Cari-Nora Publish time 15-10-2018 04:38 PM

Penuhkan Tabung Anda Cepat, 10 Lokasi Di Paris Buat Ramai Tak Sabar Nak Terbang

Semua orang tahu bahawa Paris merupakan ibu kota romantis di dunia. Ia juga telah banyak memberi inspirasi kepada artis seperti Hemingway, Balzac, lagu-lagu cinta dan pelukis-pelukis terkenal.


Anda perlu datang sendiri ke Paris untuk memahami mengapa ia telah banyak mempengaruhi artis-artis ini. Kali ini kami ingin berkongsi 10 gambar lokasi-lokasi indah di Paris.


Selamat menjamu mata!


Arc de Triomphe
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150825aw4p24sp6pl46zln.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Ini adalah antara lokasi wajib dikunjungi. Memang sesuai di Instagram kan!




Musée de l'Orangerie
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150825xugq3zz3k3mwq0sl.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Musée de l'Orangerie terletak di hujung Taman Tuileries. Di sini anda boleh menyaksikan lukisan Monet yang terkenal iaitu Nymphéas (Water Lily) yang dijadikan mural.




Sacré-Coeur
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150826h5jppesz3weelzw5.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Pemandangan dari atas bukit di sini sangat menakjubkan. Anda boleh melihat pemandangan sekeliling kota Paris!




Parc des Buttes-Chaumont


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150826qcub5tcg9da55eip.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Di sini terdapat cerun, tasik dan juga air terjun. Sesuai untuk anda menenangkan diri sebentar.




Sainte-Chapelle


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150826ro76xunlf3obx4re.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Anda perlu menaiki tangga untuk ke atas dan menyaksikan seni bina bercirikan gothik ini.




Jardin des Tuileries


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150825tg5t45ehbj6zm3h8.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Terletak di lokasi yang sempurna, dari sini anda boleh melihat Louvre dan juga Place de la Concorde. Anda pasti bakal mengagumi taman bercirikan abad ke-17 ini!




Rue Crémieux


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150826j60sguio8eei3nqi.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Lagi lokasi sempurna untuk berfoto-foto!




Galeries Lafayette


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150825dnu88584igi34iue.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Bagi anda yang mempunyai bajet untuk membeli-belah, disinilah tempatnya!




Musée du Louvre

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150825tk6zdu0s5kvk5vvu.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Menempatkan potret Mona Lisa dan banyak lagi karya seni terkenal yang lain, penggemar seni wajib berkunjung ke sini!




River Seine

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/15/150827rbs4zn2p2kn4xt7u.jpgFoto:Conde Nast Traveler


Setelah penat seharian berjalan, waktu petang anda boleh berehat sebentar di kawasan ini. Memang indah mata memandang!


Kumpul duit dari sekarang, tahun depan dah boleh melawat Paris! Selamat melancong! -CARI

puanbintang Publish time 16-10-2018 02:23 PM

aduh! cantiknya...berapa tahun nak tunggu penuh tabung ni..

uda Publish time 16-10-2018 03:37 PM

I beradabdi Paris now.
Biasa2 aje tempat2 tu. bangunan kat sini semua bangunan2 lama
Champ Alsees(spelling x betul)- mcm kelabu aje sbb bangunan lama
Pastu di Aiffel tower- berbau hancing. Tenguk org kencing merata2, selamba aje kencing kat pokok

abang2010 Publish time 24-10-2018 10:19 PM

uda replied at 16-10-2018 03:37 PM
I beradabdi Paris now.
Biasa2 aje tempat2 tu. bangunan kat sini semua bangunan2 lama
Champ Alsees( ...

betul tu, tempat tu biasa2 je, banyak pencuri dan penipu,berbau hancing, tak romaktik pun.
Pages: [1]
View full version: Penuhkan Tabung Anda Cepat, 10 Lokasi Di Paris Buat Ramai Tak Sabar Nak Terbang


ADVERTISEMENT