melnanzz Publish time 22-10-2018 09:37 PM

RAHASIA KASIH [Glamadrama ntv7: Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Raza

Rahasia Kasih
Slot GlamaDrama (ntv7)



Drama bersiri arahan Jamal Khan bertajuk Rahasia Kasih bakal mengisi slot Glamadrama di ntv7. Menampilkan gandingan Nadia Brian dan Isa Khan. Bakal menemui penonton pada 30 Oktober nanti.

JUDUL : RAHASIA KASIH
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 30 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot GlamaDrama (ntv7)
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Razak, Ruzana Ibrahim, Hafiz Nolan, Abby Nour,Fizi Amer, Hasnul Rahmat, Wilma Muhammad, Catriona Ross, Indah Emeerlda

WATAK PELAKON
Nadia Brian sebagai Alina
Isa Khan sebagai Nazmi
Syida Melvin sebagai Adeeba
Mathni Razak sebagai Shahrul
Ruzana Ibrahim sebagai Melinda
Hasnul Rahmat sebagai Dato Ariffin
Wilma Muhammad sebagai Datin Syuhada
Catriona Ross sebagai Nailis

SINOPSIS RAHASIA KASIH
Alina yang merupakan pelajar di New Zealand. Alina jatuh cinta dengan Nazmi anak orang kaya yang bercuti di sana. Walaupun pada mulanya Nazmi tidak menyukai Alina, namun ada sesuatu yang mengubah hati Nazmi.

GAMBAR PELAKON

melnanzz Publish time 5-11-2018 09:45 PM

Official poster


melnanzz Publish time 5-11-2018 09:46 PM

FULL CAST LIST

Isa Khan sebagai Nazmi
Nadia Brian sebagai Alina
Mathni Razak sebagai Shahrul
Ruzana Ibrahim sebagai Melinda
Syida Melvin sebagai Adeeba
Hasnul Rahmat sebagai Dato Ariffin
Wilma Muhammad sebagai Datin Syuhada
Catriona Ross sebagai Nailis
Raja Azmi sebagai Puan Azza
Kenji Sawahii sebagai Stevan
Hafiz Nolan sebagai Shaiful
Abby Nour sebagai Suhaila
Indah Emeerlda sebagai Nikina
Fizi Amer sebagai El

melnanzz Publish time 5-11-2018 09:47 PM

SINOPSIS PENUH RAHASIA KASIH

Mengisahkan latar belakang keluarga Nazmi (Isa Khan) iaitu anak tiri kepada Datuk Ariffin (Hasnul Rahmat) yang telah berkahwin dua secara diam-diam. Semua rahsianya terbongkar apabila Datuk Ariffin meninggal dunia, lantas menjadi tamparan hebat buat isteri pertamanya, Datin Syuhada (Wilma Muhammad) setelah nama Nailis (Catriona Ross) selaku isteri kedua dan anaknya Nazmi tersenarai dalam wasiat Datuk Ariffin untuk dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikatnya, manakala Nailis pula menjadi penasihat.

Datin Syuhada mempunyai tiga orang anak bersama Datuk Ariffin – Shahrul (Mathni Razak), Syaiful (Hafiz Nolan), dan Suhaila (Abby Nour). Shahrul merupakan anak sulung Datin Syuhada dan dia tidak begitu berminat dengan perniagaan keluarganya. Bukan itu sahaja, Shahrul juga terpaksa berkahwin dengan wanita pilihan ibunya iaitu Melinda (Ruzana Ibrahim), meskipun sudah memiliki kekasih hati bernama Adeeba (Syida Melvin).

Anak perempuan mereka Suhaila sering membuat hal sendiri dan dia tidak sehaluan dengan kakak iparnya Melinda. Syaiful pula disahkan menghidap penyakit bipolar dan sering rasa diabai oleh keluarga sendiri. Hidup Syaiful mula berubah menjadi lebih indah selepas dia berkenalan dan mula jatuh hati dengan Alina yang akhirnya pulang ke Malaysia demi menyelesaikan sebuah misi.

Siapa sangka, Alina (Nadia Brian) akan bertemu dengan Nazmi sekali lagi selepas kembali di Malaysia, dan dia mula mempunyai perasaan terhadap Nazmi. Konflik bertambah keruh apabila Nazmi telah jatuh hati dengan bekas kekasih Shahrul iaitu Adeeba, serta hadirnya orang ketiga yang sering menghasut dan ingin mengambil kesempatan untuk meretakkan lagi hubungan keluarga ini.

Keadaan menjadi semakin rumit, apakah kesudahan konflik keluarga ini? Adakah Alina akan terus menaruh hati terhadap Nazmi, atau adakah Nazmi tetap akan bersama dengan Adeeba?

melnanzz Publish time 5-11-2018 09:48 PM

"Hanya Kata"
Qody Rany
OST Rahasia Kasih

ynHhmejxdTw

Missfadh Publish time 15-11-2018 08:55 AM

Drama ni takde orang follow ke? I follow sbb terbawa dari drama sblm ni Terima Aku Seadanya.

cikmuni Publish time 15-11-2018 12:42 PM

Missfadh replied at 15-11-2018 08:55 AM
Drama ni takde orang follow ke? I follow sbb terbawa dari drama sblm ni Terima Aku Seadanya.

i follow drama ni..i suka muka2 baru yg fresh, takde lah asik berulang hero heroin yg sama. Wpun ramai pelakon baru tapi diorg takde lah kayu kayan..masing2 boleh berlakon. I suka Jamal Khan direct drama, shot2 dia cantik je expecially scene kat NZ.{:loveo

maybe drama ni underrated sebab tayang kat NTV7, bukan channel fav netizen. gituuuu

Missfadh Publish time 15-11-2018 05:49 PM

cikmuni replied at 15-11-2018 12:42 PM
i follow drama ni..i suka muka2 baru yg fresh, takde lah asik berulang hero heroin yg sama. Wpun r ...

I pun terkejut ntv7 ada drama melayu. Setiap hari tak sabar nak tgk drama ni. Betul ckp u muka baru. Ramai pelakon yg I tak kenal.
Pages: [1]
View full version: RAHASIA KASIH [Glamadrama ntv7: Nadia Brian, Isa Khan, Syida Melvin, Mathni Raza


ADVERTISEMENT