hu4775tb3auutd.pngKredit foto: Twitter




Tidak salah berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan, tetapi janganlah sampai kita menyebarkan info yang tidak pasti kesahihannya, sekali gus menyemai fahaman salah kepada orang ramai. - CARI

cahaya_emily Publish time 23-10-2018 03:37 PM

stupidity at its best..

MsKathryn Publish time 23-10-2018 03:45 PM

Bodohnya engkau kak {:thief

manehnya Publish time 23-10-2018 03:47 PM

mcm tu pulak dah.. takutnye aku

prettyuglybabe Publish time 23-10-2018 04:06 PM

antivax bodoh.. belajar dari google dah rasa pandai kalahkan doktor..

seeriesagain Publish time 23-10-2018 04:10 PM

Hahaha... Seriously cannot digest

Mina2215 Publish time 23-10-2018 04:24 PM

Dia ni kalau tak ambik vaksin pun memang bedenyut jugak

Login_ID Publish time 23-10-2018 04:24 PM

kompidennya dia ni :lol:

saviour_09 Publish time 23-10-2018 04:25 PM

elehhh
hujung2 jual obat makjun dia

ceh!

julia5094 Publish time 23-10-2018 04:30 PM

Ni namanya bodoh tak boleh di ajar..:huffy

annabellaruz2 Publish time 23-10-2018 05:21 PM

apa punya bodoh la!
suntikan HPV buat terangsang??
Bangang abadi!

Gemini2305 Publish time 23-10-2018 06:14 PM

nie nama bodoh x blh diajar...:lol:

dani-rox Publish time 23-10-2018 08:01 PM

"agenda yahudi nak rosakkan anak2 dara..."{:1_555:}

sibuk pulak yahudi dgn anak2 dara kepam nusantara di sini. otak ko yg gone haywire, tak cukup vaksin. :lol:

mamasaffiya Publish time 23-10-2018 10:02 PM

Jual produk ke? {:1_558:}
kenapa lahaiii

mizzmimi Publish time 23-10-2018 11:14 PM

Bengapnya la haiii

armin Publish time 24-10-2018 02:57 AM

Hormon remaja tu yg buat kau terangsang bukan suntikan. Bodoh betul antivax ni

DaisyD Publish time 24-10-2018 07:03 AM

Siap buat report polis lg kak, amboiiii. Lg percaya org yg memerhati lah bagai. Ehhhhh kenod brain lah diaorg niiiii!! :huffy

achilles_heel Publish time 24-10-2018 07:53 AM

anak aku dan kawan2 dia yang ambik suntikan HPV ni elok je...xde plak dia cerita vagina berdenyut bagai...ni bukan pasal bagi suntikan HPV akak oii...ni pasal anak dara tu sendiri merenyam dan x dikawal ibu bapa. biasa la budak remaja. dia fikir dah ada suntikan ni boleh la buat sex. sebagai ibu bapa kena la bagi bimbingan

iloveyou Publish time 24-10-2018 08:43 AM

eh bodohnya antivax ni.

umbut Publish time 24-10-2018 08:49 AM

Bodoh.. kau x kena vaksin tu pun, kalau kau dah miang renyam.. tetap denyut... dasar gatal.. nak salahkan vaksin..
Pages: [1] 2
View full version: 'Vaksin HPV Buat Miss V Berdenyut! Kalau Dah Terlanjur Ambil, Sila Detoks Cepat'


ADVERTISEMENT