Cari-Faizal Publish time 23-10-2018 11:57 AM

Air Terjun Pencakar Langit Daya Penarik Pusat Bandar Guiyang, China

Cuba bayangkan air terjun yang besar dan tinggi berada di tengah-tengah bandar. Semestinya ia membuatkan kita begitu teruja untuk melihat dengan dekat keunikannya.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/21/162650ti9cpnciczbrpcny.jpgFoto: Free Detail Mania




Begitulah keadaannya di Guiyang, barat daya China yang telah membina air terjun setinggi 108 meter mampu menarik perhatian para pengunjung yang datang ke pusat bandar ini.



Memetik dari portal kaki sini, air terjun yang diuruskan oleh Guizhou Ludiya Property Management Co sememangnya direka khas untuk tarikan pelancong.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/21/162704auafya121z93yqwc.jpgFoto: Genzooi




Satu tangki telah dipasang pada ketinggian 121 meter bangunan dan empat pam berkuasa 185 kilowat memberi sokongan untuk mengepam air ke bahagian atas air terjun.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/21/162713we00kepx07ejxob5.jpgFoto: BroBible




Menariknya, dikatakan air yang digunakan di dalam tangki akan dikitar semula dan sumbernya adalah dari hujan dan saluran-saluran lain.
Tapi, air terjun ini tidak beroperasi sentiasa dek kerana kos penyelenggaraannya terutama bil elektrik yang sangat tinggi (penggunaan elektrik menjangkau RM434.00 sejam). Hanya dibuka selama 10 hingga 20 minit pada hari perayaan khas sahaja.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/21/162721b05y5wh09995wtwh.jpgFoto: Daily Mail




Nampak menarik juga air terjun sebegini. Tetapi bila melihat pada kos operasinya terlalu mahal dan membazir pula. Apa pandangan anda semua jika air terjun seperti ini dibina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? - CARI

syue86 Publish time 23-10-2018 02:14 PM

menarik tapi kos plak tinggi

uori Publish time 24-10-2018 04:36 PM

bagi aku la, bunyi air terjun tu yang best. sama macam bunyi hujan atau ombak. rasa nyaman aman2 je. memandangkan aku tinggal tengah2 KL, mampu dengar kat yutiub jahhh:lol::lol::lol:

NmeeraR Publish time 27-10-2018 01:53 PM

Bestnya kalau dapat tengok depan mata

kucing02 Publish time 26-11-2018 03:25 PM

menarik plk aku tgk nye.. tp kalau nk buat bende ni kt kl xyah la kot..
Pages: [1]
View full version: Air Terjun Pencakar Langit Daya Penarik Pusat Bandar Guiyang, China


ADVERTISEMENT