Cari-Faizal Publish time 11-10-2018 11:50 AM

Beg Selalu Lebih Muatan? Ini 4 Trick Yang Traveler Boleh Cuba..

Satu masalah yang seringkali dialami bila melancong atau bercuti ialah masalah beg terlebih muatan apabila hendak berkemas untuk balik. Apa tidaknya, semasa bercuti macam-macam buah tangan hendak dibeli untuk diri sendiri, keluarga dan juga sahabat handai sehinggakan tidak sedar apa yang dibeli sudah melebihi muatan maksimum beg sendiri.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201810/07/154329bmjpjtpf6xaxzdtz.jpgFoto : shutterstock




Berikut antara tips dan trick yang anda boleh cuba untuk mengelakkan beg anda terlebih muatan serta dapat memaksimumkan ruang yang ada di dalam beg anda.


1. Pakai pakaian yang paling berat, jangan simpan dalam beg


Sebenarnya anda boleh memakai seberapa banyak dan berat pakaian yang boleh. Pihak pemeriksaan di lapangan terbang tidak boleh menghalang anda untuk memakai seberapa banyak lapis baju yang anda pakai.


2. Pastikan beg anda mudah untuk dicari


Kehilangan beg semasa bercuti ataupun pulang bercuti sudah pasti amat merisaukan kita. Jadi, bagi memastikan beg anda mudah dicari, pastikan anda meletakkan sehelai kertas yang mengandungi nama, nombor telefon dan juga maklumat penerbangan. Maklumat ini akan membantu anda untuk mencari semula beg anda jika beg anda hilang.


3. Jangan letakkan alamat penuh rumah anda pada tag beg anda


Meletakkan alamat penuh di tag beg anda adalah sangat bahaya. Anda harus ingat alamat penuh rumah anda jika diketahui oleh orang yang tidak diingini sudah pasti akan membahayakan dan mengancam penghuni rumah dan keluarga anda. Adalah lebih baik jika anda letakkan alamat pejabat tempat kerja anda.


4. Bawa beg tambahan untuk hadiah dan cenderahati


Cari beg yang boleh anda bungkus di dalam beg lain supaya anda boleh mempunyai lebih banyak kapasiti dalam perjalanan pulang nanti.


Kredit : The Insider

Artemesiaa Publish time 11-10-2018 12:12 PM

Dah lama amalkan semua tu tiap kali gi overc

harkktuih Publish time 11-10-2018 12:35 PM

dari 4 point yg diberi, hanya 2 jer relate pada tajuk..

umbut Publish time 11-10-2018 12:36 PM

Baju gulungkan kecik2

lumie Publish time 11-10-2018 01:36 PM

Apo bondo tips tak kena tajuk....

nisako Publish time 11-10-2018 02:16 PM

tip biasa je ni…………..

airisa Publish time 11-10-2018 03:25 PM

2 tips je yg kena dgn tajuk .. duhhhh ... mcm mana la boleh jadi penulis berbayar utk cari

merrissa Publish time 12-10-2018 02:24 PM

jenuhhh la nk pakai baju berlapis2

lagi2 kalo kat airport dubai ka qatar ke ...panas yg hamat

lepas tu dh la jauh nak jalan time nak boarding nya

xpon pakai time nak timbng beg jer..then bukak ......wakakakkakakakaka

leyassi Publish time 12-10-2018 04:05 PM

Ahaha, gigih click link sb nak baca tips. Sekali aih, mcm x kena je dgn tajuk. hahaha

korokure Publish time 14-10-2018 07:49 AM

saya bawak minimal baju, kalau sempat basuh dan keringkan. kurang sikit berat beg

https://www.malaysiatravelforum.com.my/forum/general-discussions/671-how-to-pack-your-travel-bag-save-your-bag-space

ayjay Publish time 14-10-2018 06:11 PM

Tak boleh hampeh lagi ke artikel ni?

kucing02 Publish time 26-11-2018 03:04 PM

ayjay replied at 14-10-2018 06:11 PM
Tak boleh hampeh lagi ke artikel ni?

hahaha.. komen yg membuatkn aku berfikir skjp..:lol:

olaoli Publish time 30-1-2023 09:57 AM

letak and gulung winter jacket/ coat dalam sarung bantal. pastuh bole peluk n tido dalam flight. i tgk sorang budak pempuan buat ni kt tiktok.

olaoli Publish time 30-1-2023 09:58 AM

1. gulung baju/ jeans
2.letak dalam clear plastic pastu pam plastik tu. alamak lupa plak apa nama kaedah ni

uda Publish time 2-2-2023 03:56 PM

olaoli replied at 30-1-2023 09:58 AM
1. gulung baju/ jeans
2.letak dalam clear plastic pastu pam plastik tu. alamak lupa plak apa nama ka ...

Vacumn or pressurised it.
Tapi method ni hanya untuk save space . Berat still the same

tompie Publish time 2-3-2023 11:15 AM

Kalau dulu2 boleh sumbat barang2 berat kat dlm hand luggage, sekarang hand luggage pun banyak yang diorang dah timbang.. pastu takleh lebih dari 1-2 bags, including handbag / knapsack.

Pages: [1]
View full version: Beg Selalu Lebih Muatan? Ini 4 Trick Yang Traveler Boleh Cuba..


ADVERTISEMENT