dauswq Publish time 11-10-2018 03:05 PM

Pernah tolak tawaran belajar ke London, kali ini Asri tekad... cuma Ma pesan jan

Pernah tolak tawaran belajar ke London, kali ini Asri tekad... cuma Ma pesan jangan kahwin dengan orang putih
MUHAMMAD IQBAL RAMLAN9 October 2018







Pasti ramai yang mengimpikan untuk menyambung pelajaran di luar negara. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana terdapat banyak kriteria dan halangan yang perlu dipenuhi atau ditempuhi bagi melayakkan diri termasuklah keputusan akademik yang cemerlang.
Namun, semua itu sama sekali tidak mematahkan semangat Mohd Asri Jusoh untuk meneruskan cita-citanya melanjutkan pelajaran di Victoria University of Wellington di New Zealand.

Menurut anak kelahiran Dungun, Terengganu ini, sebelum melanjutkan pelajarannya ke New Zealand, dia telah melanjutkan pelajaran di Kolej Profesional Malaysia (KPM) cawangan Indera Mahkota, dalam jurusan Diploma in English Communication.
Minatnya untuk menyambung pelajaran ke luar negara telah bermula sejak di KPM lagi.

http://kampusuols.com/uploads/images/2018/10/09/x63635.jpg.pagespeed.ic.KaXjGIzEWH.jpg

MOHD ASRI

“Ketika saya di KPM, ramai senior saya yang mendapat tawaran ke New Zealand, jadi impian saya berkobar-kobar nak ikut jejak langkah mereka,” katanya ketika ditanya tentang sebab dia berminat untuk menyambung pelajaran di New Zealand.

“Alhamdulillah ketika di semester 4, 5 dan 6 saya telah berjaya mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 selama tiga semester berturut-turut dan saya juga telah diberi tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kolej berkenaan.

“Disebabkan itu juga, saya telah mendapat tawaran ke peringkat Ijazah dalam Media Communication di University of Glamorgan, London dan tawaran ini tidak memerlukan saya untuk ditemuduga kerana saya memang sudah dapat masuk ke universiti tersebut," katanya.

http://kampusuols.com/uploads/images/2018/10/09/x63631.jpg.pagespeed.ic.wf72mhKPkD.jpg

Saat menerima ijazah


Walaupun kursus yang ditawarkan tidak begitu diminati, namun dia tertarik dengan tawaran tersebut dan sudah bersemangat untuk pergi kerana ianya di kota London! Namun, ketika itu ibunya tidak membenarkannya menerima tawaran itu kerana ‘convertible loan’ yang bermaksud, jika keputusan yang cemerlang, pinjaman akan ditukarkan menjadi biasiswa. Jika tidak, pinjaman sebanyak RM300,000 perlu dibayar semula.

Tambah lagi, ayahnya baru sahaja meninggal dunia pada waktu itu menyebabkan ibunya yang dipanggil 'Ma' agak keberatan untuk melepaskannya ke luar negara.

“Saya ingat lagi, selepas saya ke liang lahad ayah, Ma kata memang tak benarkan saya ke luar negara. Kami orang susah, Ma saya kehilangan tempat bergantung. Jadi, saya telefon MARA dan saya tolak tawaran ke London," katanya.

Selepas itu, Asri telah menerima tawaran daripada Universtiti Kebangsaan Malaysia dan sebulan sebelum sempat mendaftar diri, dia telah mendapat tawaran untuk mengikuti jurusan Bachelor of Education di Victoria University of Wellington.

“Ketika itu, Ma benarkan saya pergi kerana tawaran itu ditaja sepenuhnya menerusi biasiswa dan ada sahabat yang telah berjaya meyakinkan Ma.”
Pada tahun 2012, dia telah memulakan pelajarannya di University of Wellington dalam bidang ‘Teaching English for Speakers of Other Languages’ (TESOL).

http://kampusuols.com/uploads/images/2018/10/09/x63631.jpg.pagespeed.ic.wf72mhKPkD.jpg

Saat menerima ijazah.

Sebelum berangkat ke New Zealand, hanya dua pesanan sahaja yang telah diberikan oleh ibunya.

“Ma pesan, jangan kahwin dengan orang putih dan saya perlu call setiap hari. Sebabnya Ma rasa macam hilang tempat bergantung lepas ayah saya meninggal dunia.

“Ma minta saya call setiap hari, cerita tentang kehidupan saya padanya. Kalau saya tak telefon satu hari, mesti Ma akan suruh kembar saya, Mohd Azan, cari atau mesej saya,” tambahnya.

http://kampusuols.com/uploads/images/2018/10/09/x63636.jpg.pagespeed.ic.CmtCeqvTWx.jpg

Berpeluang merasai suasana salji turun di tempat orang.
Menurut Asri lagi, pengalaman belajar di sana amat bagus.
“Alhamdulillah, New Zealand adalah negara yang terbaik untuk pelajar dari seluruh dunia untuk sambung belajar kerana keindahan alam di sana,” katanya.
Antara pengalaman menarik semasa di sana adalah berpeluang merasai cuaca bersalji buat pertama kalinya, di bandar Queenstown, menjelajah seluruh bandar besar serta dilantik sebagai Presiden Pelajar Malaysia di Wellington.

Selain itu, Asri pernah mengadakan pementasan teater mengenai Malaysia dan Festival Malaysia di tengah bandar Wellington. Dia juga pernah menari tarian Bollywood di atas pentas untuk menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia pada rakyat New Zealand.

