seribulan Publish time 31-5-2019 10:34 AM

1 Hari 1 Hadis

26 Ramadhan

Pengajaran :

1.Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut melebihi 1000 bulan iaitu 83 tahun 4 bulan.

2.Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

3.Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.

4. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.

5.Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar.

seribulan Publish time 1-6-2019 11:57 AM

1 Hari 1 Hadis

27 Ramadhan

Pengajaran :

Inilah sebab yang membuatkan puasa seseorang itu menjadi sia-sia dan hanya merasakan lapar dan dahaga sahaja. Antaranya adalah:

1. Tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta. Terdapat sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:


            

Maksudnya:“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”.

2. Tidak meninggalkan perkataan yang melalaikan dan lucah. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


         

Maksudnya: “Puasa bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan yang melalaikan dan lucah”.

Antara Sebab Qiyam Menjadi Sia-Sia

1. Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiyam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiyam seseorang itu boleh menjadi sia-sia. Ini kerana, riya; merupakan sifat orang munafiq.

johan-adx Publish time 2-6-2019 05:53 AM

Petua saya..hulurkan lah duit raya utk mak ayah adik bradik terdekat serta anak buah sblm raya sbg sedeqah..
Slalunya org bg bila dh msk syawal..amaun yg sama.tp bulan islam yg berbeza..ganjaran sgt tinggi jika dibagi masih dlm ramadhan..amal2kan

seribulan Publish time 2-6-2019 09:48 AM

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim**sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa**memperoleh rahmat dari Nya.*

*آمِيّنْ... آمِيّنْآمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*

Terima kasih Sahabat


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tazkirah pagi Ahad:
*28 Ramadhan 1440H:*

Dari Abu Hurairah r.a berkata:
*"Nabi s.a.w selalu mengerjakan iktikaf stiap bulan Ramadhan sbyk 10 hari. Ketika pd tahun Rasulullah s.a.w wafat, baginda mengerjakan iktikaf sbyk 20 hari."*

- HR Bukhari.

seribulan Publish time 2-6-2019 09:49 AM

1 Hari 1 Hadis

28 Ramadhan

Pengajaran :


1. Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin.

2. Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.

3. Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal abadi selama-lamanya.

seribulan Publish time 2-6-2019 06:48 PM

*_Ikhtiar sebelum meninggalkan kediaman dan sebagainya semasa bercuti di hari raya ini_*

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"

iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

** Sila share jika bermanfaat

himun_hino Publish time 3-6-2019 06:29 AM

Doa Akhir Ramadan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami & para sahabat yang kami kasihi dari tipu daya serta fitnah dunia & fitnah dajjal. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh sakinah warahmah dan mawaddah.

                              

_*Aamiin Ya Rabbal Alamiin.*_

johan-adx Publish time 3-6-2019 08:17 AM

HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.



Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim



Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim



Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."

Riwayat Ibn Majah



Di sini dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.



Berkenaan dengan wanita pula, memang terdapat larangan menziarahi kubur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kubur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata “Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”   



Seterusnya, menziarahi kubur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”



Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

Suruhan menziarahi kubur bersifat umum
Menziarahi kubur dilakukan oleh ramai salafus soleh
Tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.


Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kubur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.



Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.



Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.



Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).



Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).



Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ



Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

johan-adx Publish time 3-6-2019 08:22 AM

PERKARA SUNAT DI PAGI RAYA AIDILFITRI1. Mandi Sunat Pagi Hari Raya
Disunatkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.2. Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah.Disunatkan juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid utk menunaikan solat aidilfitri.3. Memakai Pakaian Cantik Dan Bersih
Setelah siap mandi,kita disunatkan memakai pakaian yang cantik dan bersih.Carilah pakaian yang menutup aurat dan tidak terlalu ketat.Ini boleh mengelakkan pandangan dan fitnah dari orang yang melihatnya.Selain itu,pakaian yang ketat juga boleh menyukarkan pergerakan kita semasa aktiviti ziarah nanti.4. Memakai Wangi Wangian
Wangian yang di pakai dapat menjadikan fikiran kita dan orang di sekitar berasa tenang sekali.Ini dapat menimbulkan keceriaan pada hari raya.Kita juga janganlah memakai wangian yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain.Ini boleh menjejaskan khusyuk mereka semasa bersolat aidilfitri nanti.5. Makan Sedikit Sebelum Pergi Bersolat
Kebiasaanya,masjid tempat kami,akan melakukan solat aidilfitri pada pukul 8:40 pagi.Selepas solat hari raya,imam akan membaca khutbah dan juga tahlil kepada mereka yang pergi menghadap Ilahi.Kebiasaanya aktiviti ini akan habis pada pukul 10 pagi.Untuk itu,kita di galakkan untuk menjamah sedikit makanan bagi mengalas perut.Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai gastrik yang boleh menjejaskan kesihatan.Karang di kala orang menyambut raya,anda terlantar di hospital pula.6. Solat Sunat Aidilfitri Dan Khutbah
Amat rugi,bagi yang terlepas solat sunat aidilfitri dan khutbah hari raya.Anda terpaksa menunggu tahun hadapan untuk meraikannya.Di sini kita dapat bertemu dengan kawan-kawan terutama mereka yang tinggal di perantuan.Apa yang menarik adalah imam mengingatkan kita supaya tidak membazir seperti membakar mercun dan berbelanja sakan.Imam berkata dari kita membakar duit,lebih baik menyedekahkan kepada saudara Islam yang tinggal di Gaza,Syria dan juga tempat yang lebih memerlukan.Paling tempat masyarakat muslim yang tinggal di kemboja yang perlu di bantu dari segi ekonomi,pendidikan dan juga pembangunan di sana.7. Berjalan Kaki Menuju Tempat Dikerjakan Solat Hari Raya
Berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.Disunatkan juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu.Selain itu, orang yang berjalan ke masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.8. Pergi Dan Balik Ke Masjid Mengikut Jalan Berbeza
Kita juga di sunatkan berjalan kaki ke Masjid bagi yang tinggal dekat dengan rumah Allah ini.Selain itu,Pergi dan balik mengikut jalan lain membolehkan kita mengetahui apa yang berlaku di kawasan kejiranan kita.Kita juga dapat bertemu dengan lebih ramai orang untuk bertanya khabar.

seribulan Publish time 3-6-2019 10:13 AM

1 Hari 1 Hadis

29 Ramadhan

Pengajaran:

1. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memelihara kesihatan tubuh badan supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan baik dan sempurna.

2. Setiap Muslim hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Ambillah makanan dengan kadar yang sederhana dan mampu memberikan tenaga untuk melakukan amal, jangan berlebihan yang boleh mendatangkan mudarat.

3. Mudarat pada kesihatan adalah berpunca daripada makanan yang keterlaluan. Obesiti atau kegemukan akibat makan yang berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan sebagainya. )


Menjelang lebaran, berpada-padalah semasa makan, jangan berlebihan sehingga menyebabkan badan terasa berat dan malas. Kata al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab: "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Al-Kasyf al-Ilahi, m/s 499).

johan-adx Publish time 3-6-2019 03:53 PM

Apakah itu Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.Bilakah Zakat Fitrah difardhukan?
Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.

Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.

Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.Bayaran zakat fitrah juga disekalikan dengan lafaz akad yang dikendalikan oleh amil (pemungut zakat) dan lafaz akad terbahagi kepada tiga:
1. Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.









seribulan Publish time 4-6-2019 11:08 AM

1 Hari 1 Hadis

30 Ramadhan

Pengajaran :

1. Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.

2. Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

3. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.

seribulan Publish time 9-6-2019 11:02 AM

1 Hari 1 Hadis:

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Tuntutan Kepada Orang Beriman


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.


2.Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.


3.Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).


4.Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri.


5.Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan tali persaudaraan dan menyambungkan silaturahim.


Ambillah peluang sempena Syawal untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat handai melalui kunjung-mengunjung sesama kita. Jadikanlah tuturkata kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.


Doa 4 Syawal 1440 hijrah


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Yaa Allah, ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, dan saudara2 se Islam kami.


Yaa Allah, jadikanlah hari ini bagi kami, lebih baik daripada semalam.


Yaa Allah, jika hari ini ada diantara kami yang sedang sakit, mohon angkatlah penyakitnya. Berikanlah kesembuhan untuknya, kerana hanya Engkau yang Maha Penyembuh.


Yaa Allah, jika hari ini ada di antara kami, yang kesulitan rezekinya mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya, karena hanya Engkau yang Maha Pemberi Rezeki.


Yaa Allah, jika hari ini ada diantara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian Mu, mohon kuatkanlah dia untuk dapat bertahan dan bersabar. Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia Mu. Kerana janji Mu yang tak pernah Engkau mungkiri. Setelah kesusahan ada kesenangan.


Yaa Allah, jika hari ini ada di antara kami yang ada benih2 sakit hati di hati nya, sombong, iri hati, dengki dan dusta.
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia yaa Allah.


