Cari-Faizal Publish time 15-10-2018 12:46 PM

Nasi Lebih Boleh Buat Keropok? Ini Resipinya

Adalah satu masalah buat seorang suri rumah tidak tahun nak buat macam mana dengan nasi lebih yang ada. Nak di buang sayang. Nak simpan dan nak makan semula keesokan harinya, tentu sudah tak segar lagi sesegar nasi panas baru. Akhirnya nasi menjadi basi sahaja di dalam periuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/13/163806fju9d6o7vcccd4kq.jpgFoto: Google



Tunggu! Jangan bazirkan nasi lebih anda tu. Daripada sayang dibuang, apa kata cuba resipi keropok nasi yang agak rare ni.


Resipi Keropok Nasi


Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk, rendam 1 jam
1 mangkuk tepung ubi / secukupnya
3 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 batang daun bawang. Hiris nipis
garam secukup rasa
stok ayam / kiub ayam


Cara-cara membuatnya


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/13/163819r59y1aere1smgaan.pngFoto: Vi Wanita




1. Kisar nasi, bawang putih, ketumbar sampai halus.


2. Masukkan garam, hirisan daun bawang dan kiub ayam.


3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sampai liat.


4. Angkat adunan dan bentukkan lonjong (seperti keropok lekor batang) dan rebus dalam air mendidih sehingga terapung sendiri.


5. Angkat dan potong nipis, kemudian jemur di bawah cahaya matahari sehingga kering.


6. Hasilnya, keropok yang rangup apabila digoreng.


Selamat mencuba! - CARI


Kredit : Vi Wanita

awanearisu Publish time 15-10-2018 01:06 PM

Bolehlah cuba :)

chinta89 Publish time 15-10-2018 01:10 PM

wowwwwwwwww nk try lah

tumpanglalu74 Publish time 15-10-2018 01:34 PM

Kat Restoren Siam

Memang sume wat camni..Aku terjumpe cebisan sayor dalam keropok ade sekali tu.Tobat tak pegi dah.. :I

Depe kaut sume nasik lebih dalam pinggan tu buat keropok.Dia blender dulu la pastu.Tu pasal keropok kat gerai2 tu texture tak sama dengan keropok yang korang goreng kat dapor sendiri tu.Yang korang beli kering tu..


awanearisu Publish time 15-10-2018 01:40 PM

tumpanglalu74 replied at 15-10-2018 01:34 PM
Memang sume wat camni..Aku terjumpe cebisan sayor dalam keropok ade sekali tu.Tobat tak pegi dah ...

Patutlah tak sama dengan keropok sedia digoreng. Dah tahu nak buat sendiri la

ffbeauties Publish time 15-10-2018 03:38 PM

Ni mesti dapat resipi dari amah indonesia kan.. kebanyakan amah indon yg datang bekerja ke Malysia dr golongan miskin kan. So diorang guna apa saja utk dijadikan makanan selagi boleh.
Rajin pulak majikan ni g tiru resipe pulak.
Kalau dapat kat kita memang selamat ke tong sampah.

aleesyasofia Publish time 15-10-2018 06:59 PM

boleh cuba nie.. bosan gak kalo slalu bt nsi grg jer..

tumpanglalu74 Publish time 15-10-2018 11:07 PM

awanearisu replied at 15-10-2018 01:40 PM
Patutlah tak sama dengan keropok sedia digoreng. Dah tahu nak buat sendiri la

Aku cakap ade sayur.So itu obviously nasik sise lebih pelanggan la.Harap kau paham sekarang ni.

puanbintang Publish time 16-10-2018 02:25 PM

wah..1st time dapat tau..boleh cuba ni :loveliness:

kucing02 Publish time 28-11-2018 12:28 PM

sedap.. bllh try ni

PuanAbby Publish time 19-6-2019 01:49 PM

Kedai indon banyak keropok macam ni

brownsaga Publish time 20-10-2020 08:06 PM

Erkkkk{:1_273:}

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:00 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1]
View full version: Nasi Lebih Boleh Buat Keropok? Ini Resipinya


ADVERTISEMENT