dauswq Publish time 11-10-2018 04:22 PM

[MBC] Bad Papa - Jang Hyuk , Son Yeo Eun, Lee David

For more info >> kmania.info

https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2018/09/Dn3s_KaVYAAeSQ6.jpg?resize=640%2C512&ssl=1
“Bad Papa” adalah sebuah drama bertemakan aksi, kekeluargaan dan penuh dramatik. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang memilih untuk tampak 'jahat' di mata anaknya demi menjadi ayah yang bertanggungjawab dan mithali.

Jang Hyuk, pernah tercalon dua kali Best Actor CARI Kdrama Awards sebelum ini, akan melakonkan watak bekas juara dunia dan juga juara bertahan 13 kali sukan tinju Yoo Jin Chul. Beliau dilema antara menjadi baik dan jahat untuk membuktikan kasih sayang terhadap anaknya. Kehidupannya berubah 360 darjah, saat beliau kehilangan kemasyhuran, wang dan keluarga sekaligus.


Populariti seorang peninju handal yang semakin merundum membuatkan kehidupan Yoo Ji Chul jadi tunggang-langgang. Namun, Yoo Ji Chul tiba-tiba menemui ‘ubat’ yang sangat efektif untuk mengubah nasibnya. ‘Ubat’ misteri itu membawanya kembali bertarung di atas ring sebagai mixed martial arts fighter dan perlahan-lahan, beliau kembali mencari keluarganya untuk mengisi balik masa yang hilang sebagai ayah. Lakonan sebagai Yoo Jin Chul bakal membuktikan kewibawaan dan versatili Jang Hyuk, dijangka akan membuatkan penonton mengalirkan air mata.

“Bad Papa”diarahkan oleh Jin Chang Kyu dari “Rebel: Thief Who Stole the People” dan ditulis oleh Kim Sung Min. Ditayangkan bermula 2 Oct setiapa hari Selasa dan Rabu di cenel Astro 394 Oh K, antara pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Son Yeo Eun, Lee David, Jun Man Sik, Jung Sung Hoo, Kim Jaekyung dan Shin Eun Soo.

TXo-Zg7dCp4

cik_sssara Publish time 17-10-2018 10:51 AM

Cerita UFC pulak. Nice, tapi menyampah lah dengan rambut hero ;P

Just curious kenapa dia tak kena effect pil biru tu macam lelaki yang mati jadi bahan ujikaji tu. Ke tu ubat lain pulak.

adel7 Publish time 21-10-2018 01:56 AM

Takde sape tgk cite ni ke? Best kottttt

lonso Publish time 23-10-2018 12:00 AM

dalam list nak tgk.. byk sgt drama best skrg.. tak terkejo...

cik_sssara Publish time 23-10-2018 11:39 AM

Menyampah pulak dekat bini dia. Ada ke patut tulis biografi untuk rival suami sendiri? Patutnya cerita ni tajuk Bad Mama :huffy

mimiekiut Publish time 1-11-2018 12:35 PM

adel7 replied at 21-10-2018 01:56 AM
Takde sape tgk cite ni ke? Best kottttt

my dotter kata cite ni best..betul ke uols??

qis13 Publish time 1-11-2018 12:56 PM

mimiekiut replied at 1-11-2018 12:35 PM
my dotter kata cite ni best..betul ke uols??

Iols rekod je cite ni kat pvr... tapi lum ada masa lagi nak tenguk..hihi

adel7 Publish time 2-11-2018 05:19 PM

mimiekiut replied at 1-11-2018 12:35 PM
my dotter kata cite ni best..betul ke uols??

Betul best. Try la tgk. Takde cinta2 ngokngek ye dlm ni. Haha

mimiekiut Publish time 2-11-2018 06:48 PM

adel7 replied at 2-11-2018 05:19 PM
Betul best. Try la tgk. Takde cinta2 ngokngek ye dlm ni. Haha

Hahahaha..nak cite cinta2 ngokngek pi benang sebelah la...hahahaha
Pages: [1]
View full version: [MBC] Bad Papa - Jang Hyuk , Son Yeo Eun, Lee David


ADVERTISEMENT