Yaa Allah, jika sampai hari ini ada diantara kami, yang merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami, yang disengaja atau pun yang tidak disengaja, bukakanlah pintu hatinya, agar memaafkan kami.


Yaa Allah, ampuni lah dosa dan kesalahan kami.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.




*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُه*ُ
*&* *وَعَلَيْكُمُ الْسَّــــــــــلاَمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــــــهِ وَبَرَكَــــــــــاتُة*
*الحمد للّه*
*Semoga hari ini kita* *sentiasa* *dalam* *perlindungan* *ALLAH* *swt,* *dipermudahkan* *segala* *urusan,* *perjalanan,* *diteguhkan* *silaturrahim**sesama* *kita, dilimpahkan dengan* *rezeki yang bertambah* *dan sentiasa**memperoleh rahmat dari Nya.*


*آمِيّنْ... آمِيّنْآمِّيْنَ يَا رَبَ*ّ *الْعَالَمِيْنَ ...*


Terima kasih semua :)

johan-adx Publish time 10-6-2019 08:22 AM

Kelebihan puasa enam hari di bulan Syawal

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (Muslim : 1164)

Kefahaman daripada hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diberikan pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.

Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.


johan-adx Publish time 11-6-2019 08:00 AM

Cara Mudah Solat Dhuha dan Doa Dhuha, Rugi Jika Tidak Amalkan

Solat Dhuha merupakan salah satu dari amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.
Ia dipanggil solat dhuha kerana waktu yang dikhususkan untuk mengerjakan solat sunat ini ialah pada waktu Dhuha sahaja.

Waktu Dhuha merujuk pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, kira-kira 20 minit selepas terbit matahari. Waktu Dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu Zohor.

Terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi dengan mengamalkan solat Dhuha. Sebelum itu, apakah cara mudah dan betul untuk melaksanakan solat sunat Dhuha? Di sini akan dikongsikan langkah-langkah mudah solat Dhuha berserta doa Dhuha sebagai panduan anda.

1. Bilangan rakaat
Solat Dhuha dilakukan dengan 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan boleh diulang sehingga 6 kali solat (2 rakaat x 6 kali solat) setiap hari.

2. Lafaz Niat Solat Dhuha

Usolli sunnataddhuha rok’ataini lillahi ta’ala

Maksud: Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

3. Bacaan Dalam Solat
Dari segi rukun, tertib dan syarat sah solat, solat Dhuha adalah sama seperti solat wajib yang lain. Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, terdapat bacaan surah tertentu yang digalakkan oleh para ulama’.

Untuk rakaat pertama, anda digalakkan untuk membaca surah as-Shams dan surah ad-Dhuha pada rakaat kedua. Walaubagaimanapun, ini hanyalah galakan. Terserah pada anda untuk membaca surah yang anda ingini. Bagi bacaan-bacaan lain pula seperti sujud, rukuk dan sebagainya, adalah sama seperti solat biasa.

4. Doa Dhuha

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka,

walbahaa’a bahaa uka, waljamaala jamaaluka,

walquwwata quwatuka, walqudrota qudrotuka wal’ismata ‘ismatuka.

Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu,

wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu wa’in kaana mu’assiron fayassirhu,

wa’in kaana harooman fathohhirhu, wa’inkaana ba’idan faqorribhu,

bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita ‘ibaadakassolihiin.

Maksud: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Anda juga boleh klik link ini untuk mendengar nasyid doa Dhuha oleh UNIC.

Kelebihan Solat Dhuha
Umum mengetahui bahawa solat ini dikaitkan sebagai amalan yang dapat membuka pintu-pintu rezeki. Dengan mengamalkannya, seseorang itu akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah serta hati yang tenang.

Harus diingatkan di sini bahawa rezeki itu tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja. Ia juga boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti:

dikurniakan kesihatan tubuh badan
rezeki yang mencukupi serta berkat, anak-anak yang soleh dan solehah
dapat mengerjakan ibadat umum dan ibadat khusus
dipermudahkan urusan dalam seharian kehidupan sebagai seorang Muslim.
Selain itu, dengan mengamalkan solat Dhuha juga, seseorang itu akan mendapat keampunan dari Allah swt.

Kita disarankan untuk mengamalkan solat sunat ini dalam kehidupan seharian anda.

Pada awalnya mungkin anda berasa berat untuk melakukannya. Tetapi apabila ianya menjadi sebahagian dari rutin harian, anda pasti berasa nikmat dan seronok mengerjakannya. Semoga panduan ini dapat menjadi titik perubahan dalam kehidupan anda sebagai seorang Muslim. Selamat beramal!

johan-adx Publish time 12-6-2019 09:00 AM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim No: 1984). Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.

3. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat Syawal boleh bermula pada dua hari raya eidil fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga 30 hb Syawal.

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.

Jadilah kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)

johan-adx Publish time 12-6-2019 09:03 AM

Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Iman dan Ketaatan

Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."



Matan Hadith:

عَنْ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

]التخريج: صحيح مسلم ,كتاب الْقَدَرِ , بَابُ تَصْرِيفِ اللَّهِ تَعَالَى الْقُلُوبَ كَيْفَ شَاءَ , حديث رقم 2654, عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما[

وَفِي رِوَايَةِ التِرْمِذِي: كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

وَفِي رِوَايَةِ إِبْنِ مَاجَه : وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ



Pengajaran Hadith :

Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
Begitulah fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Maka berhati-hatilah dalam menjaga apa yg ada dalam hati agar tetap berada atas kebaikan. Sesungguhnya penglihatan, pendengaran, persekitaran, pergaulan dan apa yang dimakan atau diminum serta dibaca oleh seseorang mampu menyebabkan hati itu berubah-ubah dengan izin Allah SWT. Namun, Allah SWT jua yang memberikan ilham dan ikhtiar kepada hamba-Nya untuk memilih jalan bahagia ataupun sengsara. Seseorang Muslim dituntut agar memohon hidayah kepada Allah SWT sekurang-kurang sebanyak 17 kali sehari (dalam solat).
Rasulullah SAW sendiri sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT. Jika Allah SWT berkehendak (untuk menjadikan hati seseorang sesat) maka ia akan disesatkan-Nya dan jika Dia berkehendak (menetapkan iman seseorang) maka akan diteguhkan di atas petunjuk-Nya. Justeru, berdoalah agar Allah SWT meneguhkan hati dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

Sumber Rujukan :

Kitab Sahih Muslim
Kitab Jami’e at-Tirmizi
Kitab Sunan Ibn Majah
Kitab Musnad Ahmad
Kitab Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi
Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-Qari

ipes2 Publish time 13-6-2019 12:52 AM

alhamdulillah, bagus thread ni
jika baca satu dan pahami betul2 dah dapat byk dah panduan hidup

johan-adx Publish time 13-6-2019 08:15 AM

http://1.bp.blogspot.com/_h_Ng3xJsrdc/S9eGMfYeQ8I/AAAAAAAABKk/vAALw54YV5U/s400/ketenagan.jpg
Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain

Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman.


Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga
amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidup kita seperti roda yang berputar.

Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

johan-adx Publish time 13-6-2019 08:21 AM

Beramallah Dengan Ilmu Yang Telah Dipelajari

Pada minggu yang lalu, kita telah membicarakan berkenaan kewajipan menuntut ilmu. Namun di samping kewajipan kita di dalam menuntut ilmu, adalah menjadi suatu tanggungjawab kita juga untuk mengamalkan serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kita tidak perlu untuk menunggu sehingga sesuatu ilmu itu banyak untuk mengamalkannya, Amalkanlah setiap ilmu yang kita sudah mempelajarinya meskipun sedikit asalkan kita berusaha dan ikhlas dalam mengamalkannya.

Antara cara kita mengamalkan sesuatu ilmu yang telah dipelajari itu adalah dengan mengajarkannya atau berkongsi dengan orang lain.Pepatah arab pernah mengatakan bahawa:

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ

Maksudnya:

“Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Syeikh Abdurrahman bin Qasim rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa:

“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan. Sebab orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang bodoh.”

Oleh itu saudara, amalkanlah sesuatu ilmu walaupun sedikit kerana ia pasti akan membawa keberkahan dalam hidup kita. Begitu juga, janganlah kita meninggalkan ilmu yang telah kita pelajari kerana lambat laun ilmu itu pasti akan hilang dan lari meninggalkan kita. Sebaliknya, genggamlah ilmu itu dengan kuat, nescaya ilmu itu pasti akan memberi manfaat kepada kita baik di dunia, mahupun di akhirat.

Akhir sekali, marilah bersama-sama kita mengamalkan doa yang pernah dibacakan oleh nabi s.a.w yang berbunyi:

” Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima”.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Doa ini pernah dibacakan oleh nabi s.a.w selepas selesai menunaikan solat fardu subuh. Mudah-mudahan kita dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, amalan yang diterima serta diberikan kekuatan untuk mengamalkan setiap ilmu yang telah kita pelajari sehingga akhir hayat kita, allahumma amin.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11
View full version: Tazkirah kompak


ADVERTISEMENT