Pernah mendapat peluang mengajar di lima buah sekolah di bandar Wellington, agak lucu baginya apabila pelajar di sana tidak pernah mendengar nama negara Malaysia, tapi apabila MH370 disebut... barulah mereka tahu tentang Malaysia.

Namun, di sebalik semua pengalaman manis itu, Asri turut berhadapan dengan detik sukar sepanjang berada di negara orang.
http://kampusuols.com/uploads/images/2018/10/09/x63637.jpg.pagespeed.ic.jJwzEIa7el.jpg

“Kesukaran paling besar ketika hari raya. Saya rindu akan masakan ibu, kuih-muih dan makanan hari raya seperti ketupat dan lemang," katanya.

Bukan itu sahaja, saya juga pernah merasai pengalaman mengahadapi bencana alam yang agak dahsyat, yang belum pernah dialaminya di Malaysia.

“Terdapat satu pengalaman paling mendebarkan apabila kami terlibat dalam gempa bumi yang besar, mencecah 6.9 skala Richter pada Ramadan 2014, sepuluh minit sebelum waktu berbuka puasa,” katanya lagi menceritakan pengalaman yang dialaminya.

Walaupun berhadapan dengan segala kesukaran tersebut, akhirnya dia telah berjaya menamatkan pelajarannya di University of Wellington pada tahun 2015 dengan gred ‘Second Class, First Division’.

Kini, dia telah pun bergelar seorang guru di Maktab Rendah Sains MARA di Muadzam Shah Pahang, menyampaikan segala pengalaman dan ilmu yang diperolehnya kepada pelajar di sana.

https://kampusuols.com/article/422866/U-In-News/ISU/Pernah-tolak-tawaran-belajar-ke-London-kali-ini-Asri-tekad-cuma-Ma-pesan-jangan-kahwin-dengan-orang-putih


dauswq Publish time 11-10-2018 03:06 PM

share kat sini sbb diani forumer CARI yg aktif di bod filem wayang & tok ti dulu :lol:

dauswq Publish time 11-10-2018 03:07 PM

@eddysheddy @sixret @harisbee @masdiana_ana kenal tak? :lol:

umbut Publish time 11-10-2018 03:47 PM

Belajar sungguh2 supaya loan tu turn biasiswa..

harisbee Publish time 11-10-2018 04:43 PM

dauswq replied at 11-10-2018 03:07 PM
@eddysheddy @sixret @harisbee @masdiana_ana kenal tak?

x kenal pun...apa id dia :lol:

harisbee Publish time 11-10-2018 04:44 PM

ayie ker? ;P

dauswq Publish time 11-10-2018 04:49 PM

harisbee replied at 11-10-2018 04:44 PM
ayie ker?

perghhh betoii abg bee teka :lol:

cepat jek masa berlalu.
time dia aktif kt porum pun bebudak lagi rupanya.



harisbee Publish time 11-10-2018 09:40 PM

dauswq replied at 11-10-2018 04:49 PM
perghhh betoii abg bee teka

cepat jek masa berlalu.


Dah balik ke dia? Curlast ambik tesl...mohon muncul

eddysheddy Publish time 11-10-2018 10:17 PM

Ala abg bee dah teka.. boleh agak AyieBoyz sebab ada kembar dan org ganu

dauswq Publish time 12-10-2018 07:16 PM

harisbee replied at 11-10-2018 09:40 PM
Dah balik ke dia? Curlast ambik tesl...mohon muncul

lama dh dia tak aktif porum kot..sibuk jd cikgu

dauswq Publish time 12-10-2018 07:17 PM

eddysheddy replied at 11-10-2018 10:17 PM
Ala abg bee dah teka.. boleh agak AyieBoyz sebab ada kembar dan org ganu

dengar2 pun dia ade kembar tp tak berapa clear..

aku kdg2 tertukar dgn @apang sbb dua2 ni minat tgk movie hindustan dulu ;P

harisbee Publish time 13-10-2018 11:04 AM

Mantap ayie ni...best student jd presiden lg... x kan x sempat nak berforum kot cikgu? Apang dah g oversea jugak ke senyap ja

maryrosie Publish time 22-10-2018 12:26 PM

Saya tidak pernah tahu siapa dia sehingga saya membaca artikel ini, saya akan belajar lebih banyak tentang Dungun! hole io

sixret Publish time 5-11-2018 06:05 PM

Alhamdulillah kenal. Asri Dungun pernah jadi momod board Siti suatu ketika dulu kalau tak silap. :loveliness:

chadpeterson12 Publish time 22-4-2019 09:54 PM

My daughter went into theessayservice teaching and left after becoming fully certified in two states, because she put her children's well being above her career in teaching. Both of us received recognition for our work in the classroom. Teaching can be a rewarding career when the proper support systems are in place for the teacher. For the average teacher - support systems do not exist!

tommyhulk Publish time 10-8-2019 05:24 PM

chadpeterson12 replied at 22-4-2019 09:54 PM
My daughter went into theessayservice teaching and left after becoming fully certified in two states ...

The information is very special, I will have to follow you, the information you bring is very real, reflecting correctly and objectively, it is very useful for society to grow together. run 3
Pages: [1]
View full version: Pernah tolak tawaran belajar ke London, kali ini Asri tekad... cuma Ma pesan jan


ADVERTISEMENT